SLS (Sodium Lauryl Sulfate) : Apa Sebenarnya Bahaya SLS ini?

Anda mungkin selalu disarankan untuk tidak membeli barangan atau produk yang mengandungi SLS kerana berbahaya. Namun tahukah anda, apa sebenarnya yang berbahaya dalam SLS itu? Betul ke ia boleh menyebabkan kanser sekiranya kita gunakannya?
Ha, jom kita sama-sama pelajari mengenai SLS ini.

SLS sering ditemui di dalam kandungan syampu-syampu di pasaran. Bukan sahaja dalam syampu, ia juga boleh ditemui dalam mana-mana produk kecantikan dan kebersihan. Tahukah anda, SLS sering disalahertikan fungsinya? Sudah banyak kali tular bahawa ia boleh menyebabkan kanser kulit, kerengsaan kulit dan macam-macam lagi. Bagaimana jika kami beritahu anda, Sains menunjukkan sisi berbeza untuk SLS?

Apa itu SLS?

SLS adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam kebanyakan produk syampu,sabun dan ubat gigi kerana ia berfungsi untuk mengurangkan ketegangan permukaan air, dan juga membantu memudahkan air untuk membersihkan kotoran yang melekat pada kulit. Kebanyakan kotoran tidak boleh sebati dengan air dan dibuangkan, jadi SLS digunakan kerana ia boleh memerangkap kotoran degil tersebut dan dibuangkan apabila dicuci. SLS juga selalu digunakan dalam bahan-bahan syampu dan ubat gigi kerana ia membantu menghasilkan buih.

Kebanyakan pengguna sudah mempunyai kefahaman bahawa buih adalah satu indikator yang menunjukkan anggota badan mereka sedang dicuci bersih dan apabila buih sudah dicuci, ia menandakan bahawa kotoran sedang dibersihkan.
Ya, sememangnya kefahaman ini sudah terlalu lama dicanangkan sebagai strategi pemasaran. Namun anda perlu tahu bahawa, buih juga berfungsi untuk mengurangkan ketegangan antara air dan anggota badan lalu menjadikan proses membersihkan badan lebih selesa dan mudah.

Bahaya Ke Tidak Sebenarnya SLS ini?

Berikut adalah dakwaan terhadap SLS;

SLS menyebabkan kanser

Tahukah anda, tiada lagi kajian yang menunjukkan SLS boleh menyebabkan kanser? Walau bagaimanapun, ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa SLS boleh menyebabkan bahaya kepada sistem badan haiwan. Untuk manusia pula, SLS dikatakan berbahaya jika ianya ditelan. Namun, tahap bahaya juga termaktub kepada jumlah atau peratus kandungan SLS itu sendiri. Jika ia ditelan dengan begitu banyak, ia memang memudaratkan badan manusia.

Kebanyakan produk syampu, sabun mahupun ubat gigi sememangnya mengandungi SLS kerana ia diperlukan untuk menghilangkan kotoran degil di badan dan rambut. Buih juga diperlukan untu kmengurangkan geseran produk dengan kulit dan mencuci minyak di kulit kita. Jangan terlalu risau dengan produk yang mengandungi SLS kerana jumlah kandungan SLS yang digunakan adalah selamat digunapakai.

SLS menyebabkan iritasi kulit

SLS sememangnya boleh menyebabkan iritasi pada kulit dengan SYARAT, jumlah kandungannya melebihi apa yang disarankan untuk kulit, produk tersebut ditinggalkan lama di atas kulit dan juga apabila anda mempunyai kulit kering ataupun sensitif.
Mungkin anda tertanya-tanya, jika SLS sememangnya berbahaya untuk manusia, kenapa ia masih diguna secara meluas di seluruh dunia? Ianya kerana, jumlah kandungan yang digunakan mempunyai risiko yang sangat rendah kepada si pemakai. Bukan itu sahaja, anda juga selalunya akan menggunakan syampu, sabun mahupun ubat gigi sekejap sahaja. Selepas itu, anda akan cuci cepat-cepat. Dengan itu, anggota badan anda tidak akan terdedah dengan SLS dalam tempoh yang lama yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan.
Oleh itu, sekiranya anda mempunyai kulit sensitif ataupun kulit kering, anda digalakkan untuk mencari produk yang mengandungi glycerin untuk meminimakan risiko iritasi kulit.

Kesimpulannya, sekiranya anda adalah bayi, kanak-kanak, mempunyai kulit sensitif, mempunyai kulit kering, anda disarankan untuk tidak memakai produk yang mengandungi SLS untuk meminimakan iritasi kulit. Untuk anda yang mempunyai kulit normal, dan dewasa, tiada masalah untuk anda gunakan produk yang mengandungi SLS. Jika anda memakai produk yang mengandungi SLS, elakkan produk tersebut untuk memasuki mata kerana ia boleh menyebabkan mata berasa pedih. Jika ia berlaku, segera bersihkan dengan air.

Jadi bagaimana? Adakah anda masih berpendapat SLS merbahaya? Jika ya, carilah alternatif lain iaitu, produk bebas SLS. Untuk pengetahuan anda, kesemua produk Tasneem Naturel adalah bebas SLS dan selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart