Contact us

My Cart
RM0.00
Seronok Apabila Kejayaan Kita Dilihat Orang Tersayang

Seronok Apabila Kejayaan Kita Dilihat Orang Tersayang

Semuanya bermula pada April 2019 .
Siapa sangka asbab anak umi boleh terjebak bisnes produk baby ni. Asalnya umi hanya pembeli dan pengguna pada tahun 2018. Memang tak pernah terfikir dek akal. Yelah sebelum ni umi niaga macam² yg tak bersistem.
Tahu ambil barang jual sampai habis , stock tak de muram sedih . Duit tak masuk mahunya tak muram. Dari asal jual buah , jual coklat , jual laksa , jual jamu kita berpindah ke bisnes produk baby Tasneem Naturel .
Alhamdulillah , Allah izin tahun pertama join umi da dapat award TOP AGENT ENROLLER . Masa ni lagi la tak fikir apa weyhh .. Baru berapa bulan je join da dapat naik pentas sebaris dengan agen² yg da bertahun² join Tasneem .
Sangat bangga dan sangat seronok.
Tengok la gambar 2019 tu, Naik pentas bawa anak tau. Masa ni bukan kakak Sara menangis nak ikut tapi Tasneem memang benarkan naik pentas dengan anak² , mujur masa ni Lica tak berjalan lagi , kalau da berjalan dia pun naik sekali agaknya . Nak dukung tak boleh la nanti tak dapat lah umi nak menerima hadiah.
Best nya bisnes Tasneem Naturel bukan kita saja diraihkan tapi kesemua ahli keluarga sekali turut diraihkan . Masa malam award ni umi bawa mak , mak mentua , anak² dan suami tau . Best kan ??
Memang best awak² … Kejayaan Kita dilihat orang yg di sayang .. mereka pun turut gembira dengan kejayaan kita . Tahun 2020 tak ada rezeki nak buat secara offline semua sedia tahu covid19 yg melandakan .. makanya jadilah norma baru secara online.
Alhamdulillah , tahun kedua juga umi menerima award di kategori MOST OUTSTANDING AGENT .
Bila nama di sebut malam tadi umi punya melompat pakej joget² dengan kakak Sara seronokk weyyhhh…
Macam biasa dapat ucapan dari kakak Sara “hebattlahh umi… Kakak sayang umi” pakej kena cium kat pipi lagi 😂 ..
BTW terima kasih pd sepupu umi, kak Hazilah Abdul Hamid yg kenalkan dan bawa umi masuk ke Tasneem Naturel . Terima kasih juga buat Master Leader Syuhaidah Norazrin banyak berkongsi ilmu , sabar melayan kerenah umi . Terima kasih juga buat sahabat² perjuangan #TeamMQ yg banyak support dari awal umi join sampai harini ..memang best sangat kawan dengan mereka . Tak lupa juga buat semua fighters² dan #teamLEESARA yg super power bagi kerjasama sangat baik sepanjang hampir 2 tahun umi bersama mereka . Terima kasih juga buat Puan Haridah Sahri dan Tasneem Naturel HQ membuka peluang rezeki utk umi dan kawan-kawan yg lain.
Kita biasa dengar disebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita dibelakangnya. Sama juga dengan seorang wanita, disebalik kejayaannya pasti ada seorang lelaki dibelakangnya sebab kita dijadikan berpasang² utk saling melengkapi. Dear chuben Izwan Awaludin merangkap runner umi terima kasih selama ni banyak bagi sokongan . Menangis sedih gelak tawa bini dia , dia je yg tahu , dia je yg hadap semua . Terima kasih tak pernah putus doa utk ayg 💞 walaupun abg tak romantik macam suami orang lain ,cukup Abg sanggup jaga anak² bila ayg kelas online itu pun da memadai🤣 love you until Jannah😘
Alhamdulillah Tasneem Naturel banyak mengubah kehidupan umi dan keluarga . PKP 2020 umi kena terminate kilang . Asbab bisnes Tasneem kini umi mampu ada income seperti kerja kilang yg dulu . Alhamdulillah , bersyukur pada Allah boleh jadikan Kita bersemangat untuk hidup bahagia. Dengan bersyukur, sudah tentunya akan selalu merasa cukup dengan rezeki yg diberikan oleh Allah pada Kita. Hihihiii… tak sabar nak tunggu award malam tadi sampai nak buh dalam almari kaca😉
Coretan pagi,
Exec Leader Tasneem Naturel
Lead TEAM LEESARA

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping