Contact us

My Cart
RM0.00
Suntikan Depo Atau Alat IUD Yang Mana Lebih Sesuai? Jom baca

Suntikan Depo Atau Alat IUD Yang Mana Lebih Sesuai? Jom baca

“Nak cucuk Depo atau guna alat kecil IUD ye? Pening lah saya. Mana lagi sesuai untuk saya ni? Sebab kalau boleh tak mahu yang ganggu hormon saya. Takut berat badan naik mendadak dan period tak datang pulak.”

Persoalan ini sentiasa berlegar di fikiran para ibu-ibu yang ingin merancang kehamilan. Iyelah ibu mana yang sanggup nak mengandung tiap-tiap tahun betul tak? Bukan itu sahaja, pasangan suami isteri perlu lah memainkan peranan masing masing. Janganlah harapkan si ibu sahaja.

Oleh itu, tidak salah lah jika pasangan menggunakan suntikan perancang lagi-lagi pada musim PKP ini. Ini merupakan satu ikhtiar untuk pasangan suami isteri.

Suntikan Perancang Berkesan Atau Tidak?

Yang pertama, mengikut kajian para jika mereka tidak menggunakan sebarang alat perancang keluarga dalam tempoh 1 tahun., pasangan yang mengambil suntikan perancang, 98% dari mereka adalah sangat berkesan. Yang kedua, 85 daripada 100 ibu akan hamil  jika mereka tidak menggunakan sebarang alat perancang keluarga dalam tempoh 1 tahun.

Selain daripada itu, dalam tempoh 1 tahun jika 100 wanita yang mengambil suntikan perancang hanya 6 ibu sahaja yang akan hamil. Menarik bukan? Untuk pengetahun para ibu yang sedang hamil, suntikan ini tidak akan mendatangkan kemudaratan terhadap janin dan juga kehamilan tersebut.

Apa itu suntikan Depo-Prevera?

Biasa dengar dengan suntikan Depo-Prevera?  Suntikan ini lebih mesra dipanggil suntikan depo sahaja. Suntikan ini biasanya diberi selepas hari ke 5 haid bagi memastikan para ibu yang ingin mengatur kehamilan tidak hamil ketika ia diberikan. Ia sangat berkesan untuk 3 bulan pertama dan para ibu akan disuntik semula selepas tempoh tersebut.

Suntikan ini sangat sesuai untuk ibu yang sedang menyusu. Hal ini kerana suntikan ini tidak akan menyebabkan susu kering.

9 Efek Sampingan Suntikan Depo-Prevera

Di samping itu, kebanyakan ibu-ibu di luar sana risau akan efek sampingan suntikan Depo-Prevera. Efek suntikan ini bergantung kepada individu tersebut. Setiap individu akan merasakan efek yang berbeza-beza. Ada yang mengalaminya dan ada yang tak rasa kesan apa-apa.

Namun, ibu-ibu jangan lah khawatir kerana efek sampingan ini bersifat sementara sahaja dan berlaku di awal pengambilan suntikan tersebut.

Jom kenali efek sampingan suntikan Depo-Prevera :

  1. Berat badan naik mendadak
  2. Mengalami sakit kepala
  3. Sering mengalami pening (berpusing)
  4. Kemunculan Miss J (jerawat) di sekitar wajah
  5. Kereputan pada tulang
  6. Perubahan selera makan, samada rasa cepat lapar dan ada yang lambat lapat
  7. Rasa berdebar-debar
  8. Kitaran haid yang tidak menentu
  9. Keguguran rambut

Bagaimana suntikan Depo-Prevera berfungsi?

Suntikan perancang seperti yang diketahui membantu menghalang wanita dari hamil.

Hal ini kerana kandungan hormon progesteron yang terdapat dalam suntikan ini. Hormon progesteron ini akan menghalang proses perkembangan telur dalam badan wanita sepanjang proses pengambilan suntikan ini.

Justeru proses persenyawaan tidak akan dapat berlaku. Beginilah cara hormon progesteron memainkan peranannya.

Di samping itu, suntikan perancang ini akan menyebabkan cecair di bahagian serviks dan faraj meningkat.

Hal ini akan menyebabkan kesukaran untuk sperma menembusi cecair yang banyak ini untuk bersatu dengan ovum dan menyebabkan wanita mengandung. Ini juga merupakan salah satu cara suntikan perancang bagi mencegah kehamilan.

Selain itu, suntikan perancang ini akan menyebabkan dinding pada bahagian rahim menjadi nipis. Apabila perkara ini berlarutan,ini akan menyebabkan kesukaran bagi ovum yang telah disenyawakan untuk melekat pada dinding rahim justeru dapat mengurangkan kebarangkalian wanita tersebut mengandung.

Apa itu Suntikan IUCD?

Suntikan IUCD adalah sebuah alat mencegah kehamilan yang dipasang di dalam rahim wanita. Ia berbentuk seakan huruf “T” dan diperbuat daripada plastik.

Sebelum memutuskan untuk menggunakan jenis IUCD, para ibu perlu tahu bahawa alat ini sangat berisiko tinggi kerana ia akan dipasang di dalam rahim.

Sebaiknya, para ibu berbincang terlebih dahulu dengan doktor pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang terbaik untuk merancang kehamilan

Bagaimana Suntikan IUCD berfungsi?

Alat ini akan dipasang di dalam rahim dengan tujuan merosak dan membunuh sperma yang ingin masuk ke dalam rahim. Ini membolehkan anda dan pasangan menjalani dan menikmati kehidupan seks seperti biasa tanpa menghiraukan kemungkinan berlakunya kehamilan luar jangkaan.

Siapa yang layak untuk mengambil kaedah perancang ini?

Suntikan perancang bukanlah kaedah perancang kehamilan yang sesuai bagi anda sekiranya anda mengalami kondisi berikut:

  • Wanita hamil
  • Mengalami sakit jantung atau strok, darah tinggi dan individu yang mempunyai risiko
  • Pesakit diabetes yang kronik melebihi 20 tahun atau mengalami komplikasi
  • Pesakit kanser payudara, kanser uterus dan kanser serviks
Konklusinya, berbincanglah dengan pasangan agar anda boleh membuat pilihan apakah kaedah merancang keluarga yang paling sesuai untuk anda. Jangan ‘beratkan’ hal ini kepada isteri saja ya!

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Click outside to hide the compare bar
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping