Contact us

My Cart
RM0.00

Cara Pendaftaran Bayi Baru Lahir

Sebagai ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata perlu melaksanakan tanggungjawab iaitu pendaftaran kelahiran bayi. Tetapi sesetengah ibubapa kurang faham dan kurang jelas mengenai pendaftaran ini terutamanya bagi ibubapa yang pertama kali menimang cahaya mata.

 Pendaftaran ini perlu dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berdekatan. Pemohonan pendaftaran kelahiran anak bagi setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut. Jika terlewat membuat pendaftaran dalam masa 60 hari akan dikenakan denda.

Syarat permohonan, pemohon adalah ibu atau bapa kanak-kanak, penjaga kanak-kanak yang sah, individu yang mengetahui mengenai kelahiran kanak-kanak dan ibubapa kanak-kanak bagi kelahiran yang tak sah taraf. Jika ibu dan ayah tidak berkesempatan, masih boleh wakilkan orang lain asalkan semua dokumen yang diperlukan diisi dan dikemukakan adalah lengkap.

Pemohon perlulah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkenaan. Sebelum si ibu dibenarkan keluar daripada hospital, pihak hospital akan menyerahkan surat kelahiran dan dokumen lain-lain yang diperlukan ketika membuat pendaftaran tersebut. Pemohon dikendaki hadir di mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan. Dokumen yang diperlukan perlulah dokumen yang asal dan salinan, antara dokumennya adalah seperti berikut :

Dokumen kanak-kanak

  1. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 (perlu diisi dengan lengkap).
  2. Surat pengesahan kelahiran daripada hospital (pihak hospital akan mengeluarkan surat ini apabila anda mendaftar keluar).
  3. Kad Pranatal (Buku rawatan mengandung / buku pink).

Dokumen ibu dan bapa

  1. Kad pengenalan atau pasport(jika ibu atau bapa kanak-kanak adalah warga asing).
  2. Sijil kematian ibu dan bapa kanak-kanak (jika berkaitan).
  3. Sijil perkhawinan atau penceraian (jika berkaitan).

Dokumen pemaklum / wakil ibubapa.

  1. Kad pengenalan atau pasport.

 Dokumen yang diminta perlu diserahkan dan menunggu sehingga proses pendaftaran selesai. Akhir sekali anda akan dapat sijil kelahiran anak iaitu surat beranak. Pihak JPN akan memberikan nota kecil yang mengandungi nombor kad pengenalan anak anda dan nombor siri untuk pengambilan kad pengenalan anak anda nanti. Untuk pengambilan kad pengenalan anak boleh diambil selepas 2 bulan proses pendaftaran bayi selesai. Dokumen sokongan yang diperlukan adalah:

  1. Sijil Kelahiran Malaysia/ Borang W (asal)
  2. Kad Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)

 Jadi, jangan lengahkan pendaftaran ini. Jika terdapat  kemusykilan, boleh bertanya dengan pegawai di kaunter atau hubungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  di cawangan negeri masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari  www.jpn.gov.my

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping
Need Help? Chat with us