Contact us

My Cart
RM0.00
Blog

Bahaya Darah Tinggi Semasa Mengandung, Ikuti Langkah Pencegahan Ini Sebelum Terkena!

Salah satu masalah perubatan paling lazim ketika hamil ialah tekanan darah tinggi atau hipertensi. Gangguan hipertensif kehamilan atau hypertensive disorders of pregnancy (HDP) merupakan antara punca utama kematian perinatal dan maternal di seluruh dunia.

Empat Kategori Tekanan Darah Tinggi

Praeklampsia-eklampsia

Ini terjadi apabila hipertensi dikesan selepas 20 minggu kehamilan, diiringi jumlah protein yang berlebihan di dalam kencing atau lain-lain tanda. Praeklampsia boleh menyebabkan kepada eklampsia, iaitu serangan sawan atau fasa konvulsif gangguan ini dan boleh mengakibatkan komplikasi teruk, termasuk kematian.

Hipertensi kronik

Masalah hipertensi yang sedia ada sebelum hamil atau yang dikesan sebelum minggu 20 kehamilan diklasifikasikan sebagai hipertensi kronik.

Hipertensi kronik bertindih dengan praeklampsia

Wanita yang menghidap hipertensi yang sedia ada lebih berkemungkinan didiagnos menghidap praeklampsia. Dalam keadaan ini, tekanan darah akan menjadi lebih teruk dan tanda-tanda praeklampsia akan muncul semasa kehamilan.

Hipertensi gestasi

Masalah ini terjadi apabila hipertensi dikesan selepas 20 minggu kehamilan, tetapi tiada tanda-tanda lain berkaitan praeklampsia seperti proteinuria.

Golongan Berisiko

  1. Kehamilan pertama
  2. Kehamilan dengan lebih dari satu kandungan
  3. Berumur lebih 40 tahun.
  4. Obesiti sebelum kehamilan
  5. Mempunyai ibu atau adik-beradik yang pernah menghidapi hipertensi
  6. Mempunyai sejarah hipertensi
  7. Mengidap diabetes, penyakit ginjal, artritis reumatoid, lupus, atau skleroderma.

Simptom-simptom Hipertensi.

Di rumah

  • Sakit kepala yang teruk
  • Sakit di tengah atau sebelah kanan, lazimnya di bahagian sebelah kiri tulang rusuk
  • Penglihatan kabur, hilang penglihatan sementara, atau sensitif pada cahaya
  • Mual atau muntah-muntah yang teruk
  • Sukar bernafas
  • Bengkak kaki atau tangan yang teruk
  • Kurang air kencing

Di klinik

  • Bacaan tekanan darah 140/90 mm Hg, diambil dua kali, dalam masa sekurang-kurangnya 4 jam
  • Proteinuria atau tanda-tanda lain masalah buah pinggang
  • Sindrom HELLP (hemolisis, paras enzim hati meningkat, atau kiraan platelet rendah)

Kemungkinan komplikasi

  • Pengurangan aliran darah ke uri (placenta), mengakibatkan pertumbuhan terbantut, kurang berat lahir, atau kelahiran pramatang
  • Uri lekang, yang boleh mengakibatkan pendarahan yang banyak
  • Kelahiran pramatang mungkin perlu dilakukan untuk mencegah komplikasi yang mengancam nyawa
  • Penyakit kardiovaskular di masa akan datang

Langkah Pencegahan

  1. Wanita yang berisiko tinggi juga disaran untuk mengambil aspirin dos rendah atau suplemen kalsium karbonat (CaCO3) sebagai langkah pencegahan bagi praeklampsia dan HDP. Untuk mencegah sawan eklampsia dan uri lekang pada wanita yang disahkan menghidap praeklampsia, magnesium sulfat boleh diberi. Langkah pencegahan ini harus diambil setelah disaran dan diarahkan oleh doktor anda.
  •  Kawal pengambilan gula, garam dan lemak anda. Tingkatkan pengambilan buah dan sayur dalam diet untuk membekalkan nutrien yang mencukupi untuk anda dan bayi anda. Minum air secukupnya. Lazimnya, anda perlu mengurangkan pengambilan garam untuk mengawal hipertensi, tetapi wanita hamil perlukan garam yang cukup. Ikut nasihat doktor anda mengenai perkara ini.
  •  Wanita yang berlebihan berat badan dan menghidap hipertensi dinasihatkan untuk menurunkan berat badan sebelum hamil. Apabila hamil, anda dinasihatkan untuk mengawasi berat badan dan cuba untuk tidak bertambah berat badan terlalu banyak. Anda juga perlu mengelak daripada merokok, minum alkohol, dan dadah. Bahan-bahan tersebut boleh memburukkan lagi tekanan darah dan menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan yang boleh memudaratkan anda dan bayi anda. Kekal aktif dengan selalu melakukan senaman yang sesuai bagi wanita hamil seperti berjalan pantas atau berkebun. Walau bagaimanapun, berhati-hati agar tidak memaksa diri dan ambil berat tentang kehamilan anda.

Tekanan darah tinggi semasa hamil adalah masalah yang berleluasa, terutama di negara seperti Malaysia di mana terdapat ramai penduduk yang menghidap hipertensi. Maka, adalah amat penting untuk mengetahui cara untuk mengendalikan keadaan anda. Langkah paling penting ialah mengekalkan jadual pemeriksaan pranatal yang tetap dengan doktor anda dan sentiasa mengawasi tekanan darah. Langkah-langkah lain yang disebutkan harus juga diambil untuk mengawal tekanan darah dan memelihara kesihatan anda dan bayi anda. 

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping