tasneemnaturel.com

Rawat Batuk Selsema Anak Disamping Buat Duit Di Ampang!

Nama diberi Nur Ifwah bt Mohd Anuar. Dikenali sebagai Ifwah. Anak bongsu daripada 4 beradik.  Alhamdulillah, masih diberi umur yang panjang selama 30 tahun. Sekarang menjadi full housewife dan part time home tutor. Berasal daripada Jempol, Negeri Sembilan. Menetap di Keramat Au3, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, berkahwin dengan pilihan hati Mohd Yatim bin Hasnawi dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Yusra Ilyani yg berumur 1tahun 8bulan.

Bagaimana mengenali Tasneem Naturel

Ifwah mengenali Tasneem Naturel Balm ni daripada seorang rakan, Reyna. Mula-mula hanya baca sahaja apa yg dia beri info mengenai Tasneem ni. Sebab pada ketika itu, niat nak membeli tiada lagi. Tapi, sebenarnya info ni sangat la berguna pada Ifwah rupanya. Apabila anak Ifwah dikategorikan lebih kurang macam sawan tangis. Nak keluar mana-mana pun risau, sampai sanggup duduk rumah sahaja. Kemudian, Ifwah study setiap satu balm Tasneem. Setiap balm ada fungsi yang tersendiri yg memang Ifwah perlukan utk anak Ifwah masa tu. Pada masa yang sama, Reyna ada forward mesej poster Tasneem Naturel ada buat promo. Ifwah terus grab Sleep time dan Cfrub Balm.  Dapat sekali freegift calm time. Ha elok.

Semua ada. Ifwah sapukan pada anak. Alhamdulilah, serasi sangat. Banyak perubahan yang Ifwah nampak pada anak. Meragamnya makin kurang, malam lena tidur dibuai mimpi, selsema kahak makin berkurangan. Alhamdulillah, syukur dengan izin Allah.

Bulan feb 2019, Ifwah risik-risik pada Reyna mengenai prosedur kalau nk jadi ejen alang-alang ank serasi dengan balm Tasneem.

Kemudian smpai la hari ni, masih tegar menggunakan balm Tasneem sebagai essential kit untuk anak. Betul kata orang, kita ni kalau dah susah baru nak mencari, tak kisah la mcm mana pun. Pasti nak juga asalkan anak sihat.

Perjalanan dalam Circle Tasneem Naturel

Sepanjang hampir setahun dalam dunia business Tasneem Naturel, Alhamdulillah pelbagai ilmu yang Ifwah dapat tidak kiralah dari segi Markerting, teknikal, ilmu akhirat daripada perkongsian Founder Tasneem Naturel, Master Leader, Leader dan rakan-rakan seperjuangan yang hebat. Berada dalam kumpulan yang mempunyai vibes positif ini sangat luar biasa, apabila salah seorang daripada kita merasa down, ada yang datang memberi semangat.Tidak kiralah kita di level mana, niat membantu antara team sangat kuat. Disamping, masing-masing mempunyai tenaga yang tinggi sangat mempengaruhi dalam kumpulan Tasneem. Hal ini membuatkan kita berasa lebih semangat dan dihargai dalam Tasneem Naturel. Kami diajar dari Zero to Hero. Daripada tidak mengetahui apa-apa mengenai selok-belok business, leadership, semua itu bakal dipelajari dalam dunia business Tasneem Naturel.

Berada dalam dunia business ini mesti ada banyak cabaran. Antara cabaran yang Ifwah hadapi ialah pengurusan masa yang baik untuk berbusines dan urusan rumah tangga. Dalam kita membina business, anak dan suami jangan ditinggalkan. Jadi, Ifwah kena pandai bahagikan masa. Selain daripada itu, cara berurusan dengan customer juga adalah cabaran bagi Ifwah apabila ragam setiap customer yang Ifwah hadapi apabila berniaga sebagai seller online.

Showroom Tasneem Naturel HQ

Alhamdulillah, selepas menjadi ejen Tasneem Naturel, saya kini lebih berkeyakinan tinggi dalam diri, menjadi seorang yang lebih positif dan kuat semangat apabila sering diisi dengan amalan rohani dan sharing daripada family Tasneem yang hebat. Di samping saya dapat membantu suami dari segi kewangan keluarga, walaupun tak banyak,tapi alhamdulillah ada juga apabila memerlukannya. Alhamdulillah, sekarang dah menjadi seorang yang lebih fokus dan konsisten dalam apa jua keadaan sama ada dalam bisnes dan kehidupan seharian. Dan yang paling seronok dan sentiasa diingati, sejak mengenali Tasneem, sifat bantu membantu lagi kuat dalam diri walaupun tiada pertalian saudara. Niat untuk membantu ibu-ibu diluar sana.. Kita permudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita.. InsyaAllah…

Alhamdulillah, saya agen area Keramat, Setiawangsa, Ukay Perdana, Ampang. Saya jual, saya guna.

Boleh contact Ifwah untuk mengetahui info lagi mengenai Tasneem ya. Hanya click di icon di bawah ajer.. 🙂

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com