Contact us

My Cart
RM0.00

Agen Tasneem Naturel Batu Caves

Assalamualaikum wbt semua.

Ikutkan dari sekolah rendah lagi memang dah berniaga. Kepala ni selalu fikir pasal duit. Nak kata hidup susah, tak ada pun sebab mak ayah goverment servant.

Tapi mungkin sebab mak ayah memang didik kami adik beradik, kalau inginkan sesuatu yang diorang tak beli atau bagi, kami kena usaha sendiri.

Jadi memang dari dulu suka kumpul duit. Saya kata kumpul tau bukan menabung. Sebab kumpul ialah menghimpunkan. Manakala maksud menabung ialah menyimpan. Hihihi. Betul ke ni, nanti check kamus dewan la. Hihihi.

Kami adik beradik actually saya dan arwah along (adik belum ada masa ni. Hihihihi) akan berusaha cari jalan untuk mendapatkan duit.

Sebagai contoh kami akan buat aiskrim malaysia dan jual kat taman permainan semasa bermain waktu petang-petang. Jual sambil bermain. Bijak kan kami. Hihihihi.

Atau kami jual suratkhabar lama, botol-botol kaca kosong, tin-tin kosong yang kami cari pusing keliling kawasan perumahan kami (actually kami tinggal di kuarter KTM Sentul) untuk dijual pada apek yang datang sekali seminggu.

Takpun, kami kutip bola-bola golf di padang golf belakang kuarters kami. Kalau tak silap saya masa tu, sebiji 20sen. Kadang along jadi caddy, angkat beg kayu golf orang-orang kaya yang datang bermain di sana.

Duit yang kami dapat itu, selalunya kami kumpul dalam macam-macam jenis bekas. Paling saya ingat bekas tempat letak video dulu. Apa ke nama nye. Vhs kot. Ni pun nanti google la (harap jumpa ye).

Lepas mencukupi jumlah sesuatu benda yang kami inginkan, terus kami pergi beli. Kemudian kumpul lagi untuk benda lain pulak. Begitu la seterusnya. Antara benda-benda yang kami beli macam roller blade, walkman, topi, kereta control, beg sekolah, kasut dan mcm-macam lagi la. Kiranya tekak atau selera kami yang agak besar ni memang susah kawal. huhuhu.

Bagaimana saya bermula…

Jadi penglibatan saya dalam Tasneem boleh dikatakan sebab macam tu la. Macam saya ni, walaupun ada kerja hakiki dan bergaji tetap masih juga tak mencukupi. Apalagi sekarang memang dah ada tanggungjawab terhadap mak ayah dan lain-lain komitmen seperti kereta.

Tapi sebelum terlibat dengan Tasneem, sering juga saya hanya menutup mata pada benda-benda yang saya inginkan kerana saya tak mampu untuk beli atau milikinya.

Kemudian seorang rakan sekerja mengajak untuk mendaftar sebagai agen atas alasan sy agak kerap membeli produk Tasneem atau perkenalkan produk Tasneem kepada rakan atau saudara yang lain. Saya memang kenal produk Tasneem melalui pengalaman sendiri. Bermula dengan masalah tidur saya, kemudian period pain saya, migrain saya. Hanya dengan gunakan balm-balm Tasneem, alhamdulillah saya serasi dan memberi kesan yang bagus.

Cabaran buat saya

Seawal penglibatan saya dengan Tasneem saya tak pernah pegang stok, saya akan terus order di web jika ada yang ingin membelinya. Sehingga la semasa hampir dengan cuti hari raya. Tergerak ingin menyimpan stok atas desakan beberapa leader dan pengalaman mereka yang sering mendapat sales sangat banyak ketika musim perayaan.

Ini kerana Poslaju akan bercuti yang agak panjang, customer akan sukar mendapat stok yang diperlukan. Serta promosi yang boleh dibuat kepada saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan yang datang beraya di rumah. Selain itu, saya boleh buat COD kepada customer yang inginkannya dalam kadar segera.

Alhamdulillah semasa cuti Hari Raya Aidilfitri 2018, saya mampu mendapat jualan yang agak banyak. Dari situ, saya terus dan sentiasa menyimpan stok di tangan sentiasa. Dan saya masih setia bersama Tasneem.

Perubahan hidup selepas kenal Tasneem

Paling saya rasa saya akan terus bersama Tasneem adalah kerana circle yang ada dikalangan agen-agen serta leader-leader hebat Tasneem yang sentiasa ingat mengingati tentang amalan-amalan rohani serta dalaman diri dan jugak sikap yang sangat positif di dalam kehidupan seharian. Paling penting, bukan keterlaluan bercakap mengenai bisnes, sales dan untung saja. Terasa saya mempunyai best friend forever yang membawa saya ke syurga. Terutama kasih sayang seorang founder, adalah yang sukar diperolehi. Sayangnya dia pada setiap agennya tiada belah bahagi. Syukur sangat saya dapat berada dalam circle itu. Alhamdulillah.

Yang paling saya bangga diri saya sepanjang saya dalam Tasneem adalah saya semakin dekat ke arah kebaikan dan kehidupan yang lebih positif. Malah saya rasa setiap hari saya semakin bersih dari dosa-dosa silam.

Malah, saya dah agak selesa meneruskan kehidupan saya dan perbelanjaan saya. Saya dah mampu memberi lebih daripada biasa. Syukur ke hadrat illahi. Alhamdulillah dengan pemberianmu ini. Aamiin.

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Color
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping