Contact us

My Cart
RM0.00

Jenis-jenis Najis Bayi Baru Lahir

Perkara yang paling ibubapa akan selalu perhatikan pada bayi adalah jenis-jenis najis anak. Ini kerana jenis dan warna najis anak menentukan umur, tahap pencernaan dan pemakanan anak anda.

Najis bayi baru lahir

Beberapa hari pertama selepas anak anda dilahirkan, najisnya akan kelihatan sangat lain warnanya. Najis mereka akan berwarna hitam kehijauan, melekit seakan-akan minyak motor. Nama lain najis tersebut adalah meconium yang terdiri daripada cecair ketuban, lender, sel kulit dan bahan lain yang ditelan bay semasa dalam kandungan lagi. Selalunya najis seperti ini akan keluar paling lama sehingga 4 hari, selepas itu najis akan bertukar ke warna hijau dan kurang melekit seperti mekonium.

Najis Bayi Yang Minum Susu Badan

Najis bayi yang minum susu ibu berwarna kuning mustard, hijau ataupun coklat. Najisnya sedikit bertekstur, pekat dan kadangkala boleh juga cair seakan-akan mengalami cirit birit. Bau najis bayi yang meminum susu badan hampir tiada, ataupun masam.

Najis Bayi Yang Minum Susu Formula

Najis bayi minum susu formula yang sihat selalunya akan berwarna kuning ataupun coklat, bertekstur pekat seakan-akan mentega kacang. Bayi yang meminum susu formula juga membuang air besar tidak sekerap bayi menyusu badan dan najis mereka lebih besar dan berbau.

Najis Yang Bercampur Dengan Makanan Yang Separa Cerna.

Tidak semua makanan dapat dicerna bayi sepenuhnya dan kadangkala makanan tersebut melalui sistem pencernaan dengan begitu cepat sehingga mereka tidak sempat dicernakan sepenuhnya. Ini menyebabkan ketulan makanan akan kelihatan dalam najis bayi dan warna mereka akan berbeza dari warna najis.

Najis Bayi Mengikut Warna

Jangan khuatir! Perubahan warna najis bayi adalah normal. Namun penting untuk kita selalu perhatikan sambil mengawasi perkembangan anak anda.

Najis berwarna hijau

Bayi yang selalunya diberi makanan tambahan beriron akan mempunyai najis berwarna hijau. Najis warna hijau ini juga akan dapat dilihat pada usia 4-6 bulan apabila anda mula memperkenalkan makanan, sayuran hijau kepada bayi anda. Bukan itu sahaja, bayi yang menyusu badan juga boleh mempunyai najis warna ini apabila susu yang diminum lebih banyak yang jenis foremilk.

Najis berwarna oren, kuning dan coklat

Najis-najis warna ini adalah warna yang normal bagi bayi yang menyusu badan dan menyusu susu formula.

Najis yang mempunyai darah hitam

Kadangkala, najis bayi boleh mempunyai sedikit darah hitam. Ini kerana, bayi anda ada tertelan darah semasa menyusu yang berpunca dari puting yang terluka. Walaupun perkara ini tidak mendatangkan bahaya pada anak anda, adalah lebih baik jika anda terus bawa anak anda berjumpa doktor untuk kepastian yang lebih terjamin.

Najis-Najis Bayi Yang Perlu diberi Perhatian

Segera bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya najis anak anda mengalami salah satu daripada perkara di bawah;

Najis yang cair

Bayi yang mengalami cirit birit akan berwarna hijau, kunig, atau coklat dan sangat berair. Najis ini juga merupakan tanda anak anda sedang mengalami jangkitan ataupun alergi. Jika tidak dirawat, anak anda boleh mengalami dehidrasi.

Najis keras dan berketul

Ini menandakan anak anda sedang mengalami sembelit dan kelihatan seperti guli. Bayi boleh mengalami sembelit apabila diperkenalkan dengan makanan. Ini juga boleh menandakan anak anda mungkin sensitive pada susu, soya ataupun bayi anda tidak boleh toleransi dengan susu formula.

Darah merah dalam najis bayi

Najis bayi boleh bertukar warna merah hasil daripada apa yang dia minum ataupun makan seperti tomato, buah naga dan lain-lain. Manakala jika memang tiada memakan makanan tersebut, boleh jadi itu memang darah. Ia boleh menandakan anak anda mengalami alergi pada protein, luka di mana-mana organ pencernaan ataupun jangkitan bakteria didalam usus.

Najis warna putih

Najis bayi yang berwarna putih seakan kapur merupakan tanda anak anda tidak mencernakan makanan dengan betul. Hempedu yang dihasilkan dari hati yang terhasil mungkin tidak mencukupi untuk anak anda.

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping
Need Help? Chat with us