Bolehkah Bayi Berusia Bawah 18 Bulan Menonton Skrin Gajet, Televisyen?

Bayi perlu mendapat rangsangan fizikal, deria dan emosi melalui sentuhan serta interaksi secara langsung dengan manusia lain dalam kehidupan sebenar.

Kajian mendapati…

– Tiada manfaat langsung pendedahan skrin untuk anak yang berumur bawah 18 bulan.

– Tempoh masa yang dibolehkan bayi menonton skrin adalah 0 minit.

– Panggilan video sekali-sekala dibolehkan.

Jika didedahkan juga kepada skrin pada usia 18 bulan ke bawah, bayi akan mendapat terlalu banyak rangsangan (over stimulation). Apabila si anak terbiasa mendapat over stimulation melalui tayangan skrin sedari kecil, dia akan terus menerus meminta bagi memenuhi ‘amaun’ stimulasi yang sama. dan ianya cenderung mengakibatkan gangguan tumbesaran pada otak mereka.

Sekiranya tidak dibendung, ianya cenderung mengakibatkan ketagihan penggunaan gajet yang berlebihan.

Topik penggunaan skrin tidak boleh dipisahkan daripada pembelajaran. Jadikan bermain dan apa yang ada sekeliling anak anda sebagai sumber utama untuk dia belajar.

Teruskan belajar tentang kesan, punca, kebaikan dan keburukan teknologi semasa. Supaya kita dapat membimbing anak-anak menggunakan gajet mengikut dos yang bersesuaian dengan umurnya. Begitu juga untuk kita, orang dewasa, sebagai pengguna harian teknologi terkini.

Sumber Gambar: Featured image by Charles, Unsplash

Shopping cart

0

No products in the cart.