Anak Anda Mengamuk di Tempat Awam? Kuasai 5 Teknik Ini Untuk Handle Mereka Dengan Mudah!

Tantrums merupakan
perkara yang normal dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah,
manakala semakin meningkat usia semakin mencabar tahap tantrum mereka. Ini
kerana apabila mereka sukakan sesuatu, mereka akan sangat sukakannya dan mereka
tidak tahu akan kapasiti untuk mengawal diri mereka apabila mereka marah atau
kecewa.

Tahukah anda, kebanyakan tantrum
terjadi kerana mereka berasa kehilangan kuasa untuk mengawal sesuatu, dan lain
pula bagi kanak-kanak yang yakin mereka mempunyai kawalan dalam hidup mereka,
mereka akan kurang mengalami tantrum. Dan tahukah anda, antara punca-punca
utama tantrum adalah apabila mereka lapar ataupun penat. Jadi, sebaiknya
pastikan anak anda betul-betul kenyang dan dapat rehat yang secukupnya sebelum
memulakan sesuatu aktiviti ya.

Apa Yang Perlu Dilakukan
Apabila Mereka Sedang Tantrum?

1. Kekal Bertenang & Cuba Fahami
Mereka

Ingat, apabila
anak anda sedang marah atau kecewa, minda mereka tidak mampu menenangkan diri
mereka. Mereka memerlukan orang dewasa yang tenang untuk menenangkan diri
mereka. Jadi, setiap kali mereka mula menunjukkan tanda-tanda ingin marah atau
kecewa, penting untuk anda kekal bertenang dan cuba fahami mereka.

2. Cuba Kendali Kemarahan &
Kekecewaan Mereka.

Tahukah, hanya dengan
mengenalpasti dan mengiktiraf perasaan anak anda ketika tantrum, anda sudah
boleh menenangkan mereka dengan mudah? Contoh;

"Abang nak minum jus oren ni lagi ya? Abang suka ya jus oren ni?”
(Anak anda akan mengangguk) Kemudian, anda tetapkan had kepada mereka:
"Abang kena makan nasi juga. Lepas makan nasi, baru minum jus oren lagi ya?”
(Segera alihkan gelas dari pandangan anak anda) Sekiranya dia marah, iktiraf perasaan anak anda:
"Ibu faham, abang tengah marah kan? Abang suka jus oren kan? Lepas makan nasi, kita minum jus ya.”

3. Pastikan anak anda mendapat dan menerima sepenuh kasih sayang dan perhatian dari anda.

Kanak-kanak sebenarnya
sangat sukakan perhatian. Cuba berikan perhatian sepenuhnya kepada mereka. Keran
jika anda abaikan mereka, mereka akan mula tantrum bagi menarik perhatian
daripada anda. Sekiranya anda bekerja, cuba gunakan masa malam dan sebelum tidur
sebaik mungkin dengan anak anda.

4.  Apabila anak anda marah, sentiasa ingat marah itu mungkin bermaksud kepada perasaan terancam, terasa takut, sakit hati atau pun sedih.

Anda perlu
ajarkan anak anda untuk mengenalpasti perasaan mereka supaya mereka tidak hanya
tahu untuk mengeksperikan perasaan marah. Contoh:

“Ibu faham, adik nak
main lama-lama dekat taman permainan. Sekarang ni, adik rasa kecewa dan sedih
sebab adik kena balik awal”

5. Buat anak anda rasa selamat.

Sampai satu
tahap, anak anda akan menangis. Sekiranya dia membenarkan anda untuk memeluknya,
peluklah dia. Sekiranya dia tidak mahu anda menyentuh mereka, duduk berdekatan
dengan dia. Anak anda perlu tahu yang anda akan sentiasa berada dengannya dan
masih sayangkannya. Kekal tenang dan pujuk anak anda. Jangan cuba untuk
membebel pada mereka. Tujuan anda hanyalah untuk memastikan mereka berasa
selamat, supaya lama-kelamaan mereka akan kongsikan perasaan mereka. Apabila
mereka sudah biasa, mereka akan terus bercerita kepada anda tentang apa yang
mereka rasa tanpa anda minta pun.

Sentiasa letakkan
diri anda dalam keadaan mereka. Setiap kali kita merasa terlampau penat, kecewa,
atau, tiada harapan, kita akan menangis. Kadangkala kita akan hilang kawalan
perasaan, dan amat penting untuk seseorang berada di sisi kita untuk
menenangkan kita. Betul kan?

Selesai Proses
tantrum

Pertama sekali,
ambil masa untuk anda dan anak anda berasa selesa bersama. Selepas itu, anda
ceritakan semula apa yang terjadi supaya anak anda boleh faham dan reflek
perbuatan mereka. Contoh:

“Adik seronok
sangat main dekat taman tadi kan? Adik taknak balik. Bila ibu ajak balik, adik
sedih dan marah. Adik jerit ‘TAKNAK BALIK’ dan pukul mama. Betul tak? Mama
cakap, ‘Tak baik pukul mama’ kemudian adik menangis. Mama tunggu sampai adik
habis menangis, lepastu mama peluk adik. Sekarang adik rasa selesa kan? Mama
faham, adik nak main lama-lama dekat taman permainan sebab seronok sangat. Tak
salah adik rasa sedih. Adik boleh beritahu mama, ‘Adik rasa sedih la ibu!’ ,
ibu faham. Tapi adik kena ingat, tak baik pukul ibu. Bila adik pukul ibu, ibu
rasa sakit tau. Dan adik tahu tak, esok kita boleh pergi lagi taman permainan
dan berseronok. Jangan sedih-sedih dah okay!”

Tahukah anda, Tasneem Naturel menyediakan rangkaian produk yang diformulasi khas untuk memberi efek ketenangan dan ceria kepada anak-anak anda? Produk-produk tersebut adalah Calm Bath, Kalmy Lotion, Resty Oil dan juga Calm Time balsam. Kesemua produk ini diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan telah terbukti berkesan dapat menenangkan anak-anak yang mudah mengalamai tantrum atau pun kanak-kanak yang hiperaktif. Mereka diadun khas dengan minyak pati tulen seperti Lavender, Bergamot, Marjoram dan Frankinsence. Ramuan ini terkenal dengan efek ketenangan tau. Klik mana-mana link di bawah untuk sebarang pertanyaan.

Kalau sekarang ini bayi anda mengalami

masalah tantrum…

Saya sarankan anda untuk dapatkan Calm Time dari Tasneem Naturel kerana ia telah membantu lebih 60,000 ibu ayah di Malaysia untuk meredakan tantrum dan menenangkan anak secara semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan

Calm Time Balm
Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.