Contact us

My Cart
RM0.00

Cara Sendawakan Bayi Anda

Sendawakan bayi penting tau! Perkara ini sering terlepas pandang oleh ibu bapa sehinggalah anak anda mula muntah-muntah susu.

Kenapa perlu sendawakan bayi?

Setiap kali bayi anda meminum susu, adalah penting untuk ibu atau bapa sendawakan mereka. Apabila bayi anda minum susu, mereka sebenarnya tertelan sekali dengan udara/angin bersama. Apabila angin ini terperangkap di dalam perut, ia boleh menyebabkan mereka berasa tidak selesa dan tidak betul-betul kenyang. Sebab itu, penting untuk anda sendawakan bayi anda.

Tips sendawakan bayi

Sedikit tips untuk anda amalkan semasa hendak sendawakan bayi anda;

  • Lapik pakaian anda dengan kain atau bib di bahagian anda letakkan mulut anak anda.
  • Sediakan juga kain, bib sekiranya bayi anda termuntah.
  • Ada sesetangah bayi boleh sendawa dengan tepukan yang lembut manakala ada yang memerlukan tepukan yang kuat.
  • Fokuskan tepukan di bahagian kiri bayi kerana di situ terletaknya perut bayi.

Kedudukan semasa sendawakan bayi

  • Di atas bahu anda: Dukung bayi anda rapat ke bahu anda. Pegangnya dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi sapu atau tepuk belakang badannya sehingga dia sendawa.
  • Tiarapkan bayi di atas peha anda: Tiarapkan bayi anda di atas peha anda, kepala di satu peha dan badan di peha satu lagi. Pastikan kepala lagi tinggi daripada perutnya. Dengan sebelah tangan memegang erat badan bayi, sebelah lagi tangan anda sapu/tepuk belakang badan anak anda sehingga dia sendawa.
  • Duduk: Dudukkan bayi anda di atas pangkuan anda, pasikan badannya sedikit ke hadapan. Pegang kepala dan dada bayi anda dnegan sebelah tangan manakala lagi satu tangan tepuk/sapu belakang badannya sehingga dia sendawa.
  • Semasa tidur: Tinggikan sedikit kepala anak anda semasa dia baring. Cuba tepuk/sapu dengan perlahan sehinggalah dia sendawa atau sehingga anda yakin sudah selamat.

Selamat mencuba!

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping
Need Help? Chat with us