Disini Bermula
Owsem sangat bila join FAMILY TASNEEM, banyak sangat ilmu saya dapat. Bukan hanya ilmu perniagaan, tapi turut diperehi ilmu agama dan ilmu kehidupan. Kalau ikutkan latar belakang, ayah memang seorang yang aktif dalam berbisnes. Tapi tak pernah terdetik pun untuk saya mengikut jejak langkah ayah. Diri sendiri yang menanam dalam fikiran, aku mana pandai bisnes. Tapi dengan TASNEEM segalanya berubah. Saya mula membuat sesuatu yang bukan kebiasaan saya. Memang belajar dari zero beb. Yang bestnya dalam Tasneem kehadiran ahli baru memang dirai, welcoming sangat-sangat. Lagi bertambah syok kan semua pakat sharing ilmu yang ada. Memang best laaaaa. SYUKUR TERIMA KASIH ALLAH menemukan saya dengan Tasneem. Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke empat saya menjadi Agen Tasneem Naturel Shah Alam.
Cabaran? Mestilah adakan, lagi-lagi kita yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes. 1st cabaran adalah dari diri sendiri. Banyak juga la biawak hidup bermain-main dalam fikiran. Siapa yang boleh bunuh biawak-biawak tu ek? Harus la diri sindiri juga. Hari demi hari ada improvement. Dari terketar-ketar nak share dengan customer akhirnya makin seronok bila bercakap tentang produk dengan customer. Cabaran seterusnya adalah pengurusan masa dalam menyeimbangkan antara keluarga, kerjaya dan bisnes. Sehingga hari ini, masih berusaha menyusun sebaik mungkin ke tiga-tiga aspek tersebut. Alhamdulillah syukur, terima kasih Allah sekarang suami semakin faham dan menyokong perjalanan saya bersama Tasneem. Lagi seronok bila dia paham perlunya upgrade ilmu untuk upgrade kehidupan. Terima Kasih Allah atas kesempatan dan peluang yang diberi.
Bila berada dalam Tasneem, saya rasakan hidup ini lebih terarah. Sebelum ni tiada plan yang detail untuk masa depan, lebih kepada lalui sahaja apa yang datang. Dan kebanyakan plan adalah dari en.suami, saya akur dengan apa yang dirancang tanpa banyak soal. Tasneem telah berjaya membuka mata saya bertapa WOW nya impak vision board, 101 impian dan installation. Saya apply kan ilmu yang dipelajari bukan hanya untuk diri sendiri tapi saya juga apply kepada anak-anak. Selain itu amalan rohani, hubungan dengan pencipta sangat di titik beratkan dalam Tasneem. Saya mula konsisten menunaikan dhuha, mengaji dan menderma. Amalan yang memang saya jarang lakukan sebelum bertemu jodoh dengan Tasneem. Sekali lagi Terima Kasih Allah atas kesempatan dan peluang yang diberi.
1 comment
All the best. semoga terus maju jaya dan dimurahkan rezeki..