Contact us

My Cart
RM0.00
Anak Seronok Belajar Apabila Diberi Galakan, Bukan Dengan Desakan. Dr. Sheikh Muszaphar Kongsikan Cara Beliau Mendidik Anak-anak.

Anak Seronok Belajar Apabila Diberi Galakan, Bukan Dengan Desakan. Dr. Sheikh Muszaphar Kongsikan Cara Beliau Mendidik Anak-anak.

Buku My Way of Parenting ditulis oleh angkasawan Malaysia pertama iaitu Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Buku bergenre keibubapaan ini menampilkan pengalaman Dr. Sheikh Muszaphar dan isterinya membesarkan keempat-empat anak mereka. Selain itu, beliau juga turut berkongsikan tip tentang tumbesaran dan pendidikan awal kanak-kanak di samping menceritakan bagaimana beliau mengamalkan untuk anak-anaknya.

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, penulis buku My Way of Parenting,
dikelilingi oleh anak-anaknya.

Berikut adalah 5 pengajaran penting daripada buku My Way of Parenting.

1. Peranan bapa dalam menunjukkan kasih sayang.

Kebanyakan ibu lebih mudah membina hubungan yang erat dengan bayi melalui penyusuan badan. Disebabkan bayi mempunyai had untuk berinteraksi, maka kadangkala bapa menjadi bingung apa yang perlu dilakukan selain daripada menyusukan bayi. Oleh itu, Dr. Sheikh Muszaphar telah menunjukkan bahawa bapa juga boleh menjalinkan hubungan yang erat dari hari pertama kelahiran bayi. Iaitu dengan melakukan inisiatif seperti memandikan bayi, menukar lampin, melakukan sentuhan kulit ke kulit, mendodoikan anak dan pelbagai lagi rutin. 

2. Kenali potensi dan bakat anak. 

Setiap anak yang dilahirkan mempunyai karakternya tersendiri meskipun mereka adalah kembar yang lahir dari rahim yang sama. Mengenali anak bukan semata mengetahui apa yang mereka suka dan tidak sukai. Mengenali anak bererti kita memahami sifat-sifat peribadi, memerhati bakat dan potensi mereka supaya kita dapat membimbing selari dengan kemampuan serta keinginan mereka.

3. Menggalakkan, bukan memaksa.

Oleh disebabkan anak-anak Dr. Sheikh Muszaphar terlibat dengan pelbagai aktiviti, ramai yang menyangka beliau memaksa anaknya mengikut jadual dan aktiviti yang telah ditetapkan. Sedangkan apa yang beliau lakukan adalah beliau berbincang dan menggalakkan anaknya untuk terlibat dengan aktiviti sekian-sekian. Beliau juga memastikan aktiviti yang dilakukan itu menyeronokkan dan anak-anaknya juga turut senang hati melibatkan diri. 

4. Dedahkan anak dengan pelbagai aktiviti.

Otak anak yang berusia 6 tahun ke bawah ibarat span yang mampu menyerap apa sahaja yang dipelajari termasuk perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Jadi, untuk tempoh 6 tahun pertama ini, seeloknya dedahkan si anak dengan aktiviti seperti seni lukisan, berenang atau aktiviti sukan yang lain. Pastikan si anak dalam keadaan bersedia melibatkan diri melakukannya. Sekiranya kita terus memaksa, jiwa si anak akan berkecamuk dan perkara ini boleh menjejaskan diri si anak pada masa akan datang. 

5. Menyuntik motivasi dalam perbualan

Biasakan berborak dengan anak sedari mereka masih bayi lagi. Kebiasaan begini akan membantu ibu bapa kelak untuk berbual hal-hal yang lebih serius. Apabila mereka berjaya melakukan sesuatu perkara, elakkan daripada mengatakan, “Pandainya adik,” atau “Hebatnya kakak.” Sebaliknya, beritahulah mereka usaha yang telus dan pengorbanan yang diperuntukkan itu lebih berat dipandang berbanding hasil atau natijahnya. Supaya, apabila mereka jatuh dalam kegagalan, mereka tidak mudah berputus asa. Selain itu, beri sokongan untuk mereka memperbaiki kesilapan dan kesalahan. Kemudian, nasihatilah mereka untuk berazam tidak mengulanginya lagi. Tunjukkan bahawa kita yakin mereka mampu melakukan yang terbaik dalam apa jua bidang sekalipun.

Tiada ibu bapa yang sempurna kerana kesempurnaan hanyalah milik Allah SWT. Oleh kerana itu, kita digalakkan untuk terus belajar dan menimba ilmu. Supaya kita mendapat kefahaman untuk berbuat sebaik-baiknya dan memberi manfaat buat kelurga kecil serta orang sekeliling kita.

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping