Contact us

My Cart
RM0.00

Cara Solat Ibu Mengandung

Solat adalah ibadah yang wajib ke atas umat Islam seluruhnya. Sesungguhnya balasan bagi orang-orang yang meninggalkan solat itu sangat berat. Maka, tidak kira apa keadaan sekalipun, umat Islam dilarang sama sekali meninggalkan solat. Di antara kesukaran ialah melaksanakan solat ketika sedang hamil. Wanita yang hamil menghadapi kadar kesukaran yang berbeza-beza. Bagi sebahagian orang, mereka tetap dapat melaksanakan solat seperti biasa sehinggalah ke saat bersalin. Sebahagian lagi menghadapi kesukaran, khasnya apabila memasuki trimester ketiga. Maka bagi kes ini, dibolehkan baginya untuk solat secara duduk.

Solat duduk ini bukan bermakna mula solat terus duduk. Cara-cara solat ibu hamil:

  1. Bagi mereka yang masih berkemampuan untuk berdiri lama tetapi tidak boleh sujud seperti biasa, boleh solat dengan hanya sujud sahaja ditunaikan secara duduk.
  2. Bagi mereka yang masih berkemampuan untuk berdiri lama tetapi tidak mampu untuk rukuk dan sujud seperti biasa, rukuk ditunaikan semampu yang boleh dan sujud secara duduk di atas kerusi.
  3. Bagi mereka yang tidak mampu untuk berdiri tetapi boleh duduk seperti biasa, boleh tunaikan solat secara duduk di atas lantai dari awal hingga selesai solat.
  4. Bagi mereka yang tidak mampu untuk berdiri dan juga duduk di atas lantai, boleh solat secara duduk di atas kerusi dari mula hingga selesai solat.

Jika kita masih mampu untuk berjalan maka kita masih mampu untuk solat dalam keadaan berdiri dan sujud baru kita duduk melainkan kita dah sakit hingga tak mampu untuk berdiri barulah kita boleh sembahyang duduk terus. Untuk wanita sarat hamil, bergantung kepada keupayaan dan kekuatan dirinya. Jika mampu berdiri, lakukan seperti biasa. Jika tidak mampu berdiri,duduk. Namun tetap masih terikat pada takbiratul ihram mesti berdiri.

InsyaAllah. Semoga kandungan bayi yang anda lahirkan sempurna dan bakal menjadi seorang khalifah yang menegakkan agama, bangsa dan negara satu hari nanti.

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping
Need Help? Chat with us