Contact us

My Cart
RM0.00
Blog

Mengandung Di Musim COVID-19, Apa Langkah Ekstra Yang Perlu Anda Ambil Tahu!

Setiap wanita pasti gembira apabila mengetahui dirinya hamil. Namun kini ramai yang gelisah akibat pandemik Covid-19, kegembiran itu bertukar menjadi kerisauan. Selain risau terhadap si ibu mengandung, kandungan juga perlu dijaga supaya kesihatan anak yang bakal dilahir sihat dan terlindung daripada virus korona ini. Risiko untuk dijangkiti bagi wanita hamil adalah sama seperti orang lain malah lebih mudah untuk dijangkiti disebabkan komplikasi jangkitan akibat perubahan yang dialami tubuh mereka.

   Bagi ibu yang mengandung, dan ibu lepas bersalin, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti orang lain untuk melindungi diri daripada wabak bahaya ini. Walaupun setakat ini, belum ada bukti lagi untuk wanita hamil lebih berisiko mengalami komplikasi serius berbanding individu sihat lain tetapi anda perlu ambil langkah berjaga-jaga juga.

Langkah berjaga-jaga

  1. Kerap membasuh tangan dengan menggunakan pencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer dengan langkah yang betul Ia dapat membasmi kuman-kuman yang ada pada sekitar tangan terutama sekali apabila kita keluar dari rumah atau berjumpa orang.
  2. Memakai penutup muka sekiranya perlu keluar daripada rumah untuk pergi ke klinik untuk pemeriksaan kandungan atau bayi,
  3. Mengamalkan penjarakkan sosial. Pastikan anda berdiri sejauh 1 meter daripada orang sekeliling.
  4. Jangan sentuh muka sebelum anda mencuci tangan anda dengan sabun ataupun sebelum memakai hand sanitizer.
  5. Jika anda sudah pulang ke rumah, segera basuh tangan dan mandi bersihkan badan dengan sabun.

Langkah berjaga-jaga semasa bekerja

   Ibu mengandung yang masih bekerja, anda disarankan bekerja dari rumah sahaja untuk mengelak dari pendedahan wabak ini. Bagaimanapun, sekiranya tidak dapat mengelak daripada keluar berkerja, wanita hamil dalam trimester pertama dan kedua yang tidak mempunyai masalah kesihatan lain, disarankan mengamalkan penjarakan sosial, di samping penjagaan kebersihan setiap masa. Untuk wanita hamil di trimester ketiga atau menghidapi masalah kesihatan seperti masalah jantung atau paru-paru, amatlah disarankan untuk bekerja dari rumah, jauhi sesiapa yang mempunyai simptom jangkitan covid dan sebaik-baiknya kurangkan kontak dengan orang ramai.

Langkah berjaga-jaga selepas bersalin

  1. Bagi bayi yang sudah dilahirkan dan akan dikunjungi oleh tetamu, ibu atau bapa perlu mengehadkan kunjungan tetamu atau lebih bagus perlu mengelak daripada kunjungan tersebut untuk mengelakkan dari risiko yang tidak diingini. Beberapa ahli keluarga terdekat mungkin jumlah yang munasabah, namun anda perlu mengetahui di mana tetamu itu berada dalam beberapa hari atau minggu sebelum ini. Agak mustahil untuk mengenal pasti siapa yang mungkin membawa COVID-19 kerana gejala mengambil beberapa hari untuk muncul.  2.
  2. Pastikan tetamu mencuci tangan dengan teliti sebelum meluangkan masa bersama si ibu atau bayi.
  3. Mereka  juga harus memakai penutup muka dan elak daripada bercakap, bernafas, bersin atau batuk ke arah bayi atau mencium, memeluk atau memegangnya.
  4. Pastikan jarak 1 meter antara tetamu dan bayi dengan anda. Sebaiknya, elakkanlah daripada menerima tetamu semasa berpantang di musim pandemik ini. Namun jika terpaksa, sentiasa amalkan langkah berjaga-jaga yang disarankan oleh kerajaan.

COVID-19 adalah ancaman menimbulkan kebimbangan semua pihak. Dengan itu, kita seharusnya mengikuti semua saranan dari kerajaan terutamanya dari Kementerian Kesihatan agar wabak ini dapat dihentikan. Kita jangan ingkar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan jika wabak ini masih belum selesai dan kita harus redha atas perubahan kehidupan kita pada masa akan datang.

Yang paling penting, dengan duduk di rumah kita sedang jaga kita.

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping