tasneemnaturel.com

Car Seat Ada Banyak Jenis, Tapi Yang Mana Satu Paling Sesuai Untuk Anak Anda? Mudah Je Dengan Tips Bawah Ni..!

Seperti yang kita semua sedia maklum, kerajaan sudah pun menetapkan bahawa pemakaian car seat bagi kanak-kanak dan bayi adalah wajib mulai tahun 2020. Saban hari, begitu banyak kemalangan maut yang melibatkan kanak-kanak dan bayi dilaporkan di media. Majoriti mangsa tidak didudukkan dalam car seat. Bukanlah ingin mengatakan yang car seat boleh mengelakkan anak anda daripada maut tetapi dengan meletakkan anak anda dalam car seat semestinya dapat mengurangkan tahap kecederaan yang mungkin dialami anak anda sekiranya berlaku kemalangan.

Mungkin ada ibu bapa yang tidak pernah membeli car seat sehinggalah kerajaan mewar-warkan perkara ini dan memerlukan panduan untuk memilih car seat yang betul. Adalah amat penting bagi anda untuk memastikan anda telah pun melaburkan duit anda pada car seat yang berkualiti untuk anak-anak anda.

Jenis-Jenis Car Seat

Ada 4 jenis car seat utama yang bersesuaian mengikut umur dan berat anak-anak anda. Pentingnya anda kenali dan ketahu jenis car seat supaya anak anda bukan sahaja selesa menggunakannya malahan terbukti selamat untuk mereka.

Infant Car Seat

Car seat bayi ini adalah sesuai digunakan untuk bayi yang baru lahir sehinggalah berat mereka mencecah 10 kg, bergantung pada jenama car seat. Sekiranya anak anda berada dalam lingkungan umur ini, car seat hendaklah diletakkan menghadap ke belakang. Ini kerana sekiranya berlaku kemalangan, impak terhadap tulang belakang dan leher bayi dapat dikurangkan. Car seat jenis ini selalunya didatangkan dengan pemegang untuk memudahkan anda untuk meletakkan anak anda dalamnya dan boleh dicabut dengan mudah dan di bawa ke mana-mana. Bukan itu sahaja, car seat jenis ini juga selalunya boleh diletakkan dalam stroller juga menggunakan adaptor yang bersesuaian.

PENTING: Car seat jenis ini tidak sesuai diletakkan di tempat duduk depan bahagian penumpang kerana kebanyakan kereta mempunyai airbag di bahagian situ. Impak terkena hentakan airbag lagi dahsyat. Tempat terbaik untuk meletakkan car seat adalah di bahagian tengah tempat duduk belakang.

Convertible Car Seats.

Convertible Car Seatadalah lebih berat dan besar berbanding infant car seat. Convertible car seat biasanya boleh diletakkan mengadap belakang dan juga mengadap depan. Kebanyakan car seat jenis ini boleh digunakan untuk bayi baru lahir sehinggalah mereka berusia sekitar 4 hingga 6 tahun.

Booster Seat

Kerusi booster ini adalah kerusi yang diletakkan dalam car seat bagi meninggikan kedudukan anak anda supaya mereka boleh pakai tali pinggang yang tersedia dalam kereta.

All in One Car Seat

All in One Car Seat ini adalah car seat yang boleh dipakai untuk bayi baru lahir, boleh menghadap depan dan belakang, dan boleh dijadikan booster seat. Car seat jenis ini sememangnya lebih mahal berbanding car seat di atas ini namun anda tidak perlu memperbaharui car seat anak anda saban tahun mengikut kesesuaian selepas anda membeli car seat jenis ini.

Ciri-ciri Car Seat Yang Baik

Ciri keselamatan yang diluluskan.

Kesemua pengeluar car seat di Malaysia seharusnya mempunyai perakuan yang memenuhi panduan CRS (Child Restrain System).

Cara pemakaian yang mudah.

Tidak kira sama ada anda beli baru atau beli car seat yang terpakai, fahami cara pemakaian car seat yang mudah, yang boleh anda pasang sendiri tanpa bantuan orang lain.

Cari car seat yang mempunyai tali pinggang five point harness. Tali pinggang jenis ini lebih selamat mendakap bayi anda.

Lapik Car Seat.

Kebanyakan kanak-kanak mempunyai kulit yang senseitif. Cuba ketahui jenis fabrik yang digunakan sebagai lapik car seat anak anda bagi mengelakkan sebarang kerengsaan kulit terjadi.

Langkah-langkah Keselamatan

Berikut kami senaraikan beberapa perkara yang perlu anda ingat ketika menggunakan car seat;

  • Sentiasa patuhi cara pemasangan car seat yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta anda. Tip: Sekiranya car seat bayi anda masih teralih walaupun selepas anda memasangnya, anda perlu periksa semula cara pemasangan anda. 
  • Letakkan car seat anak anda di tengah tempat duduk belakang adalah langkah paling selamat terutamanya jika anda memandu kereta automatik.
  • Tahukah anda, airbag dicipta untuk melindungi orang dewasa dan kanak-kanak yang sudah besar semasa kemalangan, namun, airbag tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil terutamanya bayi. Sekiranya anda terpaksa juga meletakkan bayi anda di tempat yang mempunyai airbag, cuba nyahaktifkan airbag tersebut.
  • Bayi baru lahir sehingga usia 2 tahun digalakkan untuk mengadap ke belakang.
  • Apabila car seat anak anda mengadap ke belakang, tali pinggang car seat mestilah ngam-ngam di bahagian bahu bayi anda. Manakala jika mengadap ke depan, tali pinggang car seat anak anda mestilah tinggi seinci atau dua inci dari bahu anak anda.

Kami faham, membaca buku manual adalah perkara yang tidak menarik tetapi percayalah, ia adalah langkah penting untuk anda fahami manual car seat anak anda dan yakin dengan kualiti keselamatannya.

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-1, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com