Tasneem Business Journey : Ayuh Bina Bisnes Bersama Tasneem!

Ramai orang yang hadapi kesukaran dan kesusahan tersendiri bila berniaga. Tapi, ada individu yang alami kesusahan.  Bukannya seorang peniaga atau usahawan dan mereka ni orang yang nak ubah hidup tapi tak tahu ke mana arah yang patut mereka tuju.

Ada sesetengah orang cakap “lahir dah memang susah, nak tak nak hidup jelah susah sampai bila bila” ataupun “dia bolehlah, lahir lahir je dah senang”

Apa yang mereka tak tahu, diri sendiri yang patut ubah nasib. Jika tidak, sampai bila nak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Takkanlah sikit pun tak terasa bila orang lain hidup senang dan boleh ubah hidup mereka dengan bisnes.

Pernah tak anda dengar ayat “Tuhan takkan ubah nasib suatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya”. Jadi, kalau anda nak ubah hidup anda semuanya bermula dari diri anda sendiri. Bukannya pasangan, keluarga, jiran atau sedara mara.

Oleh itu, Tasneem telah mengadakan satu  kem untuk ahli-ahli ejen yang berdaftar. Jom sama-sama kita lihat komen mereka.

Tasneem Business Legacy

Tasneem Business Legacy Tasneem Business Legacy Tasneem Business Legacy Tasneem Business Legacy

Akhir kalam

Abaikan kata-kata negatif yang hanya menjatuhkan semangat kita dalam mengatur tapak untuk lebih maju ke hadapan.

Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata: “Rasululah S.A.W bersabda, ‘Di antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya’.” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Seekor helang yang dibesarkan dalam kelompok seekor ayam juga akan membiasakan dirinya dengan cara dan kebiasaan kelompok ayam itu tanpa tahu potensi dirinya yang sebenar.

Kerana apa? Kerana ia tak pernah punya keyakinan dan kekuatan dalam dirinya sendiri untuk mencari potensi dirinya yang sebenar.

Setiap hari ia diajar dengan gaya hidup kelompok ayam sehingga ia tidak sedar dengan kemampuannya sendiri.

Ia takkan pernah tahu bahawa ia boleh terbang tinggi kerana kelompok tempat ia bergaul tidak pernah memberikannya perangsang untuk menjadi dirinya.

Sehinggalah suatu saat apabila ia berani untuk melangkah keluar daripada kelompok kebiasaannya dan mencari titik potensinya.

Saat itu barulah ia akan sedar sejauh mana ia mampu untuk terbang gah di langit biru berbanding kebiasaannya mematuk padi setiap hari.

Saat ia membawa dirinya keluar daripada kelompok kebiasaannya barulah ia berjaya mencari kekuatan dirinya yang selama ini terpendam.

Optimis adalah sebuah keyakinan yang akan membawa kita kepada satu pencapaian hasil. Kita takkan mampu sampai ke satu-satu tahap tanpa kepercayaan pada diri sendiri. Yakin dengan usaha kita untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.

Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.