Contact us

My Cart
RM0.00
Blog

Selalu Disarankan Meminum Jus Delima Semasa Mengandung, Tahukah Anda Apa 8 Manfaat Delima?

Tahukah anda, isu kesihatan bayi baru lahir mungkin dapat dielakkan dengan meminum jus delima?

Menurut satu kajian di Univiersiti Washington, jus delima dapat membantu mengelakkan tekanan darah tinggi (pre-eclampsia), pertumbuhan terbantut dan kelahiran pramatang buat wanita mengandung.

Kajian mereka mendapati bahawa jus delima mengehadkan kecederaan terhadap tisu plasenta manusia yang bermaksud, melindungi dari kematian sel, mengurangkan stress dan kematian sel plasenta yang telah dibiakkan di dalam makmal.

Sel yang terdedah pada rangsangan seperti keadaan di mana kekurangan oksigen dan kemudian didedahkan dengan jus delima, sel sel tersebut boleh hidup berbanding dengan yang tidak didedahkan dengan jus delima.

Stress dan kerosakan sel

Sel-sel badan kita melalui satu proses oxidative stress. Perkara ini boleh terjadi apabila ada penambahan radikal bebas, bahan yang merosakkan sel. Kandungan jus delima yang memiliki antioksida boleh melindungi sel dari radikal bebas. Di dalam kes kandungan yang sukar, keadaan oxidative stress dapat dilihat di mana ia boleh menyebabkan pre-eclampsia ( tekanan darah tinggi). Masalah plasenta dalam kalangan ibu mengandung boleh menyebabkan berat bayi baru lahir yang ringan dan bayi pramatang. Secara purata, 5-10% seluruh wanita mengandung di dunia mempunyai masalah berkaitan dengan plasenta.

1. KAYA DENGAN SERAT

Ibu mengandung lebih mudah berasa tidak selesa perut dan terkena sembelit. Ambil langkah selamat dan semulajadi dengan pengambilan buah delima. Menurut sumber, setengah cawan isi buah delima mengandungi 5 gram serat. Itu sudah suku jumlah  pengambilan serat yang disarankan untuk ibu hamil.

Pengambilan buah delima untuk ibu hamil dapat membantu melancarkan pergerakan usus agar lebih selesa.

2. TINGGI KANDUNGAN ZAT BESI

Selain serat, ibu mengandung juga perlu nutrien zat besi untuk penghasilan sel darah merah yang banyak. Sel darah merah amat penting untuk perkembangan bayi sihat dan bagi mengelakkan komplikasi seperti anemia dan bayi lahir tidak cukup bulan.i kesihatan kandungan.

3. MENGURANGKAN RISIKO PRE-EKLAMPSIA

Semua wanita inginkan waktu kehamilan yang lancar sehingga waktu kelahiran. Antara nutrisi lain yang terkandung dalam buah delima ialah khasiat zat fitokimia. Kajian menunjukkan zat fitokimia sangat baik untuk jantung serta mampu mengawal paras darah tinggi seseorang.

Pengamalan buah delima untuk ibu hamil, terutamanya yang mencapai waktu kehamilan 20 minggu ke atas, dapat membantu mencegah risiko preeklampsia.

4. MENGELAKKAN KEKEJANGAN & LENGUH BADAN

Buah delima untuk ibu hamil juga amat digalakkan kerana kandungannya kaya dengan elemen kalium. Elemen yang selalu ada pada buah pisang ini penting untuk kesihatan saraf dan otot.

Badan yang selama ini kejang dan mudah lenguh sejak mengandung dapat dipulihkan dengan pengambilan buah delima dalam diet harian.kandungan kalium dalam buah ini juga dapat membantu pengimbangan elektrolisis dalam badan bagi kesihatan menyeluruh.

5. MENGUATKAN TULANG

Selain Vitamin C, buah delima juga diperkaya dengan Vitamin K. Vitamin K dapat membantu menguatkan tulang si ibu dan pembentukan tulang yang sempurna bagi perkembangan bayi. Selain fungsinya untuk menguatkan tulang, vitamin K juga berperanan untuk mempercepat proses pemulihan darah dan tisu pada badan.

Ini bermakna buah delima mampu memberi khasiat sewaktu hamil dan selepas melahirkan anak kerana kandungan vitamin K yang dapat membantu menyihatkan badan  dengan cepat selepas bertarung melahirkan anak. Kekurangan vitamin K juga dikhuatiri menyebabkan komplikasi kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.

6. PADAT DENGAN ASID FOLIK

Perkembangan bayi yang sihat dari segi minda sihat dan fizikalnya yang sempurna dapat dicapai dengan kandungan asid folik yang terdapat pada buah delima.

Kandungan asid dalam buah ini folik mampu mengurangkan risiko perkembangan bayi secara tidak normal seperti komplikasi kecacatan tiub saraf pada tulang belakang janin. Secawan jus delima sudah merangkumi satu perempat jumlah asid folik yang diperlukan untuk ibu mengandung.

7. SUMBER ANTIOKSIDA

Buah ini mengandungi lebih jumlah antioksida berbanding buah kranberi atau teh hijau. Kandungan antioksida tinggi dapat memulihkan radikal bebas yang memberi mudarat pada plasenta. Antioksida khusus pada buah delima iaitu polifenol dapat membantu melindungi otak  bayi daripada kekurangan oksigen sewaktu saat melahirkan.

Selain itu, kandungan antioksida pada buah delima juga dapat menguatkan sistem imunisasi pada badan yang sedang berusaha membesarkan kandungan.

8. PEMANIS YANG SIHAT

Buah manis dan berjus ini juga mengandungi kandungan gula semulajadi yang lebih sihat bagi ibu mengandung. Tukarkan gula buatan seperti gula pasir dan pemanis kepada buah delima.

Gula buatan hanya mengandungi gula semata-mata manakala buah delima mengandungi pelbagai kandungan gula semulajadi glukos, maltos dan fruktosnya serta khasiat sampingan lain.

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping