Panduan Mengenai Penghalau Serangga Untuk Anak Anda

Nyamuk, serangga yang menggigit dan gigitan hama boleh menyebabkan anak-anak anda tidak selesa dan mungkin kesakitan. Walaupun kebanyakan kanak-kanak tidak menunjukkan reaksi yang teruk terhadap gigitan serangga, namun ada segelintir yang akan mengalami sakit yang teruk selepas terkena gigitan serangga.

Salah satu cara untuk melindungi anak anda daripada gigitan serangga adalah dengan menggunakan penghalau serangga. Namun perlu anda ingat, penghalau serangga wajib digunakan secara selamat dan betul.

Jenis-Jenis Penghalau Serangga

Penghalau serangga boleh didapati dalam pelbagai jenis antaranya aerosol , semburan, cecair, krim dan lain-lain. Ada yang diperbuat daripada kimia sepenuhnya dan ada yang diperbuat daripada bahan semulajadi sepenuhnya.

Kebanyakan penghalau serangga hanya menghalang gigitan serangga bukannya dari serangga yang menyengat. Antara serangga yang adalah mengigit adalah nyamuk, hama, kutu dan lain-lain. Serangga yang menyengat pula adalah lebah, tebuan dan lain-lain.

Apa itu DEET

DEET adalah sejenis bahan kimia yang sering digunakan dalam penghalau serangga. Jumlah kandungan DEET dalam setiap penghalau serangga adalah berbeza, jadi amat penting untuk anda baca dan fahami label dan kandungan sebarang produk yang anda gunakan. Jumlah kandungan DEET boleh bermula dari serendah dari 10% dan sehingga melebihi 30% daripada jumlah keseluruhan kandungan. Jumlah kandungan DEET yang tinggi daripada 30% selalunya tidak memerlukan sebarang perlindungan penghalau serangga yang lain.

Penyelidikan menunjukkan bahawa produk yang mengandungi DEET yang tinggi melindungi seseorang individu itu lebih lama. Sebagai contoh, penghalau serangga yang mengandungi kandungan DEET dalam 10% boleh menghalang serangga dalam tempoh lebih kurang 2 jam, manakala penghalau serangga yang mengandungi DEET sebanyak 24% boleh melindungi sehingga tempoh 5 jam.

Penghalau serangga yang mengandungi lebih daripada 30% DEET tidak sesuai digunakan pada kanak-kanak. Penghalau serangga juga tidak digalakkan untuk digunakan pada bayi yang berusia 2 bulan ke bawah.

Tips Menggunakan Penghalau Serangga Dengan Selamat.

  • Baca label dan patuhi segala arahan dan langkah berjaga-jaga yang dinyatakan.
  • Anda hanya perlu letakkan penghalau serangga pada bahagian kulit yang terdedah dan pada bahagian luar baju. NOTA: Produk yang mengandungi permethrin tidak boleh diletakkan di kulit.
  • Penghalau serangga yang jenis spray perlulah disemburkan di kawasan yang terbuka dan elakkan menghidunya.
  • Gunakan penghalau serangga secukupnya sahaja, Jika anda gunakan secara berlebihan, anda hanya akan membazir. Ketebalan penghalau serangga yang disapukan tidak membuatkan ia lebih berkesan.
  • Bantu kanak-kanak yang kecil semasa hendak menggunakan penghalau serangga. Bagi kanak-kanak yang sudah besar, anda hanya perlu memantau sahaja semasa mereka sedang menggunakannya, bantu jika diperlukan.
  • Basuh baju anak anda yang terkena penghalau serangga dengan air dan sabun apabila mereka masuk ke rumah, kemudian basuh sahaja seperti biasa.
  • JANGAN gunakan penghalau serangga pada bayi yang berusia bawah dari 2 bulan.
  • JANGAN SESEKALI semburkan penghalau serangga terus ke muka anak anda. Sebaliknya, sembur sedikit pada tangan anda dan anda sapukan ke muka mereka. Elakkan terkena mata dan mulut..
  • JANGAN letakkan penghalau serangga pada bahagian kulit yang terluka dan pedih.
  • Jangan gunakan penghalau serangga yang mengandungi DEET dan juga mendakwa boleh bertindak sebagai penghalang cahaya matahari. DEET boleh menyebabkan SPF (sun protection factor) kurang berkesan. Produk ini boleh menyebabkan anak anda lebih terdedah kepada DEET kerana krim penghalang cahaya matahari perlu kerap disapukan semula.

Sekiranya anak anda mengalami sebarang reaksi selepas menggunakan penghalau serangga seperti, naik ruam, segera berhenti menggunakan produk tersebut dan bilas kulit anak anda dengan air dan sabun. Segera berjumpa dengan doktor dan bawakan sekali penghalau serangga tersebut untuk doktor kenalpasti punca.

Antara penghalau serangga yang diperbuat daripada bahan semulajadi adalah Bugs Away daripada Tasneem Naturel. Bahan utama produk ini adalah serai dan semestinya berbau wangi. Sesuai untuk dipakai seisi keluarga.

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart