Contact us

My Cart
RM0.00
Blog

Sakitnya Suntikan Tetanus Semasa Hamil, Apa Sebenarnya Kebaikan Suntikan Ini??

Penyakit tetanus (kancing gigi) adalah berbeza dari penyakit lain yang boleh dicegah dengan vaksin kerana ianya bukan berjangkit melalui manusia. Bakteria untuk penyakit ini boleh ditemui di dalam pasir, tanah, dan measuki badan manusia melalui kulit apabila ada objek tajam atau luka yang disebabkan oleh objek yang tercemar dengan bakteria tersebut.

Bagaimana Bakteria Kancing Gigi Memasuki Badan Manusia

Cara paling biasa adalah apabila ibu terpijak paku atau objek tajam yang lain yang telah tercemar dengan bakteria berkenaan. Ia akan memasuki badan melalui kulit yang terluka.

Antara kecederaan lain yang boleh menyebabkan penyakit kancing gigi adalah;

  • Luka yang tercemar dengan najis, atau air liur.
  • Luka yang disebabkan oleh tusukan objek ke dalam kulit seperti paku ataupun jarum.
  • Melecur
  • Luka kemalangan

Cara Lain Anda Boleh Dijangkiti Kancing Gigi

  • Luka pembedahan
  • Gigitan serangga
  • Jangkitan daripada rawatan gigi

Tanda dan Gejala

  • Kekejangan otot yang menyakitkan, lazimnya ia bermula dengan otot-otot rahang dan dipanggil lockjaw atau trismus.
  • Kekejangan juga boleh melibatkan otot leher, otot peha, otot belakang badan, otot pernafasan dan lain-lain kumpulan otot badan.
  • Kekejangan yang berpanjangan boleh menyebabkan otot koyak dan tulang patah.
  • Rangsangan luar yang sederhana boleh mencetuskan kekejangan, sehingga menyebabkan komplikasi kancing gigi yang serius.

Komplikasi

Kadar kematian antara 10% hingga lebih 80% terutama di kalangan mereka yang tidak pernah menerima pelalian, mereka yang berumur 60 tahun ke atas atau bayi baru lahir.

Selain otot koyak dan tulang patah akibat kekejangan yang lama, jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku akibat aspirasi makanan atau cecair ke dalam paru-paru semasa kekejangan.

Rawatan khusus

  • Antitoksin dan antibiotik hendaklah diberikan seiring; antitoksin untuk menawarkan toksin bakteria dalam badan dan antibiotik untuk membunuh bakteria yang ada.
  • Immune Globulin (GIT) disuntik ke dalam otot dengan dos sebanyak 3000 – 6000 IU; atau antitoksin tetanus dalam satu dos yang besar disuntik ke dalam vena selepas ujian sensitiviti dijalankan.
  • Antibiotik Metronidazole dalam dos yang besar disuntik ke dalam vena dan diberikan dalam tempoh 7 hingga 14 hari.

Ibu mengandung:

Ibu mengandung diberi pelalian toksoid tetanus supaya antibodi boleh memasuki tubuh bayi yang baru lahir dan mencegah bayi dari mendapat tetanus. Bayi boleh mendapat tetanus sekiranya tali pusat dipotong dengan menggunakan peralatan yang tidak disucikuman dan juga melalui penjagaan tali pusat yang tidak bersih seperti meletakkan ubat-ubatan tradisional di pusat.

Pelalian toksoid tetanus sebanyak 5 dos mengikut jadual ditetapkan (0, 1 dan 6 bulan; setahun dan setahun) boleh memberi perlindungan sepanjang hayat.

Pelalian Rawatan

Sekiranya individu mengalami luka terutama luka yang kotor, dapatkan pelalian toksoid tetanus kerana antibodi yang lazimnya terbentuk dalam masa empat (4) hari selepas pelalian akan dapat melawan toksin bakteria. Manakala paras toksin bakteria Clostridium tetani yang boleh menyebabkan gejala lazimnya berlaku dalam tempoh enam (6) ke tujuh (7) hari selepas mengalami luka.

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping