Dulu Dropship, Kini Auni Upgrade Jadi Leader Tasneem Naturel

Nama Auni ‘Izzati Bt Muhamad Murtadha. Anak sulong dari empat (4) orang adik beradik dan berumur 33 tahun. Auni berasal dari Batu Pahat, Johor dan kini menetap di Melaka. Auni bermula dengan sistem dropship, tak lama kemudian Auni upgrade sebagai Junior Leader Tasneem Naturel. Nak tahu macam mana Auni upgrade? Jom baca kisah Auni! 

Sebelum melibatkan diri dalam perniagaan atas talian sebagai ‘drophip’ Bersama-sama Tasneem, Auni pernah bekerja sebagai Pembantu Setiausaha Syarikat di Union & Co yang menawarkan perkhidmatan Perakaunan dan Kesetiausahaan, Agen Insuran di Prudential dan Ekskutif Sumber Manusia & Pentadbiran merangkap pembantu peribadi Pengurus Besar Syarikat Faiza Sdn. Bhd.

dropship tasneem naturel

Selepas berkahwin, Auni ikut suami berpindah ke Melaka dan bekerja di salah sebuah Syarikat di Melaka sebagai Eksekutif II di Unit Perkhidmatan Korporat & Kesetiausahaan dan berhenti setelah lapan (8) bulan berkhidmat kerana mengalami alahan yang teruk semasa hamil dan tidak tahan tekanan di tempat kerja.

Kenal Tasneem Naturel Bila Anak Hadapi Selesema Teruk

dropship tasneem naturel

Auni mula mengenali Tasneem apabila anak Auni, Muhammad Yusuf Mirza kena selsema yang teruk beserta kahak dan batuk semasa dalam pantang. Setiap hari Auni perlu sedut hingus Yusuf supaya Yusuf lebih selesa dan dapat tidur. Memang setiap kali Auni nak sedut hingus, Yusuf akan menangis. Baby kan…

Masa Auni bersalinkan Yusuf, Yusuf dah terminum air mentuban. Dengan tak sempat tengok pun muka anak, Yusuf terus dimasukkan ke dalam NICU selama tujuh (7) hari untuk dan diberikan antibiotik. Bayangkan bagaimana perasan seorang ibu bila keluar dari wad bersalin dan terpaksa berpantang tanpa anak di sisi. 

Bila Yusuf kena selsema, hati ibu mana yang tak risaukan? Dan ini pengalaman anak pertama. Mujurlah berpantang di rumah ibu. Ibu mulalah sapu kunyit kat batang hidung Yusuf, bakar bawang putih dan sapu minyak di tapak kaki Yusuf dan macam-macam lagi kami ikhtiar cara orang dulu-dulu.

dropship tasneem naturel

Tapi tak nampak perubahan dan nafas Yusuf makin kuat berbunyi. Demi Allah, Auni berdoa “Ya Allah, kau lindungilah anak ku. Kau kurniakanlah kesihatan dan kesembuhan kepada anak ku Muhammad Yusuf Mirza”. Kemudian auni ternampak satu status di Facebook tentang balm yang boleh merawat batu selsema. Memang tak fikir Panjang, Auni terus beli. Padahal sebelum ni tak pernah percaya apa-apa iklan menjual di Facebook. Alhamdulillah, lepas guna CF-Rub dalam masa seminggu, hingus Yusuf mula kering dan nafas pun dah tak berbunyi.

Mula Mencari Peluang Bersama Tasneem Naturel

dropship tasneem naturel

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpunca dari pandemik Covid-19, Auni mula cari peluang pekerjaan secara dalam talian (online). Auni pernah cuba bermacam-macam dropship sebelum terlibat dengan Tasneem. Sehinggalah pada suatu hari Auni ternampak whatsapp status Master Leader Team MQ, Ummi Aida berkenaan percarian dropship secara percuma.

dropship tasneem naturel

Perkara paling best dan seronok dalam Tasneem adalah circle yang Auni tak dapat di dropship lain. Tasneem ibarat satu keluarga. Hubungan antara agen sangat-sangat rapat walaupun berbeza rank. Seolah-olah tiada gap hubungan antara dropship dengan Leader & Founder. Bagi golongan wanita yang pernah bekerja, untuk jadi surirumah sepenuh masa memang tak pernah terfikir. Kejutan budaya jugak lah masa mula-mula tak berkerja tu. Bila jadi surirumah, suami dan anak je lah dunia Auni. Terlibat dengan circle Tasneem buat Auni rasa seperti bekerja kat pejabat semula. Ada rakan sekerja.

Bermula dropship bersama Tasneem Naturel

dropship tasneem naturel

Alhamdulillah dengan Tasneem, Auni dari zero tak ada apa-apa ilmu tentang business online, dah mula dapat keuntungan RM600 sebulan. Bermula dari dropship dan kini Auni salah seorang Junior Leader dan mula membina team sendiri. Yang paling best Auni dapat join 60 days Champion Challenge dan layak menerima syiling emas serta menuntut ilmu direct dengan Ummi Idah iaitu Founder Tasneem sendiri. Ia merupakan reward pertama yang Auni terima dari HQ.

Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.