Mudah Je Sebenarnya Nak Bagi Botol Susu Tahan Lama Dan Tidak Cepat Kuning Dengan 7 Langkah Mudah Ni!

Botol susu anak pun kena ada ilmu untuk dipelajari tau. Bukan apa, supaya nanti botol susu anak tahan lama dan bebas kuman. Sebenarnya tanpa kita sedari, banyak kuman dan bakteria boleh didapati dari botol susu anak tau. Jadi sebelum apa-apa terjadi, lebih baik kita ambl langkah berjaga-jaga.

1. Sebelum mensteril, botol-botol dan puting harus dibersihkan yang dengan teliti. Cuci botol-botol, bersama puting, gegelang dan tudung penutup, supaya sebarang kesan susu ditanggalkan.

2. Cuci botol secepat mungkin selepas digunakan. Jangan biar semalaman atau lebih 12 jam untuk elak puting botol berkerak dan berbau. Peram lama-lama juga akan membuatkan proses mencuci jadi lebih rumit. Perkara ini juga boleh mengelakkan kerak pada puting dan puting menjadi kekuningan. 

3. Gunakan air yang panas dan bersabun dengan berus yang khusus untuk botol dan puting botol.

4. Cuci puting botol dengan teliti dan pastikan semua ketulan susu tanggal. Bilas dengan bersih selepas mencuci dan masukkan dalam steriliser.

5. Steril botol susu. Boleh gunakan steriliser electric. Atau jika tiada gunakan sahaja teknik merebus. Sebelum menggunakan teknik merebus, pastikan botol susu sesuai untuk kaedah ini  kerana terdapat beberapa botol susu yang tidak sesuai direbus kerana plastik mudah rosak dan mengecut. Gunakan periuk besar dan bertutup, isi air dan tenggelamkan semua perkakasan penyusuan sepenuhnya. Rebus dalam masa tidak kurang 10 minit.

6. Buangkan botol dan puting yang sudah merekah atau pecah. Bakteria boleh bertempat di permukaan yang rosak dan terus bertahan hidup walaupun melalui proses penyucian dan pensterilan.

7. Jangan tinggalkan botol- botol yang telah disteril di luar terlalu lama kerana keadaan sterilnya akan hilang dengan cepat. Sebaiknya biarkan sahaja botol tadi berada di dalam steriliser dan ditutup. Hanya buka penutup apabila perlu digunakan.

Ibu-ibu boleh cuba juga memakai pencuci botol organik Kleenzy dari Tasneem Naturel. Ia diperbuat daripada bahan organik, bau sabun yang tidak kuat dan selamat juga digunakan untuk membasuh peralatan mengepam susu, sayur dan buah-buahan.

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com