Contact us

My Cart
RM0.00
Meniarap Boleh Menguatkan Leher dan Otot Belakang Bayi Anda.

Meniarap Boleh Menguatkan Leher dan Otot Belakang Bayi Anda.

Pergerakan harian seperti menyentuh permukaan pakaian, mengambil botol air atau bangun dari tempat duduk merupakan perkara mudah bagi orang dewasa. Bagi anak kecil yang baru lahir, perkara-perkara tersebut merupakan satu cabaran buat mereka. Oleh kerana itu, ibu bapa digalakkan untuk merangsang fikiran, emosi dan pergerakan bayi dengan sering berinteraksi serta bermain dengan mereka.

Sejak awal usia lagi, perkenalkan kepada si bayi kepada pelbagai jenis persekitaran. Supaya pengetahuan mereka bertambah di samping dapat membantu perkembangan jiwa dan fizikal cahaya mata anda.

Berikut merupakan tip menguatkan otot si manja anda, sesuai dilakukan untuk bayi yang berusia 1 tahun ke bawah.

1. Mempelbagaikan Posisi Bayi


Berikan pengalaman yang lebih luas dengan memvariasikan posisi apabila memegang atau mendukung si bayi. Seperti meniarapkan perut bayi di atas riba anda, membaringkannya di atas lantai, mengiringkan tubuh si kecil di atas katilnya atau menyandarkan badannya ke bahu anda.

2. Angkat Bayi Tingi-tinggi

Angkat si bayi ke udara melepasi kepala anda. Pergerakan sebegini akan memberi sensasi baharu yang mendebarkan buat si bayi anda. Selain itu, bayi juga dapat menikmati dunia sekelilingnya melalui pandangan dari tempat tinggi.

3. Bersenam

Bersenam merupakan salah satu aktiviti yang membuka peluang untuk si bayi belajar pergerakan baharu. Anda boleh baringkan si bayi. Kemudian, pegang tangannya dan tarik perlahan-lahan. Di samping itu, biarkan si bayi mengangkat kepala dan lehernya sendiri. Rutin senaman ini dapat membantu dalam menguatkan lengan, otot leher dan menggalakkan si bayi mengawal pergerakan anggota badannya secara progresif.

4. Menguatkan Lutut, Peha dan Pelvis Bayi

Lenturkan kaki si bayi dan biarkan tapak kakinya menekan tapak tangan anda. Rutin sebegini membantu menguatkan lutut, peha dan kawasan pelvis anak kecil anda.

5. Menguatkan Leher dan Otot Belakang Bayi

Meniarapkan badan si bayi. Kemudian, panggil nama si manja anda atau goncangkan rattle dari atas kepalanya supaya si bayi mendongak. Dalam masa yang sama si bayi akan terkapai-kapai cuba mengangkat dan menyokong kepala serta bahagian atas badannya. Permainan sebegini membantu menguatkan leher dan otot belakang anak kecil anda.

Jadikan aktiviti-aktiviti ini lebih menyeronokkan. Iaitu dengan bersungguh-sungguh menggalakkan si manja anda untuk terus berusaha setiap kali mereka berjaya membuat pencapaian baharu.

Rujukan: Understanding Your Baby | Kyra Karmiloff, MSc & Dr. Annette Karmiloff-Smith, PhD

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping