Contact us

My Cart
RM0.00
Blog

Denggi : Pembunuh di Malaysia Tanpa Kira Umur , Amalkan Langkah berjaga-Jaga Ini!

Baru sahaja beberapa hari lepas kita digemparkan dengan artikel yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan statistik jumlah kematian di Malaysia yang disebabkan oleh demam denggi. Sudah seramai 128 orang kehilangan nyawa dalam masa 10 bulan! Ini merupakan satu angka yang besar namun tanpa anda sedari, kematian disebabkan oleh denggi ini sebenarnya boleh dicegah dan sangat mudah!

Sehubungan dengan perkara ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan beberapa garis panduan yang boleh digunakan oleh kita semua. Di sini kami akan kongsikan garis panduan tersebut dengan beberapa garis panduan lain yang boleh digunapakai juga.

Garis Panduan Oleh KKM

  1. Gunakan repellen

Sekarang ini sudah banyak repellen yang dijual di pasaran. Carikan repellen yang bersesuaian dengan orang yang menggunakannya. Jika anda mahu pakaikan kepada anak anda, carilah repellen yang tidak merbahaya untuk kulit mereka. Sekarang ini juga sudah dijual klip repellen yang hanya perlu disangkutkan pada baju ataupun stroller anak anda.

2. Pakai seluar panjang & baju lengan panjang

Apabila anda tahu anda mahupun anak anda akan keluar ke tempat yang mudah terdedah dengan gigitan serangga, pakaikan baju lengan panjang dan seluar panjang siap-siap. Bagi anak anda yang menggunakan stroller, anda juga sarungkan kelambu yang khas untuk stroller.

  • Sembur aerosol peracun serangga

Apabila hari sudah mahu petang dan pada awal pagi, anda boleh semburkan sabun aerosol serangga di sekeliling rumah sebagai langkah pecegahan.

  • Pasang jaring penghalang nyamuk

Jaring penghalang nyamuk ini bukan sekadar boleh dipasangkan di katil malahan terus di tingkap. Sekarang ini sudah banyak jaring penghalang nyamuk yang boleh terus dipasangkan di tingkap, ia nya lebih mudah dan tidak perlu dibuka pasang berulang kali.

  • Elakkan berada di luar rumah pada waktu kemuncak nyamuk Aedes menggigit.

Waktu kemuncak nyamuk Aedes mengigit adalah pada jam 6-8 pagi dan 6 petang – 8 malam. Namun sekiranya anda perlu berada di luar rumah pada waktu ini, amalkan langkah-langkah pencegahan yang lain untuk diri dan keluarga anda.

  • Bersihkan kawasan persekitaran rumah dan taman perumahan anda. Jangan biarkan ada air bertakung di kawasan sekeliling anda.

Panduan Elakkan Gigitan Serangga Buat Anak Kecil

  1. Nasihatkan kepada anak anda agar jauhkan diri daripada tempat yang banyak serangga senang terkumpul sebagai contoh tong-tong sampah besar, longkang-longkang besar, kebun dan tempat tumbuh banyaknya bunga-bunga.
  • Jangan pakaikan anak anda pakaian yang mempunyai warna yang menarik ataupun corak berbunga menarik apabila ingin ke kawasan yang mempunyai banyak serangga kerana ia mudah menarik perhatian serangga.
  • Elakkan menggunakan sabun, minyak wangi mahupun penyembur rambut yang berbau wangi seperti bunga pada anak anda kerana ia juga boleh menarik perhatian serangga.

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping