Contact us

My Cart
RM0.00
Blog

Luahan Hati Ejen Tasneem Naturel

Aku Aida. Umur 32 tahun. Aku berasal dari Negeri Sembilan. Sejak umur aku 3 tahun, emak aku dah meninggalkan aku dan adik buat selama-lamanya. Adik aku ketika itu baru je beberapa hari.

Selepas mak meninggal, aku dijaga oleh opah. Tapi aku tak anggap pun beliau ini sebagai “nenek” malah lebih dari seorang nenek. Susah senang aku bersama opah. Dari kecil aku bercita-cita nak bahagiakan opah. Bercita-cita nak mempunyai kerjaya yang best untuk membalas segala jasa beliau.

Aku ingat lagi bagaimana opah jadi tukang sapu di sekolah. Pada umur sebegitu, patut beliau berehat. Tapi terpaksa bekerja untuk membesarkan kami. Allah.Terlalu banyak jasa beliau kepada aku.

Ketika aku berusia 25 tahun, aku berkahwin dan decide untuk berhenti kerja. Tak sanggup PJJ dengan suami. Bila di tolak tambah dan bahagi, tak berbaloi untuk kami teruskan hidup ber PJJ. Jadi aku korbankan kerjaya aku. Kerjaya aku tak lah gah mana, tapi setiap orang pasti ada impian masing-masing kan. Nak membahagiakan family dengan titik peluh mereka sendiri.

Tapi bila difikirkan, eloklah aku berhenti kerja. Bila aku decide untuk berhenti kerja, ramai tak setuju.

“Sayangnya belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja”

“Membazir je belajar tapi tak kerja”

“Kalau tak kerja cukup ke nanti tu?”

Ini antara suara-suara yang muncul. Tapi aku nekad. Aku tak endahkan, aku yakin dengan keputusan aku buat, Alhamdullilah suami juga sokong pilihan aku.

Seronok jadi surirumah sepenuh masa. Tak ada apa nak difikirkan sangat. Rutin seperti biasa masak, kemas rumah dan melayan anak. Cumanya, aku terdetik sampai bila nak macam ni? Setiap bulan aku dan suami mesti akan sit down bincang kewangan family. Bahagikan duit gaji dan setiap bulan itu jugalah aku nampak lebihan dari gaji suami sangat sedikit. Pernah kami berbincang, macam mana nak beli rumah, buat simpanan untuk anak dan hari tua kami sendiri kalau setiap bulan lebihan gaji cukup-cukup je.

Ikutkan, makan minum keperluan asas yang lain untuk kami semua lengkap. Cuma untuk merancang kehidupan yang lebih selesa dan terjamin untuk anak-anak dimasa akan datang kami boleh dikatakan sebagai dikalangan yang tak mampu.

Dari sini aku mula cari peluang-peluang untuk business secara online. Nak dijadikan cerita aku bermula secara serius business online dengan mendaftar sebagai dropship Tasneem Naturel. Masa ini yuran pendaftaran RM 20.

Sebelum mendaftar, aku dah pun jadi pengguna Tasneem Naturel. Terjebak menggunakan produk Tasneem apabila aku mencari solusi untuk betulkan rutin tidur dan tantrum anak aku yang dalam proses wean off. Fobia sungguh mengenangkan balik proses wean off ni. Bayangkan, setiap jam 2 pagi selama seminggu anak kejutkan untuk pergi mengadap peti ais. Biasanya waktu seperti ini dia menyusu badan tapi dalam proses wean off tak dapat nak menyusu, maka diajaknya aku dan suami mengadap peti ais untuk cari makanan atau minuman untuk menggantikan susunya.

Alhamdullilah selepas seminggu lebih gunakan calm time balm dan sleep balm banyak perubahan aku tngok yang berlaku pada anak. Mudah tidur, tak meragam dan gembira je. Bila anak gembira, aku lagiiiii lah gembirakan?

Jadi dari sini why not aku share kebaikan balm Tasneem ke orang lain?

Itu yang aku ambil keputusan untuk daftar. Tapi sebelum daftar aku di tanya oleh leader aku, Mami Min

“Kenapa aida nak daftar dropship Tasneem?”

“Saya nak tambah paip-paip rezeki keluarga saya”, ini yang aku jawab pada mami min.

Bila join Tasneem?

March 2017 aku officially menjadi dropship Tasneem Naturel. First month jadi dropship tak ada target pun. Target nak ada untung je masa tu. Nak jual banyak balm, lagi-lagi aku sendiri dah guna balm ni. Senanglah nak share pada orang lain.

Alhamdullilah first month 15 balm berjaya di jual.

Second month, mami tanya dalam group. Berapa target bulan ni?

“Saya nak jual 30 balm mami”

Confident je aku jawab. Cara nak jual macam mana? Pasti ada. Sondol je dulu. Nak jadi cerita, hari terakhir bulan April 2017 masa tu tiba-tiba customer nak beli 1 balm. Alhamdullilah tepat-tepat 30 balm aku jual.

Alhamdullilah, dengan izin Allah, bila buat target dengan yakin, keinginan untuk berjaya tu tinggi. Then, usaha tu akan datang.

Bulan kedua sertai Tasneem

Bulan seterusnya mami wish, “tahniah olea dapat first anak ejen”

Aku terfikir, perlu ke ada ejen bawah? Gerak sorang lagi senang. Tak payah ada team. Tak payah nak handle team.

Mami terang, korang kena ada team untuk growth lagi. Bantu orang lain untuk dapat apa yang kita dah dapat. Tak faham sebenarnya maksud mami. Kenapa nak bantu orang lain? Aku sendiri masih terumbang ambing.

Dalam tak faham, aku bina team aku sendiri juga. Dalam tak tahu, aku belajar juga macam mana nak coaching ejen.

One day, ejen aku mesej. “Alhamdullilah mak, saya dapat banyak ni untung, dapatlah belanja suami dan anak”.

Masa ni, feel rasa lain sungguh. Terharu. Gembira. Sedih. Semua ada. Tak sangka usaha kecil aku, dapat membahagiakan orang lain. Tak banyak Alhamdullilah sikit pun syukur.

Sikit demi sikit aku belajar ilmu business, cashflow dan teknikal. Aku diajar oleh founder, aku diajar oleh leader-leader dalam Tasneem, aku diajar oleh sahabat-sahabat seperjuangan aku.

Aku mula invest duit dan masa aku untuk pergi ke kelas. Aku dahagakan ilmu. Pernah sampai semua Road Tour yang dianjurkan HQ aku pergi. Dari Utara ke Timur. Dari Barat ke Selatan. Alhamdullilah suami dan anak setia menemani.

Sokongan dari suami

Aku beruntung suami sangat menyokong penglibatan aku dalam business.

“Saya dapat RM 100 bulan ni yang”. “Tahniah yang”

“Saya dapat RM 900 bulan ni yang”. “Tahniah yang”

“Saya dapat RM 2700 bulan ni yang”. “Tahniah yang”

Nampak sesuatu? Jawapan suami aku sama je. Haha Dalam tutur kata beliau tak pandai nak ungkapkan. Tapi beliau biasanya buat dalam tindakan, tanda dia syukur dan sentiasa hargai usaha isteri.

Membina team dan branding sendiri

Sambung kisah membina team tadi. Hari demi hari, bulan demi bulan aku membina team.

Apa nama brand Aida? “Mom Little Qhalif”

“Panjang sangat, susah orang nak ingat”, kata Founder.

Terus aku pendekkan kepada MomQhalif. Walau aku tahu masih orang tak ingat ejaan nama brand aku. Hahah

Tapi aku suka nama ni. Sebab?

Aku adalah ibu kepada seorang khalifah. Yes, brand MomQhalif sebenarnya menceritakan jatuh bangun aku dalam business. Jadi aku nekad dengan nama “MOMQHALIF”

Bila team aku makin besar. Aku nak kesepakatan dan nak kan silaturrahim kami antara team kuat. Ukhuwah kami kuat.

Jadi aku rebrand nama team kepada “team MQ”. Team ibu-ibu kepada khalifah.

Jujur, untuk membina team bukan mudah. Adakala mereka bersama kita, adakala mereka pergi. Tapi aku? Aku kena tetap bersama pada yang masih ada. Aku kena setia dan bantu mereka yang benar-benar ingin mengubah hidup. Aku tak boleh lemah. Aku kena kuat untuk bantu mereka.

Setiap dari mereka ada 101 harapan dan impian yang mereka ingin capai. Jadi aku ada AMANAH besar untuk dilaksanakan.

Rasa ego, rasa cukup, akhirnya “STUCK”

Tahun 2018, aku dah rasa cukup stabil. Aku rasa cukup sampai di level Exec Leader. Di level ini pun aku rasa dah banyak income aku dapat.

Cukuplah. Janji aku maintain.

Satu hari, founder dan leader aku tanya, berapa exec leader korang hasilkan dalam team? Berapa leader ? Berapa senior ejen?

Aku buka genelogi. Team MQ tak ada lansung Leader. Senior Ejen adalah sorang dua.

LOOSER!!!

Macam ada satu suara bisik di telinga aku. Deep. Nangis.

Awal tahun 2019, sales dari team MQ mula turun naik. Lepas raya Aidilfitri, HQ anjurkan kelas ketuk-ketuk ejen. Patutnya pada tarikh kelas ni aku kena hantar adik sepupu masuk poli.

Tapi aku nekad nak juga pergi kelas ni. Pada masa sama, macam mana adik aku nanti? Siapa nak hantar?

Doa. Aku doa moga Allah izinkan aku hadir kelas ni dan pada masa sama dapat hantar adik aku masuk poli daftar semester baru. Alhamdullilah. Allah izinkan, tiba-tiba adik aku kena daftar awal seminggu dari tarikh tersebut.

Terima kasih Allah.

Masa kelas ketuk-ketuk ejen. En Khairul beritahu NO hidden agenda untuk bantu team kita. Payah. Selalunya pasti ada. Tapi aku usaha untuk berubah.

Turning point

Julai 2019, aku dah hampir capai level Master. Tapi aku tak yakin, dah separuh perjalanan untuk capai. Tapi aku menidakkan usaha-usaha yang separuh itu kerana tidak yakin itu wujud.

Ogos 2019, diawal bulan aku rasa sangat yakin untuk push diri ke next level. Tapi bila berbaki 4 hari lagi sebelum closing, aku mula down dan give up. Tiba-tiba satu mesej masuk dari founder. Allahu. Ini rupanya keajaiban Allah nak beri.

Jika orang lain yakin dengan kemampuan aku, kenapa aku sendiri tak yakin? Aku mula semangat dan fight sehabis baik selagi belum masuk september 2019 masih ada peluang untuk aku.

Aku mula rangka strategi. Kata founder dan mami min diwaktu macam ni doa sungguh-sungguh dengan Allah. Hanya Allah dapat bantu. Allah Maha Kaya.

Jumaat, 30 Ogos 2019, jam 2.08 petang Alhamdullilah tiada daya upaya semua dengan izin Allah, aku berjaya capai target. Sedih. Nangis.

Akhirnya, Allah izinkan. Untuk aku sandang level Master Leader Tasneem Naturel. Master Leader bukanlah tujan akhir aku, tapi ia satu permulaan bagi aku. Masih terlalu banyak aku kena belajar. Sangat banyak. Malah makin aku belajar, makin aku rasa tak tahu.

Bahagiakan Keluarga

Nak tahu benda pertama aku beli dengan hasil business Tasneem ialah sewa beli penapis air cuckoo. Masa ni niat aku nak mudahkan suami, tak perlu dah nak beli air tapis kat luar. Alhamdullilah lega dapat ringankan suami.

Selain itu, aku dapat belikan opah aku mesin basuh baru. Alhamdullilah aku seronok sangat tengok wajah opah aku masa ni. Sedih dan terharu. Selama beberapa tahun mesin basuh opah rosak, nak beli belum mampu. Makanya, dengan kudrat tuanya dibasuhkan baju dengan tangan sahaja. Syukur dengan izin Allah dapat juga aku hadiahkan opah mesin basuh.

Dan untuk tahun ini, syukur rezeki makin bertambah. Aku dapat hadiahkan suami handphone dan opah pula dapat mesin penapis air, cuckoo. Syukur income kasar aku sekarang sudah mencapai 5 angka.

Siapa sangka, seorang surirumah yang biasa-biasa menjadi luar biasa.

Siapa sangka seorang surirumah yang zero boleh menjadi hero.

Siapa sangka seorang surirumah yang dianggap membazir masa tak berkerja dapat menggunakan masa sebaiknya untuk belajar selok belok business.

Alhamdullilah terima kasih Allah

Alhamdullilah terima kasih suami, opah, Nu’man dan keluarga yang selalu support aku.

Alhamdullilah terima kasih mami, Aminah Hussain. Asbab berkenalan dengan mami hidupku berubah.

Alhamdullilah terima kasih Ummi Idah dan Tasneem Naturel yang membuka peluang untuk surirumah macam aku menjemput rezeki.

Alhamdullilah terima kasih team MQ.

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping