Contact us

My Cart
RM0.00
Tekanan Di Tapak Bina Membuatkan Suryani Tekad Bertukar Profesyen
Membuatkan Suryani Tekad Bertukar Profesyen

Tekanan Di Tapak Bina Membuatkan Suryani Tekad Bertukar Profesyen

Menceburi bidang bisnes produk bayi ini pada awalnya hanya mengisi masa lapang dan untuk kegunaan sendiri, tetapi disebabkan saya menghadapi tekanan di tapak bina kini saya bertukar menjadi profesyen yang tetap berbisnes dari rumah sahaja. Jom ikuti kisah saya.

Tahun 2017 merupakan pengalaman pertama menjadi seorang ibu tentunya amat menyeronokkan. Tambah lagi sebagai seorang anak perempuan bongsu daripada lima beradik, memang kekok dan tiada pengalaman menjaga seorang adik.

Tekanan Di Tapak Bina Membuatkan Suryani Tekad Bertukar Profesyen

Bermula lah episod berpantang dirumah sendiri. Mak datang dari kampung menemani. Tetapi memang langsung tak mengharapkan mak untuk menjaga cucunya. Konon nak berdikari sendiri. Mak hanya memantau dari jauh. Seminggu dua saja yang mampu. Bergilir-gilir dengan suami menjaga anak kami. Masuk minggu ketiga, terasa perit. Bersengkang mata dari malam sampai ke subuh hari. Tak tercapai dek akal sebelum ni tenang hidup tidur pun lena..Bila datang orang baru serta-merta kehidupan berubah.

Ipar hadiahkan Sleep Time

Sleep Time Balm

Kedatangan Abang dan Kakak Ipar menziarahi, mendapat simpati darinya. Lalu dia menghadiahkan sebiji balm Sleep Time. Alhamdulillah, pola tidur anak berubah. Ya rupanya ada balm yang mampu buat anak tidur pada waktunya dan sangat lena! Syukur pada kakak yang mengenalkan ku dengan Tasneem Naturel.

Sepanjang 2 tahun membesarkan anak, tidak terlintas difikiran untuk mendaftar sebagai ahli. Malah tak membeli satu apa pun balm. Hanya guna pemberian dari kakak semata-mata. Mungkin masa tu, wang ringgit lebih diperlukan untuk membeli keperluan lain. Dalam hati, ya mungkin begini tabiat dan perangai bayi kecil. Jadi, dengan tidak mencari sumber ilmu-ilmu berpantang, maka besarlah anak itu dalam keadaan stress! Ya, ibu stress anak tak mahu tidur dan kerap menangis dan anak stress tengok ibu yang kerap marah-marah hampir nak meroyan!

Selang 2 tahun berikutnya, lahir anak kedua. Pengalaman berbeza. Lebih matang dan berpengalaman. Sebulan sebelum bersalin, sudah tersedia set 5 beradik balm untuk si kecil. Syukur Alhamdulillah, sepanjang tempoh berpantang tiada langsung anak meragam, menangis dan sebagainya. Mungkin ini orang kata rezeki anak baik sepanjang tempoh berpantang. Mungkin juga asbab menggunakan balm Tasneem Naturel. Siapa tahu kan?

Berhasrat untuk menjadi ahli

Tekanan Di Tapak Bina Membuatkan Suryani Tekad Bertukar Profesyen

Setelah 2 minggu kelahiran, ternampak iklan di status whatsapp dari reseller Tasneem. “Daftar Ahli dengan hanya RM20 sahaja”. Laju ku menaip keypad telefon mendail nombor si reseller. Bermula lah diari diri ini sebagai Ahli Membership (sekarang ni digelar Dropship).

Walaupun sudah mendaftar, pada saya bisnes ni hanyalah suka-suka. Sekadar menambah pendapatan. Sedangkan saya pada ketika itu ada kerjaya dan bergaji tetap. Bisnes ni hanya sebagai platform untuk membeli balm Tasneem dengan harga yang lebih murah. Memang tujuan dah tersasar, hanya membeli untuk kegunaan sendiri.

Tapi lama-kelamaan timbul rasa seronok sebab masa tu ada sistem bonus. Setiap bulan setiap ejen akan menerima imbuhan sekiranya membuat pembelian. Semakin banyak membeli semakin besar bonus. Secara tak langsung, konsep dari hanya membeli berubah kepada menjual kepada orang sekeliling. Pelanggan pertama adalah bekas rakan baik di sekolah. Anaknya ditahan wad kerana dijangkiti batuk selsema yang berpanjangan dan menghidapi penyakit Pneumonia.

Serta-merta mendapatkan ejen terdekat sekitar hospital berkenaan untuk menghantar sebiji balm CF-Rub. Tiada bayaran. Memang ikhlas untuk menghadiahi anaknya dengan harapan semoga penyakit anaknya segera sembuh.

Sejam lepas menggunakan CF-Rub, anaknya muntah! Allahu, syukur Alhamdulillah. Segera KAU angkat doaku sebentar tadi. Bermula detik itu, rakan baikku ini memesan beberapa set lagi untuk persediaan anak-anaknya dirumah. Dari situasi ini, timbul rasa bersemangat untuk membantu ramai lagi anak-anak yang bermasalah.

 Dari Dropship kini naik ke level Partner akibat tekanan di tapak bina

Tekanan Di Tapak Bina Membuatkan Suryani Tekad Bertukar Profesyen

Perjalanan Bersama Tasneem Naturel, bermula dari Dropship naik level ke Partner dan seterusnya Senior Partner mengambil masa 1 tahun. Kenapa terlalu lama berada di level ini? Ia adalah disebabkan terikat dengan komitmen kerja dan tekanan di tapak bina yang memerlukan banyak tenaga dari segi mental dan fizikal. Walaubagaimanapun pada September 2020, tekad untuk berhenti kerja dan memberikan 100% fokus kepada bisnes Tasneem Naturel. Awal kemunculan di rank Dropship, restock hanya sekitar bawah RM500, kadang-kadang tidak cecah pun.

Berkat sabar dan kuat usaha, kini saya berjaya mencecah restok sebanyak RM13 ribu lebih bersama-sama dengan ahli group yang juga hampir mencecah 150 orang. Syukur Alhamdulillah. Dari zero ilmu bisnes, sekarang ahli group berkembang ramai.

Ingin kekalkan momentum prestasi

Tekanan Di Tapak Bina Membuatkan Suryani Tekad Bertukar Profesyen

Januari 2021 permulaan tahun yang diserikan dengan merangkul gelaran sebagai “Most Active Agent” penghargaan istimewa dari pihak Tasneem Naturel HQ. Diikuti bulan Febuari, mendapat gelaran “Rising Star Leader”. Sungguh tak menyangka, setiap bulan mendapat penghargaan sebegini dan In Syaa Allah bulan-bulan berikutnya akan kekal momentum prestasi.

Menceburi bidang bisnes produk bayi ini pada awalnya hanya mengisi masa lapang dan untuk kegunaan sendiri, tetapi kini bertukar menjadi profesyen yang tetap berbisnes dari rumah sahaja. Dengan Izin Allah juga, hasil duit untung dari jualan balm ini mampu menampung kehidupan sekeluarga walaupun sudah 9 bulan saya berhenti kerja! Orang tua-tua kata, masih cukup makan, pakai kami anak beranak.

Berhenti kerja bergaji besar, berpangkat tinggi bukan suatu tindakan yang wajar. Banyak isu-isu dalaman yang membuat saya rasa tekanan di tapak bina dan mendesak supaya berhenti kerja. Nekad macamana pun, jika tiada sumber pendapatan seperti jualan balm Tasneem ni, sudah tentunya hidup kami sekeluarga terus tersepit. Titik tolak bermula pada September 2020, sehari selepas berhenti kerja, terus ditawarkan mengikuti kursus selama 2 hari anjuran Tasneem Naturel HQ dan banyak perubahan yang berlaku pada diri dari pelbagai perspektif.

Redha Ahli Keluarga itu Penting

Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, wajib dapatkan restu dan redha dari ahli keluarga terutamanya suami dan mak. Tanpa restu dan doa mereka berdua, saya tidak akan mampu berada di tahap ini.

Sedikit demi sedikit saya belajar selok-belok berbisnes yang bersistem. Kalau dulu berbisnes hentam keromo. Tiada tunjuk ajar dari sesiapa pun. Dapat untung lesap entah kemana. Sekarang, duit untung dibuat pusingan modal restok dan ada juga saya guna untuk reward diri dan ahli group. Saya masih mampu memberi wang belanja untuk mak di kampung walaupun sedikit, membayar hutang-hutang semasa dan paling seronok sekali dapat berzakat.

Sabar menunggu rezeki!

Ya, dalam Tasneem Naturel saya diajar mengeluarkan Zakat Pendapatan. Alhamdulillah dapat melayakkan diri untuk berzakat setiap bulan walaupun jumlahnya tidak besar. Tanpa sedar, jumlah keseluruhan jualan bersama ahli group mencecah RM80 ribu. Benarlah kata-kata hikmat, sebelum bantu orang lain, kita bantu diri kita dahulu. Saya berjaya merubah diri menjadi seorang yang sabar. Sabar menunggu rezeki. Dan sumber rezeki itu datangnya dari Allah. Dengan sabar inilah saya berjaya bantu orang lain yang sama-sama ingin mencari pendapatan untuk membantu suami menyara keluarga masing-masing. Itulah kepuasan saya sepanjang saya bersama-sama dalam keluarga Tasneem Naturel. Berbisnes bukan sekadar mengejar keuntungan dunia semata-mata, teapi mengejar imbuhan di akhirat juga.

In syaa Allah dengan ilmu yang ada sekarang, saya berdoa semoga bisnes produk bayi Tasneem Naturel ini mampu melahirkan ramai lagi usahawan-usahawan berjaya dan sama-sama menyebarkan manfaat produk ini kepada umum.

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Click outside to hide the compare bar
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping