Jom Kenal Pasti dan Semak Penyakit Kulit Bermasalah Bayi ini

Jom Kenal Pasti dan Semak Penyakit Kulit Bermasalah Bayi ini

Ekzema

Ekzema merangkumi kumpulan penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit. Ia bukanlah penyakit yang berjangkit kepada orang lain dan tiada ubat penyembuh, tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan dan rawatan khusus jika bertambah teruk.

Jom Kenal Pasti dan Semak Penyakit Kulit Bermasalah Bayi ini

Ruam

Penyakit kulit ini merupakan masalah biasa di kalangan kanak-kanak. Ia boleh terjadi dalam pelbagai situasi. Sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius, tetapi kebanyakannya adalah tidak merbahaya. Ada sebahagian daripadanya adalah serius dan memerlukan rawatan perubatan. Sebahagian ruam terjadi dan sembuh dengan cepat, manakala sebahagian daripadanya mengambil masa yang lama. Ada juga ruam yang terjadi sembuh dengan cepat dan ada juga yang ambil masa beberapa hari untuk sembuh.

Tanda-tanda Penyakit Kulit (ekzema)

Rasa kegatalan dan kemerahan pada bahagian yang tertentu. Kulit menjadi luka dan berair apabila digaru. Kadang-kadang menimbulkan gelembung kecil berisi cecair di bawah permukaan kulit. Kulit menjadi tebal (lichenified), bersisik dan warnanya menjadi lebih gelap apabila kerap digaru.

Tanda dan Gejala Ruam

Ruam ini biasanya berwarna merah, kering, bersisik dan gatal. Ruam yang serius boleh menyebabkan pembengkakan dan kemerahan.

Kaedah Rawatan Ekzema

Ia bergantung kepada teruk mana penyakit itu. Sekiranya penyakit itu hanya membabitkan kawasan yang sedikit, ia hanya dikawal dengan ubat sapuan saja. Jika ekzema terlalu teruk pada permukaan kulit atau keseluruhan badan, rawatan perlu diberi dalam bentuk ubat suntikan atau pil. Antibiotik juga kerap diberi untuk mengawal jangkitan kuman yang berlaku akibat luka pada kulit.

Cara Merawat Ruam

  1. Kebanyakan ruam sembuh secara spontan tanpa perlu dirawat.
  2. Rawatan bergantung kepada jenis ruam kulit . Kebanyakan ruam yang disebabkan oleh virus akan hilang secara spontan.
  3. Rawatan diberi bertujuan untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak.
  4. Dengan berjumpa doktor dapat mengenalpasti jenis ruam dan rawatan khusus boleh diberi.
  5. Pakai pakaian yang sesuai dan mandikan bayi lebih kerap.

Langkah Pencegahan Penyakit Kulit (Ekzema)

  1. Gunakan pelembap selepas mandi.
  2. Elakkan situasi yang panas atau peluh yang berlebihan.
  3. Terus mandi terutamanya selepas menjalani aktiviti sukan, bersenam dan sebagainya.
  4. Elakkan mengambil makanan yang boleh memburukkan lagi penyakit ekzema (berdasarkan pengalaman lepas atau ujian alergi darah atau kulit)
  5. Elakkan penggunaan bahan yang kuat termasuk sabun, pencuci pinggan, pakaian dan sebagainya.

Cara Mencegah Penyakit Kulit (Ruam)

  1. Bagi mereka yang alahan kulit, cuba hindari daripada bahan-bahan yang menyebabkan alahan.
  2. Bagi ekzema, elakkan guna sabun kerana akan menyebabkan kering kulit. Gunakan pelembab atau bahan berminyak.
  3. Jangan memakaikan pakaian tebal untuk bayi.
  4. Jika ruam disebabkan oleh alahan makanan, cuba elakkan makanan yang menyebabkan alahan.

Rujukan:
www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/08/76158/ekzema-sukar-dikawal
www.myhealth.gov.my/ruam/

Kalau sekarang ini bayi anda mengalami

masalah kulit…

Saya sarankan anda untuk dapatkan Skeenz dari Tasneem Naturel kerana ia telah membantu lebih 40,000 ibu ayah di Malaysia untuk mengatasi masalah kulit sensitif, gatal-gatal, ruam, ekzema secara semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Skeenz Balm

Shopping cart

0

No products in the cart.