Bayi Kembung Perut: Apa Punca-Punca & Rawatannya?

Apa itu Kembung Perut?

Menurut kebanyakan pakar kanak-kanak, kembung perut adalah keadaan di mana bayi tidak dapat ditenangkan sekiranya mereka menangis dalam tempoh yang lama dan berpanjangan dalam masa sehari. Keadaan ini selalunya dialami oleh bayi yang berusia 2 minggu ke atas dan boleh berpanjangan sehingga usia mereka mencecah 3 bulan.

40 tahun yang lepas, seorang pakar kanak-kanak, Dr Morris Wessell telah menjalankan satu eksperimen terhadap bayi dan kanak-kanak yang sukar dijaga, kerap menangis. Usai eksperimen tersebut, beliau telah berjaya mendefinisikan istilah kembung perut. Walaupun definisi tersebut bukanlah definisi saintifik, namun pengertiannya tepat dan bermakna. Pengertian bayi kembung perut adalah keadaan di mana bayi/kanak-kanak tersebut menangis lebih dari 3 jam sehari, melebih 3 hari seminggu, melebihi 3 minggu. Definisi ini turut dinamakan sebagai ‘Rule of 3’ dan juga turut dikenali sebagai Kriteria Wessell, yang mana kini digunakan dalam penyelidikan bayi yang mengalami kembung perut.  

Fakta Mengenai Kembung Perut

  • Sebahagian pakar menyatakan bahawa kembung perut dialami semua bayi namun apa yang membezakan adalah selama mana bayi menangis. Kesemua bayi memenuhi ciri-ciri Kriteria Wessell.
  • Kabanyakan bayi yang mengalami kembung perut akan mengeraskan kaki mereka, menggenggam tangan, dan kentut. (FAKTA: Angin tidak menyebabkan perut kembung tetapi ia adalah simptom kembung perut dek kerana bayi banyak menelan udara ketika menangis)
  • Bayi kembung perut selalunya akan mula menangis dengan teruks mulai waktu petang. Bunyi tangisannya selalunya kedengaran tidak selesa, kuat dan seakan-akan bayi tersebut dalam kesakitan.
  • Waktu kemuncak bayi akan mengalami kembung perut adalah pada usia 6-8 minggu selepas lahir. 50% masalah kembung perut selalunya akan berakhir pada usia 3 bulan dan ada juga yang berakhir selewat 9 bulan.
  • Bayi yang kembung perut BUKANLAH BAYI YANG TIDAK SIHAT.
  • Bayi yang sering mengalami kembung perut perlulah kerap dipegang dan dipeluk . Ini tidak akan menyebabkan anak anda menjadi manja dan mengada ya.

Punca Bayi Kembung Perut

Walaupun masalah kembung perut ini sudah lama terkenal dan dialami majority bayi, para doktor dan penyelidik masih belum ada jawapan yang tepat akan punca kembung perut ini.
Bawah ini kami sertakan punca-punca yang akan meninggikan peluang mengalami kembung perut atau menerukkan lagi kembung perut tersebut.

  • Sistem saraf bayi yang tidak matang lagi.
  • Bayi yang meminum susu badan akan dipengaruhi dengan pemakanan ibu. (Ada penyelidikan menunjukkan bahawa kembung perut dengan susu lembu dalam pemakan ibu berkaitan). Bayi yang minum susu formula pula mungkin tidak boleh bertoleransi dengan kandungan protein dalam susu formula tersebut.
  • Lekapan bayi yang salah ketika menyusu badan boleh menyebabkan bayi menelan udara dan mengakibatkan gas usus.
  • Tidak sendawakan bayi selepas menyusu.
  • Bayi kelaparan.
  • Asid refluks

Rawatan Kembung Perut

Sebenarnya tiada rawatan yang betul-betul boleh menghilangkan kembung perut dek kerana masih tidak menjumpai punca yang betul dan tepat. Kebanyakan rawatan yang ada hanyalah untuk mengurangkan tahap kembung perut bayi dan juga untuk menghapuskan punca-punca yang boleh mengakibatkan kembung perut.

Berikut adalah senarai rawatan yang sering dilakukan bagi melegakan kembung perut;

  • Mendukung dan memeluk anak anda dikatakan salah satu cara yang berkesan. Dikatakan apabila anda kerap mendukung anak anda, walaupun ketika mereka tidak menangis, kebarangkalian mereka untuk tidak menangis pada waktu lain berkurangan.
  • Meletakkan air berisi air suam di perut anak anda / bertungku. (Pastikan suhu tidak terlalu panas)
  • Ibu yang menyusukan anak boleh memastikan anak anda menerima kedua-dua hindmilk dan juga foremilk. Pastikan payudara anda benar-benar kosong sebelum anda memberikan anak anda menyusu di payudara yang lagi satu.
  • Ibu yang menyusukan anak juga boleh menilai dan lihat sebarang makanan yang mungkin boleh mengakibatkan bayi anda meragam.
  • Urut perut bayi anda mengikut arah jam berpusing. (Ini merupakan arah usus bekerja).
  • Bayi yang minum susu formula perlu terus bereksperimen sehingga menjumpai susu formula yang betul-betul sesuai dengannya.
  • Anda juga boleh berbincang dengan doktor akan penggunaan probiotik.
  • Kerapkan sendawakan bayi.
  • Menyapu T Rub daripada Tasneem Naturel.

Apa Yang Anda Perlu Risaukan?

Akan ada masa di mana bayi anda menangis terlampau disebabkan oleh masalah kesihatan.
Antara masalah-masalah kesihatan yang boleh menyebabkan bayi anda menangis secara berlarutan adalah;

  • Gastroesophageal reflux
  • Angin pasang
  • Alergi
  • Mempunyai masalah usus

Bagi ibu bapa yang baru sahaja mempunyai anak sulung, masalah kembung perut ini mungkin akan menyebabkan anda stress. Cuba tarik nafas panjang dan hembuskannya sambil memikirkan bahawa proses ini sekejap sahaja. Saling menyokong sesame sendiri. Moga bermanfaat!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart