Alamak! Bayi Demam Lagi! Ibu Bapa Wajib Tahu Punca Dan Cara Atasinya

Alamak! Bayi Demam Lagi!

Ibu-ibu mungkin terganggu disebabkan tangisan bayi di waktu malam dan rupanya bayi demam. Apa yang patut ibu-ibu lakukan ketika ini? Amat penting untuk ibu-ibu tahu bagaimana melegakan bayi yang demam dan menyedari jika perlu ke klinik atau tidak.

 

Demam biasa yang disebabkan jangkitan pada hidung dan tekak boleh terjadi melalui lebih dari 100 virus. Antaranya ialah virus Rhinoviruses. Jadi apa patut ibu-ibu lakukan untuk merawat bayi demam? Ayuh, baca perkongsian ini.

Penjagaan bayi yang demam

Sentuh dahi bayi menggunakan tapak tangan bukanlah satu cara yang betul untuk memastikan sama ada bayi demam atau tidak. Jadi bila ibu-ibu merasakan bayi demam, ambil termometer untuk melihat suhu bayi. Mudahkan.

Alamak! Bayi Demam Lagi? Ibu Bapa Wajib Tahu Punca Dan Cara Atasinya

Jika suhu bayi melebihi 100.4°F (38°C) maka ia sah mengalami demam. Dalam kebanyakan kes, tanda-tanda bayi demam dapat dilihat apabila badan bayi sedang melawan jangkitan.

Suhu bayi demam

Alamak! Bayi Demam Lagi? Ibu Bapa Wajib Tahu Punca Dan Cara Atasinya

Jika bayi demam, adakah suhu badannya akan memiliki suhu demam yang sama dengan orang dewasa? Jawapannya, tidak. Suhu demam bayi ialah 38.0 dan keatas. Apabila bayi mencapai suhu 39.0, ia dikatakan tinggi sehingga memerlukan rawatan di wad.

Oleh itu, amat penting bagi ibu-ibu mengenalpasti suhu demam bayi agar tidak menunggu sehingga suhu sudah mencecah 40 darjah selsius baru mendapatkan konsultasi doktor.  Apabila kanak-kanak mencapai 12 tahun, barulah suhu demamnya sama seperti suhu demam orang dewasa.

Sebenarnya, jangan tunggu sehingga bayi demam panas untuk berjumpa dengan doktor. Jom lihat simptom bayi demam ini :

Baby Fever Myths

  • tidak aktif seperti biasa
  • kerap tidur
  • kurang selera makan dan minum
  • kurang membuang air besar dan kecil

Oleh itu ibu bapa disarankan untuk segera mendapatkan bantuan daripada doktor di klinik atau hospital. Hal ini kerana, kemungkinan bayi sedang mengalami jangkitan yang bersifat sistemik itu ada. Selain itu, ibu bapa perlu lihat jika badan bayi ini mempunyai ruam merah seperti darah yang tidak hilang walaupun ditekan dengan gelas, hal ini menunjukkan si kecil mengalami jangkitan yang sangat serius.

Tanda-tanda bayi demam teruk

What You Need To Know About Vomiting In Babies

Demam bayi ini terbahagi kepada dua kategori. Pertama suhu demam bayi yang tidak terlalu panas dan boleh dikawal dengan makan ubat demam.

Keduanya, suhu demam bayi yang tinggi, kemudian disusuli dengan:

  • Muntah
  • Batuk berkahak
  • Selesema teruk
  • Hilang selera makan
  • Lesu dan tidak mahu bermain
  • Hanya mampu terbaring
  • Timbul ruam/bintik-bintik merah
  • Sukar bernafas atau nafas berbunyi
  • Mulut kering kerana kekurangan air

4 cara selamat mengambil suhu demam bayi

7 Termometer Bayi yang Paling Bagus Malaysia 2021 - ProductNation

  1. Suhu demam bayi boleh diambil menggunakan termometer (boleh beli di farmasi). Tempat untuk check suhu bayi boleh dinilai melalui mulut, ketiak, telinga atau dahi.
  2. Pastikan termometer yang digunakan bersih dari kotoran. Kalau boleh cuci guna sabun dan bilas dengan air bersih terlebih dulu sebelum guna.
  3. Posisi yang selesa untuk ambil suhu demam bayi adalah ketika si kecil sedang baring.
  4. Jika menggunakan termometer digital, anda perlu tahan selama seminit ke dua minit sebelum bunyi notifikasi keluar. Ia menandakan bacaan sudah dinilai. Tapi kalau termometer yang lagi canggih macam di hospital dan klinik swasta, anda tak perlu tunggu, letak sekejap di telinga bacaan akan keluar kemudiannya.

Rawatan untuk bayi demam

Jika bayi demam yang tidak begitu tinggi, para ibu bapa boleh merawatnya di rumah lebih-lebih lagi jika bayi masih aktif, berselera untuk makan dan seperti normal. Ibu-ibu juga boleh melakukan perkara ini sementara menunggu keesokan harinya untuk membawa bayi ke klinik.

  • Beri ubat demam

Jika bayi berumur lebih daripada 3 bulan, ubat ini selamat diberikan. Namun, ibu-ibu perlu tahu berat bayi untuk mengira sukatan dos ubat yang diperlukan. Ibu-ibu juga boleh menggunakan CF-Rub dari Tasneem Naturel untuk sembuhkan demam bayi ini.

  • Menyalin atau membetulkan pakaian bayi 

Gunakan pakaian yang nipis dan selimut yang nipis untuk membenarkan wap panas bayi dilepaskan ke udara. Pemakaian yang tebal akan menyebabkan wap panas kekal pada badan bayi.

  • Kurangkan suhu bilik

Ibu-ibu juga boleh memasang kipas untuk memberi perudaraan yang baik, membuka tingkap dan memasang penghawa dingin. Namun, pastikan si kecil tidak menggigil kesejukan.

  • Mandikan bayi dengan air suam

Tuamkan badan si kecil dengan air suam. Jangan gunakan air yang sejuk kerana dikhuatiri badan akan bertindak balas dengan menaikkan suhu demam. Kemudian, pakaikan pakaian yang longgar, ringan dan nipis.

  • Beri air yang mencukupi kepada bayi 

Jangan biarkan si kecil mengalami dehidrasi. Lihat tanda-tanda kehilangan air daripada badan sewaktu demam seperti bibir kering, mata tenggelam, kulit kering dan kurang elastik. Bagi bayi yang masih menyusu, berikan susu mengikut kesesuaian anak anda.

Bila perlu bawa pergi jumpa doktor?

Kebanyakkan bayi boleh dirawat di rumah. Ada beberapa keadaan yang perlu bawak kanak tersebut berjumpa dengan doktor:

  • Demam melebihi 3 hari
  • Demam berserta sawan
  • Kurang menyusu ataupun minum air
  • Muntah dan cirit birit yang banyak
  • Kanak-kanak tidak aktif
  • Nampak terlampau letih

Petua rawat bayi di rumah

  • Beri makan bubur

Mengenal Bahaya Bubur Bayi Instan Bagi Buah Hati Anda | kumparan.com

Pastikan perut bayi tidak kosong. Jangan abaikan petua si kecil demam ini. Anak yang demam tiada selera makan kerana tekak mereka sakit akibat suhu badan yang terlalu panas. Jangan sampai terjadi tonsillitis. Masakkan bubur kosong dan hanya bubur sedikit garam sahaja.

  • Guna daun bunga raya

1001 Khasiat Pokok Bunga Raya Yang Masih Ramai Orang Tak Tahu

Petua anak demam dari orang tua-tua harus dipercayai dan boleh diamalkan. Jika suhu badannya masih belum turun, pagi-pagi anda petik beberapa helai daun bunga raya, basuh dan kemudian rendam selama 30 minit.

Kemudian daun tersebut anda potong kecil-kecil. Kemudian tapis dan ambil lendir daun tersebut. Lendir daun bunga raya boleh menurunkan suhu panas badan. Celupkan tuala dalam lendir daun itu, kemudian lumurkan lendir di kepala dan seluruh badan anak anda, buat selama 20-30 minit, insyaAllah, demam anak akan kebah.

  • Sentiasa berada di sisi bayi

Petua anak demam yang seterusnya ialah sentiasa berada di sisi anak apabila dia memerlukan kita. Anak yang tidak sihat, mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Jadi, kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa berada di sisinya ketika dia tidak sihat. Tanya keperluannya, perasaan dia, berbual-bual dengannya. Bacakan buku kegemarannya. Tonton bersama cerita kesukaannya.

  • Berdoa 

Quran Academy

Doa juga merupakan senjata utama dalam setiap masalah yang kita hadapi. Walau sejauh mana pun kita ikhtiar, tetapi kita tidak memohon kepadaNya, samalah macam kita tidak percaya kekuasaanNya. Jadi sebagai umat Islam, kita haruslah memohon pertolongan kepada Allah untuk memudahkan segala urusan kita dalam membesarkan anak-anak, berdoa agar diberi kesihatan yang baik kepada keluarga.

DOA DEMAM 

 

Akhir kalam

Tindakan awal dari ibu bapa dapat mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku. Sawan terutamnya dapat kita elakkan jika semua langkah awal telah diambil. Jangan seperti perumpamaan Melayu, nasi sudah menjadi bubur, buat apa pun tak jadi. Walau bagaimanapun, semua tindakan harus disusuli dengan doa supaya lebih berkat dan segala urusan kita dapat dipermudahkan. Semua ibu-bapa ingin melihat anak-anak sihat dan sentiasa gembira. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan mereka.

Seperkara lagi, jangan ambil ringan jika anak demam. Paling penting, jangan panik. Jika tidak tahu mahu buat apa, terus bawa berjumpa doktor. Jika berlaku pada waktu malam, terus bawa ke hospital.

Anda ada tips lain yang berkesan? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.