Contact us

My Cart
RM0.00
Panduan Ibu menyusu pada bulan puasa : Minum air tidak meningkatkan bekalan susu

Panduan Ibu menyusu pada bulan puasa : Minum air tidak meningkatkan bekalan susu

90 peratus daripada susu ibu adalah terdiri daripada air. Jadi para ibu perlu meningkatkan pengambilan cecair apabila menyusu. Tubuh badan ibu akan sihat dan terhidrat apabila minum air  dengan cukup. Ini akan mengekalkan bekalan susu badan si ibu.  

Oleh itu, ibu yang menyusu disarankan  untuk minum air dengan kuantiti yang banyak. Oleh yang demikian, jika para ibu rasa dahaga atau menyedari bahawa penghasialan urin berkurangan dan sedikit pekat, maka tingkatkan pengambilan air. 

Jadual minum air bagi ibu menyusu

Air merupakan elemen penting untuk ibu yang menyusu. Ia berfungsi untuk merangsang proses kimia dan biologi yang berada di dalam tubuh badan. Badan memerlukan air kerana tanpa air organ badan tidak akan berfungsi dengan baik, sisa tidak akan dihapuskan, darah tidak mengalir, oksigen dan zat makanan tidak akan dipindahkan. 

Para ibu digalakkan untuk meminum air sebanyak dua liter air bersamaan dengan 8 gelas sehari. Ibu-ibu boleh minum sedikit demi sedikit bermula dari waktu berbuka sehingga waktu sahur dan menjelang imsak. Ini jadual minum air untuk ibu menyusu :  

  • Awal berbuka – 2 gelas
  • Selepas selesai menunaikan solat Maghrib – 1 gelas
  • Sebelum solat Isyak – 1 gelas
  • Selepas solat Isyak atau semasa solat Terawih – 1 gelas
  • Selepas Terawih – 1 gelas
  • Sebelum tidur – 1 gelas
  • Bangun sahur – 1 gelas

Ini 9 buah yang kaya dengan kandungan Air

Kandungan air pada buah-buahan boleh membantu menghidrasi tubuh badan dan dapat mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi akan menyebabkan gejala seperti sukar menumpukan perhatian dan sakit kepala. Oleh itu, ibu-ibu perlu mengambil pemakanan seperti buah-buah yang kaya dengan pelbagi khasiat seperti : 

  • Pisang 74%
  • Epal dan buah pir 84%
  • Buah plum dan blueberi 84%
  • Aprikot mengandungi 86%
  • Buah-buahan yang mengandungi 87% air mengikut berat adalah nenas, buah oren, kranberi dan raspberi.
  • Buah pic 88% air
  • Tembikai susu 90% air
  • Anggur 91% air
  • Tembikai dan strawberi mengandungi 92% air mengikut jumlah

Bahan Penggalak Susu Ibu Semulajadi

Selain air masak dan juga jus buah-buahan, para ibu dinasihatkan untuk minum minuman bersusu. Tambahan pula, ibu-ibu perlu mengelakkan minuman berkafein seperti kopi, kopi segera, dan juga teh yang akan meningkatkan kekerapan membuang air kecil. Oleh hal yang demikian, ibu perlu tingkatkan pengambilan makanan penggalak susu atau lebih dikenali dengan ‘milkbooster’ boleh dicari dan digunakan secara semulajadi tanpa perlu mengambil sebarang bentuk produk atau supplemen ‘milkbooster’.

  1. Kurma

Kurma sangat sinonim untuk diamalakan ibu yang menyuskan anak. Kurma dapat menambahkan susu badan dan kurma juga bagus untuk memberikan tenaga kepada ibu. Hal ini kerana, kurma adalah bahan penggalak susu yang mempunyai kandungan kalsium dan zat besi yang sangat tinggi. Pelbagai cara boleh dibuat berasaskan kurma seperti buat jus dengan kurma, boleh dimakan secara terus atau bole dikisarkan bersama susu segar.     2. Jantung Pisang

Para ibu boleh tingkatkan penghasilan susu dengan menjadikan jantung pisang sebagai menu harian. Cukup menarik juga jantung pisang kaya dengan mineral, vitamin, kalsium dan zat besi. Jantung pisang boleh direbus untuk dimakan sebagai ulam, dimasak lemak atau dibuat kerabu.

   3. Habatussauda (Jintan Hitam)

Untuk pengetahun para ibu, habatussauda dapat melancarkan penghasilan susu ibu, memberi haba dan dapat memanaskan badan. Pemilihan habatussauda sebagai ‘milk-booster’ sangatlah bagus sifatnya yang semula jadi. Boleh diamalkan 2 hingga 3 kali seminggu.  4. Lobak putih 

Amalan memakan sup lobak putih ketika berpantang telah diwarisi turun-temurun kerana dipercayai boleh memperbanyakkan susu ibu. Lobak putih amat terkenal dalam meningkatkan penghasilan susu ibu dengan berkesan.

  1. Halba

Halba dapat membantu melancarkan proses penghadaman dan yang paling penting halba juga dapat menambah penghasilan susu. Gunakan 1-2 sudu besar halba dan rendam ke dalam segelas air. Kemudian, airnya diminum setelah disejukkan. Air halba ini boleh diminum setiap hari.

Justeru, ibu menyusu yang mempunyai masalah kurang penghasilan susu boleh cuba mengamalkan makanan-makanan ini sebagai usaha untuk meningkatkan penghasilan susu ibu di bulan puasa. 

Atasi ‘Tandem Nursing’ dengan baik

‘Tandem nursing’ bermaksud menyusu anak lebih daripada dua orang dari pelbagai usia pada masa yang sama. Penghasilan susu ibu bergantung kepada kekerapan hisapan bayi. Jika bayi menghisap lebih kerap maka semakin banyak susu akan dihasilkan.

Selain daripada itu, untuk ibu yang bekerjaya, pemerahan susu yang kerap boleh dibuat ditempat kerja dengan menggunakan tangan atau pam kira-kira dua hingga tiga jam sekali. Walaupun dalam keadaan berpuasa proses pemerahan susu dan menyusukan anak perlu diteruskan. Pam dan menyusukan secara serentak (tandem nursing) juga adalah digalakkan. Kurangnya pengeluaran sus bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan secara terus atau mengeluarkan susu melalui perahan.

Para ibu dinasihatkan dalam bulan Ramadan ini, rutin memerah boleh ditambahkan iaitu sekali lagi selama 20 minit sebelum masuk tidur dan 20 minit sebelum atau selepas sahur. 

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping