Sakitnya Suntikan Tetanus Semasa Hamil, Apa Sebenarnya Kebaikan Suntikan Ini?

Suntikan tetanus atau penyakit tetanus (kancing gigi) adalah berbeza dari penyakit lain yang boleh dicegah dengan vaksin kerana ianya bukan berjangkit melalui manusia. Bakteria untuk penyakit ini boleh ditemui di dalam pasir, tanah, dan measuki badan manusia melalui kulit apabila ada objek tajam atau luka yang disebabkan oleh objek yang tercemar dengan bakteria tersebut.

Sakitnya Suntikan Tetanus Semasa Hamil, Apa Sebenarnya Kebaikan Suntikan Ini?

Bagaimana Bakteria Kancing Gigi Memasuki Badan Manusia

Cara paling biasa adalah apabila ibu terpijak paku atau objek tajam yang lain yang telah tercemar dengan bakteria berkenaan. Ia akan memasuki badan melalui kulit yang terluka.

Antara kecederaan lain yang boleh menyebabkan penyakit kancing gigi adalah;

  • Luka yang tercemar dengan najis, atau air liur.
  • Luka yang disebabkan oleh tusukan objek ke dalam kulit seperti paku ataupun jarum.
  • Melecur
  • Luka kemalangan

Cara Lain Anda Boleh Dijangkiti Kancing Gigi

  • Luka pembedahan
  • Gigitan serangga
  • Jangkitan daripada rawatan gigi

Tanda dan Gejala

  • Kekejangan otot yang menyakitkan, lazimnya ia bermula dengan otot-otot rahang dan dipanggil lockjaw atau trismus.
  • Selain daripada itu, kekejangan juga boleh melibatkan otot leher, otot peha, otot belakang badan, otot pernafasan dan lain-lain kumpulan otot badan.
  • Tanda dan gejala kekejangan yang berpanjangan boleh menyebabkan otot koyak dan tulang patah.
  • Rangsangan luar yang sederhana boleh mencetuskan kekejangan, sehingga menyebabkan komplikasi kancing gigi yang serius.

Komplikasi

Kadar kematian antara 10% hingga lebih 80% terutama di kalangan mereka yang tidak pernah menerima pelalian, mereka yang berumur 60 tahun ke atas atau bayi baru lahir.

Selain otot koyak dan tulang patah akibat kekejangan yang lama, jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku akibat aspirasi makanan atau cecair ke dalam paru-paru semasa kekejangan.

Rawatan khusus

  • Antitoksin dan antibiotik hendaklah diberikan seiring; antitoksin untuk menawarkan toksin bakteria dalam badan dan antibiotik untuk membunuh bakteria yang ada.
  • Immune Globulin (GIT) disuntik ke dalam otot dengan dos sebanyak 3000 – 6000 IU; atau antitoksin tetanus dalam satu dos yang besar disuntik ke dalam vena selepas ujian sensitiviti dijalankan.
  • Antibiotik Metronidazole dalam dos yang besar disuntik ke dalam vena dan diberikan dalam tempoh 7 hingga 14 hari.

Ibu mengandung:

Ibu mengandung diberi pelalian toksoid suntikan tetanus supaya antibodi boleh memasuki tubuh bayi yang baru lahir dan mencegah bayi dari mendapat tetanus. Bayi boleh mendapat tetanus sekiranya tali pusat dipotong dengan menggunakan peralatan yang tidak disucikuman dan juga melalui penjagaan tali pusat yang tidak bersih seperti meletakkan ubat-ubatan tradisional di pusat.

Pelalian toksoid suntikan tetanus sebanyak 5 dos mengikut jadual ditetapkan (0, 1 dan 6 bulan; setahun dan setahun) boleh memberi perlindungan sepanjang hayat.

Pelalian Rawatan

Sekiranya individu mengalami luka terutama luka yang kotor, dapatkan pelalian toksoid tetanus kerana antibodi yang lazimnya terbentuk dalam masa empat (4) hari selepas pelalian akan dapat melawan toksin bakteria. Manakala paras toksin bakteria Clostridium tetani yang boleh menyebabkan gejala lazimnya berlaku dalam tempoh enam (6) ke tujuh (7) hari selepas mengalami luka.

Berminat dengan mana-mana Produk Tasneem Naturel? Klik simbol Shopee ini:

File:Shopee.svg - Wikimedia Commons

Anda ingin menjadi agen Tasneem Naturel. Klik simbol Whatsapp di bawah ini :

 

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com