Contact us

My Cart
RM0.00
Blog

Atasi Sakit Belakang & Sakit Pinggang Semasa Mengandung Dengan Urutan Mudah Ini!

Sewaktu hamil sepanjang sembilan bulan, badan berasa tidak selesa adalah satu perkara biasa. Tetapi sebenarnya, para suami boleh melakukan aktiviti urut semasa mengandung ini bagi menghilangkan ketidakselesaan itu. Urutan semasa hamil dapat melancarkan peredaran darah dan meringankan otot yang disebabkan oleh tekanan pada perut yang semakin membesar.

Jadi, bantuan para suami untuk melakukan urutan semasa isteri hamil ini amatlah dialu-alukan dan pastinya dihargai oleh isteri.

Teknik 1

Bahagian bawah terutamanya punggung menerima beban yang sangat tinggi sepanjang proses kehamilan. Urutan yang boleh dipraktikkan adalah seperti berikut

  1. Letakkan kedua-dua jari disis tulang belakang.
  2. Mulakan dengan urutan pada bahagian punggung dari bawah hingga ke atas dan dari atas hingga ke sepanjang tulang belikat.
  3. Lakukan urutan di atas tulang belakang menuju ke bahagian bawah tulang belikat.
  4. Ulangi urutan ini sebanyak tiga kali.

Teknik 2

  1. Baringkan ibu hamil.
  2. Pastikan posisi tulang belakang berada tepat dibahagian tengah punggung.
  3. Letakkan kedua-dua ibu jari dibawah garis tulang punggung.
  4. Arahkan isteri menarik nafas panjang dan hembus sebanyak tiga kali.
  5. Pindahkan ibu jari ke arah yang lebih rendah dan ulangi langkah tersebut.
  6. Dalam posisi yang sama, letakkan kedua-dua ibu jari dibahagian pinggang dan beralih ke arah sisi tulang.
  7. Dengan menggunakan teknik yang sama pindahkan ibu jari ke bawah tulang belakang dan urut lembut bagi membantu otot lebih relaks.

Teknik 3

  1. Letakkan kedua-dua ibu jari disisi tulang belakang dan mulakan urutan dari bawah punggung.
  2. Kemudian, tekan ibu jari dengan gerakan melingkar ke atas di sepanjang sisi tulang belakang.
  3. Letakkan kedua telapak tangan pada bahu dan usap ke arah bawah pinggang.
  4. Ulang sebanyak dua hingga tiga kali.

 Urutan juga penting ketika hendak bersalin. Suami boleh melakukan urutan pada bahagian tulang belakang dan ketika menahan sakit sewaktu hendak bersalin. Ia dikatakan dapat memberikan kelegaan dan mengelak penggunaan ubat penahan sakit.

Antara KEBAIKAN urutan semasa hamil

  • Memberikan tenaga supaya tidak cepat penat atau letih.
  • Mengurangkan stress.
  • Membantu mengawal emosi.
  • Membantu tidur lebih nyenyak.
  • Membantu perkembangan kesihatan pada ibu dan bayi.
  • Melegakan lenguh-lenguh serta memberi kesegaran pada tubuh badan.
  • Melegakan kekejangan kaki.
  • Melancarkan peredaran darah dengan baik.
  • Memastikan ibu hamil sentiasa sihat kerana mengurut dapat mengeluarkan angin yang terkumpul dalam badan.
  • Membantu menguatkan mental dan fizikal kepada ibu hamil terutama pada mereka yang hamil kali pertama dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri dalam tempoh kehamilan.

Siapa yang TIDAK DIGALAKKAN berurut semasa hamil?

  • Kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia boleh mendatangkan risiko keguguran. (Masa yang terbaik adalah pada usia kandungan memasuki trimester kedua)
  • Pernah keguguran.
  • Pernah mengalami kelahiran pra-matang.
  • Kehamilan bersama penyakit hypertension atau penyakit berisiko tinggi seperti darah tinggi dan kencing manis.
  • Kehamilan yang mempunyai banyak masalah seperti morning sickness.

Sewaktu hamil sembilan bulan, badan berasa tidak selesa adalah satu perkara biasa. Tetapi sebenarnya, para suami boleh melakukan aktiviti urut semasa mengandung ini bagi menghilangkan ketidakselesaan itu. Urutan semasa hamil dapat melancarkan peredaran darah dan meringankan otot yang disebabkan oleh tekanan pada perut yang semakin membesar.

Jadi, bantuan para suami untuk melakukan urutan semasa isteri hamil ini amatlah dialu-alukan dan pastinya dihargai oleh isteri.

Selamat mencuba!

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping