5 Cara Atasi Si Kecil Meragam pada Waktu Malam

 

Kenapa ni sayang? Asal malam je menangis. Ibu pening macam mana nak handle awak ni.

Kebanyakan ibu bapa dah buntu dan dalam dilema apabila si kecil mula menangis bila tibanya waktu malam. Bukan sahaja menangis si kecil juga asyik merengek dan meragam tanpa sebab. Bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa, ini masa yang sukar untuk memahami apa yang sebenarnya bayi perlukan, betul tak? Kebanyakan bayi dan terutamanya kepada bayi yang baru lahir kerap berjaga malam, si kecil tidak tahu dan tidak faham bahawa mereka sepatutnya aktif pada waktu siang dan tidur pada waktu malam.

Atasi Si Kecil Meragam dengan 5 Cara Ini

  1. Berikan si kecil sesuatu yang boleh dihisap

Menghisap membantu menstabilkan degupan jantung si kecil, menenangkan perut dan juga dapat menenangkan anggota badan si kecil yang tergapai-gapai. Berikan si kecil puting atau biarkan mereka hisap jari si ibu. Gegelang gigit juga merupakan pilihan yang baik kerana ia sangat sukar untuk mengetahui bila gigi bayi anda akan tumbuh.

   2. Kurangkan aktiviti malam hari

Pada sebelah malam, elakkan bermain dengan si kecil. Tutup lampu dengan pencahayaan yang sedikit. Ibu-ibu juga harus bertenang dan senyap. Bergerak dan cakap perlahan-lahan bagi mengelakkan si kecil meragam dan menangis waktu malam. Padamkan lampu, tutup televisyen atau radio, matikan telefon anda dan tenangkan si kecil. Ingat, semua perkara adalah baru kepada si kecil dan mungkin menyebabkan meragam. Jika si kecil mudah kembung terutamanya pada waktu petang, pastikan si kecil diberikan persekitaran yang lebih senyap dan tenang.

   3. Dodoi bayi dengan buaian

https://www.tasneemnaturel.com/

Mendodoikan bayi dengan buaian mungkin merupakan salah satu rutin alam keibubapaan yang sukar ditinggalkan. Zaman moden ini juga menawarkan beberapa pilihan membuai tanpa menggunakan tangan seperti menggunakan buaian bayi automatik. Pastikan anda mematuhi arahan keselamatan yang dinyatakan pengeluar berkaitan umur dan berat yang sesuai untuk alat ini. Cuba jangan biarkan bayi anda terbiasa tertidur dalam buaian kerana ini mungkin menyebabkan bayi bergantung kepada pergerakan buaian untuk tidur. Sebaliknya, biarkan bayi hampir terlelap dan kemudian pindahkan bayi ke katil.

   4. Bedung si kecil

Membedung si kecil membuatkan si kecil berasa selesa dan selamat. Ini disebabkan membedung membuatkan bayi berasa seperti berada dalam rahim. Kebanyakan ibu bapa mendapati membedung membolehkan si kecil tidur lebih cepat dan lebih lama. Sesetengah si kecil lebih suka jika tangan mereka dibiarkan keluar kerana mereka menenangkan diri dengan cara menghisap jari atau kerana mereka suka diberikan kebebasan. Para ibubapa  boleh memberikan mereka kebebasan tersebut dengan membedung daripada bawah ketiak dan bukannya daripada bawah dagu.

   5. Perdengarkan doa buat si kecil

Amalan membaca doa untuk si kecil adalah perkara yang baik, bukan sahaja sebagai pelindung, tetapi Insya-Allah besar nanti mereka terang hati. Jika ibu bapa kurang mahir membaca al-Quran, boleh dengarkan petikan ayat al-Quran melalui saluran YouTube. Lebih afdal, sambil-sambil mendengar ibubapa juga ikut baca sekali! Si kecil kerap menangis oleh kerana beberapa sebab seperti perkara-perkara kecil sahaja namun tangisan itu melarat-larat hingga tahap mengamuk dan histeria. Namun dalam bahasa moden, ia dikenali sebagai tantrum. Bacakan doa berikut ketika si kecik sedang dalam keadaan meragam atau tantrum lalu tiupkan pada ubun-ubun mereka.

  6. Beri urutan untuk si kecil

Mengurut si kecil boleh menjadi rutin santai bagi si ibu dan si kecil, dan ini kaedah yang baik untuk meredakan tangisan anak kecil. Para ibubapa juga boleh bereksperimen dengan menggunakan losyen atau minyak urut bayi atau tanpa menggunakan apa-apa. Gunakan sentuhan yang lembut, tetapi pastikan ia cukup kuat untuk tidak membuatkannya berasa digeletek.

Para ibubapa juga boleh gunakan balm Calm Time dari Tasneem Naturel untuk bantu kurangkan si kecil menangis pada waktu malam. Balm Calm Time adalah balm bayi semulajadi yang diformulasi 100% daripada minyak pati)dan didilute menggunakan carrier oil bagi memudahkan ibu ayah. Balm Calm Time adalah sangat sesuai untuk bayi yang meragam. Selain itu, ia juga membantu:

  • Memberikan keselesaan
  • Mengurangkan tekanan
  • Mengurangkan keletihan
  • Bantu anak lebih tenang

Balm ini membantu menenangkan anak anda jika dalam keadaan tantrum, mengamuk atau menangis tanpa henti. Cara guna balm ini mudah sahaja. Cuma perlu sapuan nipis sahaja di beberapa tempat seperti sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.

Calm Time, Solusi Semula Jadi Untuk Redakan Rengekan & Ragaman Si Manja

Leave a Reply