BAHAYA KERAK SUSU PADA BOTOL SUSU

Pernahkah anda mendengar akan gigi mereput disebabkan oleh susu? Ha mungkin ada yang tak pernah dengar tetapi perkara ini wujud dan sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Tahukah anda, apabila botol susu tidak dicucikan dengan bersih, ia dapat membentu merosakkan gigi anak anda? Mungkin ada yang fikir perkara ini tidak serius kerana gigi baru akan tumbuh bagi menggantikan yang rosak. Tetapi, sedarkah anda dengan kewujudan gigi, ia membantu anak anda menguasai kemahiran bercakap, kemahiran mengunyah dan senyum?

Kerak susu yang tertinggal di botol ataupun melekat di dalam mulut bayi berisiko untuk mengundang pelbagai risiko kesihatan terhadap anak anda. Antara perkara yang boleh terjadi adalah;

  1. Bakteria akan terkumpul dalam mulut dan menyebabkan mulut anak anda merasa sakit.
  2. Boleh menyebabkan alahan pada bayi anda.
  3. Sistem imun bayi akan lemah dan boleh menyebabkan bayi anda mudah terkena penyakit.

Di bawah ini kami sertakan sekali jenis-jenis bakteria yang boleh didapati dalam putting botol yang telah mempunyai kerak susu tertinggal. Mahukah anda jika baktera-bakteria jahat ini memasuki ke dalam mulut anak anda?

Untuk membantu ibu bapa di luar sana dalam membersihkan botol susu dengan bersih sekaligus membasmi kuman, Tasneem Naturel akan mengeluaran pencuci botol organik. Pencuci botol organik ini bukan sahaja boleh menghilangkan kerak susu dengan mudah, ia juga berupaya untuk membasmi kuman. Bawah ini kami sertakan gambar kesan selepas menggunakan pencuci botol organik.

Penting untuk anda bertukar ke sabun khas untuk mencuci botol kerana sabun biasa yang anda gunakan mempunyai bahan kimia yang tidak sesuai untuk anak anda dan juga menghasilkan bau yang kuat. Baunya terlalu kuat sehingga anda selesai membilas pun, masih terbau lagi sabun tersebut. Boleh bayangkan apabila anda membancuh susu dan aroma susu tersebut bercampur dengan sabun? Bagaimana pula dengan rasa?

Jom ubah cara kita yang lama demi kebaikan dan kesihatan anak-anak kita!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart