Ketahui 10 Kesilapan di Bulan Ramadan Yang Selalu Kita Amalkan

Ramadan pastinya bulan kesukaan atau pilihan ramai umat Islam, tetapi sayangnya ramai yang menyambut bulan ini  sebagai bulan untuk bergembira dan bersantai dengan melupakan bahawa bulan puasa adalah bulan untuk perbanyakan ibadah. Berdoa dan memohon keampunan kepada Allah SWT juga salah satu perkara yang perlu giat dilakukan agar hati ini tidak mudah lalai. Namun, di samping beribadah dan menahan hawa nafsu, masih ada segelintir masyarakat yang sering melakukan kesilapan di bulan Ramadan ini

Di bawah ialah beberapa kesilapan untuk memastikan kita berada di atas landasan yang betul di Ramadhan ini.

  1. Menganggap Ramadhan Sebagai Adat

Ketahui 10 Kesilapan di Bulan Ramadan Yang Selalu Kita Amalkan

Bagi kebanyakan umat Islam, Ramadan telah hilang nilai kerohaniannya dan masyarakat sekarang lebih menganggap bulan Ramadan sebagai adat berbanding bulan beribadat. Ramai yang memilih untuk berpuasa dari pagi hingga malam kerana orang di sekelilingnya berpuasa. Walhal, bulan Ramadan ini  adalah bulan untuk semua umat Islam membersihkan hati dan jiwa dari kemungkaran. Kebanyakan orang lupa untuk berdoa, lupa untuk bertafakur, meminta keampuanan Allah dan beristighfar di bulan ini.  

   2. Anggap waktu Imsak penamat Sahur

Ketahui 10 Kesilapan di Bulan Ramadan Yang Selalu Kita Amalkan

Menganggap waktu imsak sebagai penamat makan sahur adalah salah! Ia adalah waktu amaran sahaja. Waktu imsak adalah waktu amaran untuk peringatan bahawa waktu sahur sebenar hampir tamat. Jadi, jangan buat alasan tidak sempat makan kerana sudah imsak, lalu tidak mahu meneruskan puasa pula. Waktu yang disepakati ulama sebagai penamat waktu sahur adalah sejurus masuk Fajar Sadiq (Subuh)

   3. Kurang berdoa ketika berpuasa

Ketahui 10 Kesilapan di Bulan Ramadan Yang Selalu Kita Amalkan

Ramai umat Islam kerap mengabaikan dan tidak memperbanyakkan berdoa, berselawat dan beristighfar ketika berpuasa. Rasulullah saw telah bersabda : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, maka (jawablah), bahwasanya Daku adalah dekat. Daku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”(Surah Al-Baqarah; Ayat 186)

  4. Hanya membaca doa berbuka

Ketahui 10 Kesilapan di Bulan Ramadan Yang Selalu Kita Amalkan

Sewaktu iftar hanya membaca doa berbuka sahaja. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Sebaik-baiknya berdoalah meminta keampuan dari Allah SWT dan diiringi dengan doa-doa yang lain. Doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka sebagaimana sabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka), adalah waktu doa yang tidak akan ditolak.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

  5. Makan berlebihan ketika Sahur Dan Iftar

Ketahui 10 Kesilapan di Bulan Ramadan Yang Selalu Kita Amalkan

Sebagai umat Islam, seharusnya untuk ikuti  sunah Rasulullah SAW yang berbuka puasa dengan tiga biji kurma dan segelas air. Selepas itu, boleh ditambah dengan makanan lain, setelah mendahulukan solat Maghrib. “Rasulullah SAW berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, Baginda meminum beberapa teguk air.” (Riwayat Abu Daud, Ahmad & Al-Tirmidzi)

Kaedah inilah yang sepatutnya diamalkan supaya tidak berlaku kejutan pada organ perut dan seterusnya akan terpelihara kesihatan yang berpanjangan.

  6. Kesilapan di Bulan Ramadan ialah Tidur Berlebihan

Ketahui 10 Kesilapan di Bulan Ramadan Yang Selalu Kita Amalkan

Tidur yang berlebihan di siang hari dengan alasan ‘daripada melakukan perkara yang sia-sia lebih baik tidur saja’ atau kononnya tidur adalah satu ibadah. Rasulullah saw mengurangkan waktu tidurnya yang memang sangat sedikit itu untuk memperbanyakan ibadah. Tambahan pula, Imam As-Suyuti menegasakan bahawa hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadah adalah amat lemah. Menurut Khalifah Umar bin Khattab pernah mengingatkan  “Sekiranya kamu tidur (banyak) siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat (masyarakat); jika kamu tidur (banyak) malam, kamu melalaikan hak Allah.” Oleh kerana itu haruslah mengimbangi dan menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika (Qailullah) bukan sepanjang hari.

  7. Terlalu sibuk dengan persiapan raya terutama 10 malam terakhir

Ketahui 10 Kesilapan di Bulan Ramadan Yang Selalu Kita Amalkan

Ini yang paling parah. Ramadan belum sampai ke penghujung tetapi ramai yang sejak daripada awal sibuk melengkapkan persiapan hari raya Aidilfitri. Segala amal ibadah yang sepatutnya diperbanyakan, sebaliknya menjadi berkurangan disebabkan kelekaan untuk persiapan Aidilfitri. Sehinggakan kita terlupa atau tidak endahkan Lailatulqadar. 

 8. Kesilapan di Bulan Ramadan ialah Berpesta Berbuka Puasa

Memang dah menjadi kebiasaan untuk menjemput sahabat atau keluarga terdekat untuk berbuka puasa, dan ia amat digalakkan. Tetapi segelintir yang agak keterlaluan dengan ‘pesta buka puasa’ yang penuh dengan kemaksiatan dan pergaulan bebas lelaki perempuan, wanita yang tidak menutup aurat, tidak menghiraukan sembahyang fardhu dan sembahyang tarawih sambil berpesta muzik dengan tarian dan joget. 

  9. Masih Tidak Merasa Malu Membuka Aurat

Malangnya telah ada yang berani menentang hukum dan jabatan agama bagi membuka aurat. Sudah jelas diperintahkan untuk umat Islam menutup aurat mereka, khusus kaum perempuan. Seharusnya semua kembali kepada ketetapan dan kerendahan hati dalam bulan Ramadhan al-mubarak ini bagi melaksanakan tanggungjawab yang sebenarnya.

“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Ahzab: Ayat 59)

  10. Kesilapan di Bulan Ramadan ialah tidak Mengeluarkan Zakat Fitrah

Ramai yang berada dalam bulan Ramadhan, tidak membersihkan diri dengan mengeluarkan zakat fitrah. Zakat ini diwajibkan ke atas insan yang merasai hidup pada sekurang-kurangnya sehari Ramadhan atau sehingga selepas terbit awal fajar 1 Syawal. Zakat Fitrah bertujuan menyucikan setiap individu Islam supaya dirinya bersih seperti baru dilahirkan.

Kadar zakat fitrah tiap seorang hanyalah kira-kira 2 sen sehari iaitu cuma RM 7 atau 2.67 kg makanan asasi. Ramai yang sanggup berbelanja kepada perkara remeh dan sia-sia seperti ‘top up’ telefon, kerosang dan rokok tetapi sangat kedekut bayaran fitrah sekali setahun itu.

Daripada Jabir, Rasulullah saw bersabda: “Puasa Ramadhan tergantung antara langit dan bumi (tidak diangkat) melainkan selepas mengeluarkan zakat fitrah.”

Berminat dengan mana-mana Produk Tasneem Naturel? Klik simbol Shopee ini:

File:Shopee.svg - Wikimedia Commons

Anda ingin menjadi agen Tasneem Naturel. Klik simbol Whatsapp di bawah ini :

 

Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.