Masalah Kulit di Pipi Si Anak Kembali Tenang Selepas 4 Hari Disapu Balm Skeenz

Ikuti kisah Puan Myra, 25 tahun, seorang suri rumah sepenuh masa. Kini, menetap di Pontian, Johor. Beliau menceritakan pengalaman beliau menjaga cahaya mata pertamanya yang bernama Aisyah Imani. Yang mana, anaknya pernah mengalami penyakit kulit iaitu ekzema.

“Saya berkahwin pada tahun 2019. Kami dikurniakan zuriat pada 1 Mac, 2020. Semasa anak saya berusia 3 bulan, saya mendapati terdapat ruam di pipinya. Saya sangkakan ruam susu. Bila pergi ke klinik untuk regular check up, jururawat di klinik tersebut mengatakan merah-merah di pipi anak saya itu ekzema. Mild eczema. Lalu, doktor pun memberikan krim pelembab kulit untuk kegunaan anak saya. Bila disapu ke pipi, tak surut pula ekzemanya.”

 

“Saya ada menceritakan kepada kawan-kawan masalah yang anak saya hadapi. Mereka mencadangkan saya untuk menggunakan Skeenz daripada Tasneem Naturel. Selepas disapu pada pipi anak saya, barulah surut. Masuk hari ke-4 dah tiada kesan kemerahan itu.”

“Semasa umurnya masuk 7 bulan, saya dapati terdapat merah-merah ekzema di celah kelangkangnya. Serta merta saya sapukan Skeenz. Kesian anak asyik merengek sebab tak selesa. Selepas 7 hari, ekzema anak saya dapat ‘ditenangkan’. Kita sebagai ibu bapa pun merasa bahagia melihat si anak selesa dan kembali ceria.”

Skeenz Balm

Skeenz, Solusi Semula Jadi Untuk Redakan Ekzema, Ruam Lampin, Ruam Panas, Ruam Susu & Masalah Bayi Kulit Sensitif

Leave a Reply