Contact us

My Cart
RM0.00
Emosi Anak Lebih Stabil Sekiranya Ibu Bapa Luangkan 30 Minit Masa Bermain Dengan Mereka Selepas Pulang Dari Pejabat.

Emosi Anak Lebih Stabil Sekiranya Ibu Bapa Luangkan 30 Minit Masa Bermain Dengan Mereka Selepas Pulang Dari Pejabat.

Pada siang hari, ibu bapa pergi bekerja. Anak-anak pula dihantar ke taska. Biarpun tempoh masa untuk bersama-sama itu tidak banyak, jadikan waktu yang tinggal dapat diluangkan dengan mencipta memori indah belaka. 

Tiba sahaja di rumah, ketepikan sebentar telefon pintar. Sebelum mengurus perkara-perkara lain, ambil masa 30 minit khusus untuk bermain dan bergurau senda dengan si manja anda melalui 5 idea permainan berikut. Stres berkurang di samping dapat menjalin hubungan erat antara ibu bapa dan anak.

1. Raksasa Geletek

Bayi yang digeletek pasti akan ketawa mengekek-ngekek. Rancakkan ia dengan ibu bapa beraksi menjadi Raksasa Geletek. Goyangkan jari jemari sambil menyebut, “Raksasa geletek datang menyerangggg!” Si anak akan ternanti-nanti isyarat tersebut. Bahkan, mula ketawa sebelum anda menyentuh kulitnya lagi. Untuk anak yang lebih besar, mereka pasti mahu bergilir menjadi Raksasa Geletek dan menggelikan hati ibu bapa mereka pula.

2. Bermain Kasar

Bermain kasar atau roughhousing membantu dalam memupuk sosio-emosi si anak. Biarkan si anak memanjat badan anda, berguling di atas lantai dan meloncatlah bersama-sama mereka. Bila ibu bapa turut serta bersuka ria, si anak pasti galak ketawa beria. 

3. Jom Terbang

Lakukan aktiviti ini sebelum masa makan si anak. Rangkul badan si manja dengan selamat, angkat dan pusingkan mereka. Sambil itu, memekkan bunyi kapal terbang dan selangi ia dengan berkata, “Jom terbang. Terbang tinggi. Terbang lagi!” Si anak pasti menikmati dengan girang dan dapat melihat pemandangan yang berbeza melalui pergerakan sebegini. 

4. Sorok dan Cari

Ambil mainan kecil dan sorokkan ia di bawah kusyen atau belakang badan anda. Galakkan anak untuk mencari dengan bertanya, “Eh mana mainan adik ya? Ibu tak nampak pun.” Si anak pasti mengukir senyuman setelah menjumpainya atau anda sendiri mendedahkan mainan tersebut. Dari umur 5 bulan, mereka akan mula memahami sesuatu itu tidak semestinya hilang (termasuklah anda), hanya kerana mereka tidak dapat melihatnya.

5. Kejar Sampai Dapat

Pada usia awal bulan, anda boleh mula menggoyangkan jari jemari dan berkata, “Tangkap dia!” Apabila mereka sudah mula merangkak, anda sudah boleh mengejar mereka. Sejurus dapat menangkap si kecil anda, rangkul erat tubuh si anak dan hujani mereka dengan ciuman penuh kasih sayang. 

Waktu yang berlalu tidak dapat dikembalikan. Apa yang kekal adalah memori yang terpahat di hati, melekat dalam ingatan.

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping