Contact us

My Cart
RM0.00
Hilang Pekerjaan Punca Nekad Sebarkan Manfaat Produk Tasneem

Hilang Pekerjaan Punca Nekad Sebarkan Manfaat Produk Tasneem

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nama diberi Nurhafizah Binti Samad, lebih mesra dia panggil Iza atau Umiiza. Sudah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata yang berumur 5 tahun dan 2 tahun . Saya merupakan suri rumah sepenuh masa selepas saya hilang pekerjaan pada PKP 1.0 tahun 2020  yang lalu.

Suri Rumah Hilang Pekerjaan, Kini Nekad Ingin Sebarkan Manfaat Produk Tasneem

Gambar raya 2021

Sedekit perkongsian bagaimana saya boleh mengenali dan  terjebak dengan menjual Tasneem Naturel ?

Okeyy, pada permulaannya tahun 2018, saya mencuba produk Tasneem Naturel sebab anak yang sulung Nur Qaisara Aisyah. Dia menghidap asma yang teruk, kerap mengambil neb sehingga dimasukkan ke wad hospital.

Suri Rumah Hilang Pekerjaan, Kini Nekad Ingin Sebarkan Manfaat Produk Tasneem

gambar Sara masa warded

Macam-macam cara sudah saya ikhtiar , tapi tidak berhasil sehinggalah saya terjumpa posting kakak sepupu saya mengenai balm CF-Rub untuk batuk berkahak, selesema , demam dan asma. Terus saya bagitahu suami niat ingin mencuba . Kemudian suami saya cakap “cubalah tanya harga berapa?” . Saya pun terus whatsapp kakak sepupu dan bertanya mengenai balm CF-Rub itu.

Selepas mendapat sedikit info, Saya terus buat pembelian. Alhamdulillah, penggunaan yang konsisten setiap hari mula menunjukkan perubahan pada anak dan yang paling best bagi saya anak sudah bebas asma. Apabila sampai masa bertemu doktor untuk follow up dan check up, doktor mengesahkan anak sulung saya bebas asma. Terus tutup kes hospital. Hati ibu mana yang tidak seronok apabila anak sihat kan?

Dulu Bergerak Solo, Kini Keahlian cecah seramai 1000 orang

Saya mula daftar sebagai dropship Tasneem  pada April 2019. Bermula daripada situlah saya nekad nak menjual Tasneem untuk menyebarkan manfaat produk dan ini mungkin asbab saya hilang pekerjaan. Saya tahu ramai lagi anak-anak di luar sana mengalami masalah yang sama macam anak saya . Kini saya memegang title Exec Leader dalam Tasneem dan juga merupakan Stokis Tasneem Naturel Klang. Kalau dulu saya bergerak solo tanpa team kini saya telah mempunya team yang diberi nama LEESARA . Syukur Alhamdulillah #TeamLEESARA kini telah mencecah keahliannya  seramai 1000 orang . Alhamdulillah segala yang berlaku dengan izin Allah, saya akui tanpa izinNya tidak mungkin saya sampai ke tahap ini.

Suri Rumah Hilang Pekerjaan, Kini Nekad Ingin Sebarkan Manfaat Produk Tasneem

Tahun pertama bersama Tasneem , kali pertama juga berjumpa dengan Puan Founder. Hehe masa ni dalam pantang anak kedua, gigih pergi kelas dari Klang ke Kajang naik KTM. keluar pagi balik malam. Nekad sungguh nak belajar.

Cabaran itu pasti ada!

Apabila dah masuk dalam dunia bisnes pastinya ada cabaran. Yes! Semua benda ada cabaran, apatah lagi dalam perniagaan kan? Antara cabaran yang saya terima , ada orang mengatakan produk Tasneem mahal dan tidak mampu milik. Tetapi, saya tidak give up dan terus memberitahu sebab produk mahal dan saya berjaya mengubah mindset orang yang berkata tidak mampu itu sehingga membeli . Bukan dengan customer saja dengan team pun banyak dugaanya, biasalah manusia pelbagai ragam. Alhamdulillah, apabila niat kita baik semua urusan menjadi jadi mudah. Best nya lagi, setelah sign up sebagai ejen Tasneem, banyak input yang saya dapat. Banyak kelas online dan offline yang Tasneem anjurkan. Bak kata orang “rajin dengan tak je kita nak follow” .

Masa ni anak da besar sikit boleh angkut p kelas dan event HQ. Antara best moment yang saya lalui , dapat berjumpa geng Tasneem.

Masa ni anak da besar sikit boleh angkut p kelas dan event HQ. Antara best moment yang saya lalui , dapat berjumpa geng Tasneem.

Memang best berada dalam keluarga  Tasneem. Founder Tasneem Puan Haridah Sahri sendiri pun banyak memberi ilmu direct kepada anak-anak team. Staff HQ pun rajin respond dalam membantu agen-agen. Selain itu, Tasneem juga mempunyai sistem perniagaan yang mantap. Sistem yang adil dan saksama .

Hilang Pekerjaan Punca Hidup Berubah 360 darjah dengan Tasneem

Tasneem banyak memberi kesan positif dalam kehidupan saya dan keluarga. Kehidupan saya menjadi lebih selesa. Kalau dulu Tasneem ini ibarat overtime lah bagi saya tapi kini tidak lagi. Setelah kehilangan pekerjaan tahun lepas saya hanya bergantung pada keuntungan berniaga Tasneem semata-mata selain daripada gaji suami yang sedia ada . Alhamdulillah, untung berniaga Tasneem kini mencecah rm5k sebulan malah lebih berganda dari gaji pekerjaan yang dulu. Lebih banyak kita usaha lebih banyak kita dapat .

Pepatah Melayu ada mengatakan “Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang” dan “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.

Kenangan manis bersama Tasneem

Antara kenangan manis saya bersama Tasneem, pada tahun pertama saya join Tasneem saya telah menerima award Top Agent Enroller di convention Tasneem 2019. Ini antara yang terindah berlaku, kejayaan saya di atas pentas di saksikan oleh orang-orang tersayang iaitu suami, anak-anak, mak dan mertua. Manakala saya juga pernah mendapat arward Most Outstanding Agent pada Tasneem Grand Award 2020. Selain dari itu, saya juga banyak menerima reward dari HQ Tasneem dan juga Master Leader.

Banyak perkara yang indah-indah berlaku. Alhamdulillah, dapat bawa anak naik pentas sekali masa terima award , kerana si anak itulah uminya terjebak dengan bisnes Tasneem.

Banyak perkara yang indah-indah berlaku. Alhamdulillah, dapat bawa anak naik pentas sekali masa terima award , kerana si anak itulah uminya terjebak dengan bisnes Tasneem.

Antara reward yang pernah saya miliki Gold Bar 999 sebanyak 2 kali , Loket emas 916 , air fryer    dan cash reward sebagai top Responding group share winning. Bukan itu sahaja saya juga merupakan top 50 sales every month , setiap bulan tak pernah lepas mendapat sijil penghargaan dari HQ Tasneem. Saya juga pernah dapat surprise Fresh Flower hand bouquet tanda penghargaan HQ dan Founder kepada leader-leadernya, bukan itu saja suami saya juga pernah menerima surprise wallet and belt set Obermain. Alhamdulillah, banyak perkara yang indah-indah berlaku sepanjang saya berada dalam circle Tasneem.

antara REWARD yang dimiliki

antara REWARD yang dimiliki

 

Tasneem Pembakar Semangat Bila Hilang Pekerjaan

Setiap apa yang berlaku dalam hidup saya , saya menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk saya terus gagah berdiri. Selepas saya hilang pekerjaan tahun lalu saya nekad nak yakinkan orang sekeliling saya terutama suami dan mak abah yang sebenarnya saya mampu meneruskan hidup walaupun tidak bergaji tetap. Saya percaya, dengan izin Allah ditambah berkat usaha dan sokongan perniagaan Tasneem kejayaan pasti dicapai.

Pencapaian terbaru saya pada MEI 2021

Pencapaian terbaru saya pada MEI 2021

Disini saya amat berbesar hati ingin membantu sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan lebih dalam perniagaan, dan hilang pekerjaan di musim pandemik ini. Bagi saya tidak pandai tak mengapa yang penting rajin usaha dan nekad untuk Berjaya. Jika ada yang berminat nak join #Team LEESARA lead oleh saya boleh hubungi saya di talian 011-13182285

#NextMasterLeaderTasneem

#StokisTasneemNaturelKlang

#TeamLEESARA

#IZASAMAD

 

 

 

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Click outside to hide the compare bar
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping