Baru sahaja beberapa hari lepas kita digemparkan dengan artikel yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan statistik jumlah kematian di Malaysia yang disebabkan oleh demam denggi. Sudah seramai 128 orang kehilangan nyawa dalam masa 10 bulan! Ini merupakan satu angka yang besar namun tanpa anda sedari, kematian disebabkan oleh denggi ini sebenarnya boleh dicegah...