Panduan Melatih Anak Untuk Menggunakan Tandas Sendiri (Potty Training)

Satu kebenaran yang perlu anda tahu mengenai melatih anak anda menggunakan tandas sendiri adalah, sekiranya mereka benar-benar bersedia, proses melatih mereka akan menjadi mudah. Jika tidak, anda akan menghadapi kesulitan dan semua orang tahu, tiada siapa menang dalam pertarungan ibu bapa dan anak. Melawan dengan anak anda mengenai badan mereka adalah pertempuran yang anda tidak akan pernah menang.

Namun anda jangan khuatir, proses transisi daripada menggunakan lampin pakai buang ke menggunakan tandas adalah satu proses semulajadi. Lama-kelamaan, anak anda memang akan menggunakan tandas sendiri. Tugas anda bukanlah untuk melatih mereka menggunakan tandas, tetapi menetapkan keadaan untuk anak anda belajar. Anda harus pastikan proses pembelajaran mereka semudah yang mungkin.

Di bawah ini adalah panduan untuk anda:

1. Mula bacakan buku mengenai penggunaan tandas untuk anak anda.

Antara buku yang popular adalah buku bertajuk ‘Potty’ yang ditulis oleh Leslie Patricelli. Anda juga boleh cari sahaja di mana-mana platform jualan atas talian akan buku mengenai ‘potty training’. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan ‘potty training dolls’ untuk bercerita dengan anak anda. Kanak-kanak sukakannya.

2. Anak anda belajar dengan lebih efektif dengan melihat.

Mula beritahu anak anda apa yang anda lakukan dalam tandas. Biarkan anak anda melihat anda menggunakan tandas. Ibu ajar anak perempuan, bapa ajar anak lelaki.

3. Kanak-kanak suka meniru perbuatan kanak-kanak lain.

Buat sepupu yang lebih tua, atau anak rakan anda yang sudi menggunakan tandas di hadapan anak anda, ianya merupakan pembelajaran yang berguna. Anak anda akan merasa tidak sabar untuk mencontohi perbuatan mereka.

4. Letakkan mangkuk tandas latihan anak anda di dalam semua bilik air rumah anda.

Ini senang agar anak anda tidak tergesa-gesa untuk ke satu-satunya tandas yang mereka boleh gunakan.

5. Jangan tergesa-gesa mengajar anak anda.

Anda boleh mulakan dengan menggalakkan anak anda untuk duduk di atas tandas latihan mereka tanpa membuka seluar mereka. Proses ini adalah untuk melatih anak anda mahir bangun dan duduk dari tandas dengan selesa.

6. Mula mengajar mereka untuk duduk tanpa seluar.

Anda boleh mula kerap bertanya sama ada mereka mahu duduk tanpa seluar ataupun tidak. Kadangkala mereka akan jawab mahu, kadangkala tidak mahu. Jangan marah sekiranya mereka tidak mahu. Tujuan utama anda adalah untuk memastikan mereka benar-benar selesa menggunakan tandas. Anda boleh juga sambil bacakan buku ‘potty training’ semasa mereka sedang gunakan tandas.

7. Mula membuang najis anak anda ke dalam mangkuk tandas.

Setiap kali anda menukar lampin pakai buang anak anda, anda boleh buangkan isi-isinya ke dalam mangkuk tandas di hadapan anak anda. Sambil itu, terangkan kepada anak anda bahwa najis mereka sepatutnya dibuangkan ke dalam mangkuk tandas. Beritahu mereka juga bahawa apabila mereka bersedia, mereka boleh terus membuang najis ke dalam tandas tanpa menggunakan lampin pakai buang. Lama-kelamaan, mereka akan faham dan mula membantu anda dengan ‘flush’ tandas. Jangan lupa katakan ‘Bye Bye’ kepada najis mereka. Jadikan proses itu menyeronokkan.

8. Raikan apabila anak anda sudah mula pandai menggunakan tandas.

Sorak untuk mereka, atau cipta lagu untuk kejayaan mereka. Tapi anda jangan ‘over’ menyorak kejayaan mereka kerana dikhuatiri mereka akan merasa tekanan untuk sentiasa pandai menggunakan tandas. Mereka masih belum yakin dengan kebolehan mereka, pastikan mereka menggunakan tandas atas kehendak mereka walaupun setelah berulang kali mereka menidakkan ajakkan anda untuk ke tandas.

9. Perhatikan tanda-tanda apabila anak anda ingin membuang air besar.

Apabila anak anda mula senyap dan mencangkung secara bersendirian, anda boleh mula bertanya, “Awak nak buang air besar? Nak buang dalam tandas tak?” Manusia memang secara semulajadi lebih selesa bersendirian ketika sedang membuang air besar. Tidak mengapa sekiranya anak anda tidak mahu anda menemani mereka. Beritahu mereka bahawa tandas adalah tempat yang paling sesuai untuk membuang air besar dan anda akan bantu mereka membuka ‘pampers’ apabila mereka sudah bersedia. Proses ini akan mengambil masa, tetapi lama-kelamaan mereka akan faham konsepnya. Apabila ini terjadi, anak anda akan mula membuang air besar dalam tandas. Apabila ia sudah menjadi tabiat, baru anda tanyakan kepada mereka sama ada mereka mahu duduk atas tandas tak, walaupun sambil memakai lampin pakai buang.

10. Tetapkan masa yang anda gunakan untuk ke tandas.

Bangun pagi, selepas sarapan, sebelum makan makanan ringan, sebelum meninggalkan rumah dan lain-lain masa lagi. Bawa anak anda sekali ke tandas supaya dia pun terbiasa. Sekiranya anak anda mereka secara tiba-tiba minta untuk ke tandas, sokong anak anda kerana berjaya mengawal badan mereka sendiri. Lama-kelamaan mereka akan minta sendiri untuk ke tandas.

11. Jangkakan ‘kemalangan’.

Jangan terlalu menggambarkan kekecewaan anda sekiranya anak anda melakukan kesalahan. Teruskan menyokong anak anda agar tidak berputus asa untuk terus belajar.

12. Bantu anak anda.

Sekiranya mereka terbuang air besar dalam seluar, bantu mereka untuk membuang najis tersebut ke dalam mangkuk tandas, “Wah tengok najis ni. Pandai awak buang air besar. Najis kena buang dalam mangkuk tandas. Tidak mengapa, lain kali mesti awak ingat”

13. Jangan mulakan latihan kepada anak anda dalam keadaan tertekan.

Apabila anda sudah mempunyai masa dan boleh berikan perhatian kepada anak anda, itulah masa paling sesuai. Walaupun kebanyakan pra-sekolah meminta anak anda untuk reti menggunakan tandas sendiri, jangan rasa tertekan. Anda sentiasa boleh mencari pra-sekolah lain yang boleh menerima anak anda.

14. Perhatikan tanda-tanda sembelit.

Sentiasa perhatikan anak anda. Anak yang mengalami sembelit akan mengambil masa yang lebih lama dalam tandas sehingga kadang-kadang mereka berputus asa. Apabila anak anda mula menangguhkan hasrat mereka untuk buang air besar, najis mereka akan bertambah keras, mereka akan berasa lebih sakit untuk membuangnya dan akan sentiasa mengelak untuk membuang air besar. Mula cari penyelesaian jika anak anda mengalami sembelit. Anda juga boleh sapukan balm T Rub daripada Tasneem Naturel tau!

Ingat, anda boleh sediakan persekitaran yang cukup menyelesakan untuk anak anda tetapi segalanya bergantung kepada mereka. Rahsia paling penting adalah, mula latih apabila anak anda betul-betul bersedia!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart