Apa Yang Boleh Saya Lakukan Supaya Rambut Anak Tumbuh Lebat?

Apa Yang Boleh Saya Lakukan Supaya Rambut Bayi Tumbuh Lebat?

Kalau cakap pasal rambut, mesti ibu bapa excited nak tengok macam mana rupa rambut anak masing-masing kan? Kerinting ke, lurus ke, halus ke, tebal ke, bukan apa ibu bapa mesti nak tahu rambut ikut siapa dan tak sabar nak gayakan rambut, betul?

Namun di awal-awal kelahiran anak anda pasti anda akan bertemu dengan satu fenomena yang dinamakan sebagai cukur bantal. Ada sesetengah bayi mengalami cukur bantal dalam tempoh yang lama dan ada juga yang sekejap. Bukan sahaja cukur bantal, ada juga bayi yang selepas dicukurkan rambut mengambil masa berbulan-bulan untuk tumbuh rambut baru.

Tahukah anda, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk merangsang pertumbuhan rambut anak anda. Jom kita belajar bersama-sama.

Apa Yang Boleh Saya Lakukan Supaya Rambut Bayi Tumbuh Lebat?

1. Vitamin E 

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa vitamin E bukan sahaja bagus untuk kulit namun, ia juga bagus untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan sering digunakan dalam kebanyakan produk-produk rambut di pasaran. Vitamin E boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan namun bayi masih tidak boleh makan, jadi anda boleh cuba cari minyak rambut yang kaya dengan vitamin E.

2. Gunakan Tuala Yang Lembut

Tahukah anda, dengan menggunakan tuala yang kasar untuk mengeringkan rambut anak anda, ia boleh merosakkan folikel rambut dan membuatkan rambut anak anda mudah gugur. Jadi, gunakan tuala yang lembut dan keringkan rambut anda dengan lembut sahaja ketika masih basah. Bagi mengurangkan kerosakan pada kulit kepala halus bayi anda.

3. Kacang Almond

Kacang almond adalah sumber proein dan asid amino yang baik. Sekiranya anak anda sudah boleh makan, cuba berikan 2-3 biji kacang almond sehari untuk membantu menggalakkan pertumbuhan rambut. Atau, anda juga boleh gunakan minyak almond untuk diletakkan dan urut kepala anak anda.

4. Zat Besi

Zat besi adalah salah satu nutrien penting yang boleh membantu pertumbuhan rambut di mana ia mampu mencegah helaian rambut dari mudah terputus dan secara tidak langsung membuatkan rambut menjadi lebih tebal dan sihat. Apa yang anda boleh lakukan buat anak anda adalah dengan memasukkan makanan yang kaya dengan zat besi ke dalam diet anak anda seperti sayur-sayuran hijau, kekacang, labu dan pelbagai lagi.

5. Menyikat

Apa Yang Boleh Saya Lakukan Supaya Rambut Bayi Tumbuh Lebat?

Dengan hanya menyikat rambut anak anda dengan lembut, ia dapat membantu pertumbuhan rambut anak anda! Menyikat rambut anak anda dengan lembut membantu melancarkan peredaran darah di bahagian kulit kepala mereka. Jangan lupa untuk potong rambut apabila sudah panjang bagi menampakkan imej yang kemas dan juga memberikan mereka penampilan rambut yang tebal dan sihat.

6. Kerap Membasuh Rambut Anak

Sebaiknya, cuci rambut anak anda dengan syampu sekurang-kurangnya 2-3 hari sekali. Ini penting untuk mengelakkan daripada habuk dan kotoran terkumpul di kulit kepala anak anda. Selalu gunakan air yang tidak terlalu sejuk ataupun terlalu panas untuk memberi keselesaan kepada anak anda kerana ada sesetengah budak tidak sukakan proses menyampu rambut dek kerana prosesnya yang agak sedikit lama dan kerana suhu air yang tidak menyelesakan mereka.

Apa Yang Boleh Saya Lakukan Supaya Rambut Bayi Tumbuh Lebat?

7. Gunakan Minyak Rambut

Urut kepala anak anda menggunakan minyak rambut yang bersesuaian dapat membantu melancarkan peredarah darah dan memberikan kelembapan ekstra pada kulit kepala anak anda. Minyak yang sering digunakan oleh kebanyakan ibu bapa di luar sana adalah minyak kelapa organik untuk hasil yang lebih baik, namun minyak lain yang bersesuaian juga boleh digunakan.  

8. Perapi Rambut untuk Rambut Anak

Sekiranya rambut anak anda terlalu kerinting dan tebal, anda boleh gunakan perapi rambut pada mereka. Cari perapi rambut yang bersesuaian dengan kanak-kanak. Ia juga membantu menghilangkan flakes di kepala mereka. Anda juga boleh cuba gunakan perapi rambut semulajadi seperti telur, bunga raya dan yogurt. Bahan perapai semulajadi tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya yang boleh membahayakan anak anda.

9. Lidah Buaya

Semua orang tahu lidah buaya sangat bagus untuk kulit, namun tahukah anda bahawa ia juga bagus untuk pertumbuhan rambut? Anda boleh sahaja terus menyapu lidah buaya ke kepala anak anda ataupun campurkan ia dengan syampu dan perapi rambut anda semasa menggunakannya pada mereka.

10. Cuba Produk Yang Berbeza untuk Rambut Anak 

Rambut mempunyai pelbagai jenis dan tekstur. Ada sesetengah syampu sesuai untuk si rambut kerinting namun tidak pula untuk si rambut lurus. Apatah lagi untuk kepala bayi, formula yang digunakan semestinya berbeza dan selamat untuk digunakan oleh anak anda. Sekiranya anda sudah cuba satu produk untuk anak anda numun tidak memberikan kesan pada mereka, jangan takut untuk bertukar ke produk lain, Anda boleh mulakan dengan menggunakan sampel yang disediakan oleh syarikat pengeluar syampu dan perapi tersebut.

Tips-Tips Lain Untuk Rambut Anak;

  • Jangan ikat rambut si kecil anda dengan terlalu kuat dan ketat. Ia boleh menyebabkan kerosakan akar rambut mereka dan menyebabkan keguguran rambut.
  • Pastikan anak anda meminum air kosong secukupnya untuk mengekalkan tahap hidrasi mereka. Anda juga boleh berikan jus buah-buahan atau jus sayuran sehari sekali.
  • Tanyakan pada rakan-rakan ibu bapa lain yang mempunyai pengalaman yang sama dengan anda, mereka mungkin mempunyai alternatif yang berbeza dan berkesan untuk anak anda.

Berminat dengan mana-mana Produk Tasneem Naturel? Klik simbol Shopee ini:

File:Shopee.svg - Wikimedia Commons

Anda ingin menjadi agen Tasneem Naturel. Klik simbol Whatsapp di bawah ini :

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com