5 Aktiviti ‘Self-Time’ Yang Menyeronokkan Untuk Si Ibu!

Ibu penat bekerja? Lesu? Setiap ibu memerlukan masa sendirian untuk berehat dan berseronok. Sebenarnya aktiviti ‘self time’ atau ‘me-time’ sangatlah penting untuk setiap wanita yang bergelar ibu di luar sana.

Ada banyak kritikan jika si ibu nak ada self-time dan orang akan cakap yang para ibu ini pentingkan diri sendiri dan tak fikirkan anak. Sebenarnya pendapat ini sangat lah tidak betul. Hal ini kerana para ibu layak untuk berseronok dan ada masa bersendirian. Waktu ini lah para ibu boleh buat semua benda yang mereka suka!

5 Aktiviti ‘Self-Time’ Yang Menyeronokkan Untuk Si Ibu!

Ada sesetengah ibu diluar sana yang depressed atau tertekan dan tak cukup tidur kerana menjaga anak. Jadi, self-time ni sangatlah penting untuk seimbangkan kehidupan para ibu di luar sana! Self-time tak bermaksud si ibu tak sayangkan anak ya, jangan salah faham tentang perkara tu! Tak salah untuk berehat seketika menjadi ‘Supermom’ kan.

Di sini kami ingin kongsikan idea dan cara untuk ibu di luar sana yang teringin untuk ada ‘me-time’!

5 Aktiviti Yang Menyeronokkan Edisi ‘Me-Time’ Para Ibu!

1) AKTIVITI ‘self-time’ SUdah tentu Membeli-belah

5 Aktiviti ‘Self-Time’ Yang Menyeronokkan Untuk Si Ibu!

Marilyn Monroe pernah menyebut, “happiness is not in money, but in shopping.” Ya betul tu! Ingat tak bila kali terakhir para ibu membeli-belah? Pelu diingatkan bahawa seorang ibu juga perlukan wajah yang baru atau ‘look’ yang lebih trendy! Oleh itu, ibu-ibu patut ambil masa ini untuk shopping sepuas hati. Tak salah untuk gunakan duit sendiri sekali-sekala, sebab you deserve it!

2) Sesi spa dan facial muka antara AKTIVITI ‘self-time’ kesukaan

5 Aktiviti ‘Self-Time’ Yang Menyeronokkan Untuk Si Ibu!

Kulit kusam? Jangan risau, walapun ibu-ibu  sangat sibuk dan tak sempat untuk buat penjagaan muka kan. Mama patut singgah ke mana-mana spa atau salon facial untuk serikan wajah! Eh, jangan lupa untuk ikut SOP yang disediakan supaya kesihatan juga terjamin.

3) Mani-Pedi

Ibu-ibu tak teringin ke nak ada kuku yang cantik? Yelah, sibuk mengurus anak kan? Ibu-ibu patut cuba mani-pedi sebab ia boleh hias kuku dengan corak dan warna yang ibu-ibu suka tau! Selain itu, para ibu boleh minta jenis kuku yang ibu mahu, jadi tunggu apa lagi? Book your slot, Mommies!

4. AKTIVITI ‘self-time’ & TIDUR

4 Amalan Sebelum Tidur yang Dianjurkan Rasulullah SAW | kumparan.com

Pertama sekali, faham-fahamlah bahawa seorang ibu memang tak pernah dapat tidur yang cukup sejak bayi lahir ke muka bumi. Malam-malam bangun menyusukan, mengepam, tengok anak menangis, tukar lampin, dan sebagainya. Keadaan ini biasanya berterusan sampailah anak dah bercerai susu. Itupun kalau tak ada anak kecil yang seterusnya.

Jadi, kalau dapat masa beberapa minit untuk tidur tanpa gangguan dah tentulah para ibu-ibu akan amat menghargainya. Tak kiralah ketika waktu hujung minggu atau hari-hari biasa. Sesekali dapat masuk tidur lebih awal sementara suami menguruskan anak-anak atau menghabiskan kerja-kerja rumah yang masih tersisa mesti seronok. Esok pun dapat bangun dengan lebih bertenaga!

5. SOLAT & MEDITASI 

Tengah Solat Tetiba Mak Panggil. Pu Azman Beri Pencerahan Apa Nak Kena Buat - KELUARGA

Kadang-kadang bila para ibu terlampau stres dan mereka cuma ingin luangkan masa lama sikit masa solat. Nak berzikir, berdoa, mengaji, dan sebagainya. Inilah punca kekuatan mereka. Doa para ibu hanyalah untuk anak dan suami juga.

Sebenarnya ‘me time’ beginilah yang paling penting buat para ibu. Mereka perlu masa dengan Pencipta mereka. Mereka mahu mengadukan masalah, mereka mahu mengucapkan syukur padaNya, sebab ketenangan hati yang sebenar hanya akan lahir dengan rahmatNya.

PINJAMKANLAH’ BEBERAPA MINIT SAJA BUAT ISTERI

Menyingkap Rahsia Kebahagiaan Suami Isteri – Radio IKIM

Bukannya susah sangat permintaan ‘me time’ seorang ibu, betul tak? Tak sampai sejam pun, isteri mesti akan rasa recharged dan dapat ‘berfungsi’ semula.

Ada suami yang baik hati akan galakkan isteri pergi bercuti atau keluar dengan kawan-kawan atau balik kampung. Tapi sebenarnya kalau dapat ‘me time’ begini pun dah cukup membantu. Walaupun banyak tugas di rumah, insha Allah akan tetap luas senyumnya dan hilang rasa kecamuknya. Cubalah!

Semoga bermanfaat untuk para ibu sekalian.

 

Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.