28 Januari 2021
Tasneem Grand Award Night
Sudah setahun lebih join Family Tasneem Naturel. Tanpa duga, bulan pertama masuk dah restok sehingga RM4000. Bulan pertama tu macam effortless. Sebab banyak belajar amalan-amalan rohani. Perbaiki solat, banyak zikir, bangun tahajud setiap malam.
Kejayaan demi kejayaan datang dalam masa setahun. A Great Start With A Great Journey!
Selama 4 bulan fly solo dalam Tasneem sebab pengalaman silam dengan sistem agent yang buat saya rasa saya bukanlah leader yang bagus.
Tapi selepas dapat guidance dan encouragement daripada Founder Haridah Sahri dan Master Syuhaidah Norazrin, saya kembali mengambil agent-agent. Syukur Alhamdulillah, kini saya ada lebih 600 agent berdaftar di bawah team saya.
Kalau dulu rasa restok RM4000 tu banyak, sekarang dah restok RM30,000! Personally sangat bangga dengan pencapaian Team USpire sepanjang tahun 2020! 
Banyak juga onak duri yang dilalui. Agent yang datang dan pergi. Namun kepada adik-adik dan akak-akak yang masih setia bersama saya, Korang semua adalah hero saya!
Walaupun saya bekerja, frontliner lagi, mereka sangat memahami tuntutan tugas saya. Waktu saya bekerja, mereka blh handle sendiri team. Bantu membantu sesama mereka. Korang memang AWESOME!
Dan alhamdulillah, asbab TEAMWORK & SEMANGAT KEKELUARGAAN itulah, USpire merangkul 2 Award pada malam Tasneem Grand Award!
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah!
Semoga Uspire terus maju dan sentiasa bersemangat untuk mencapai Big Why masing-masing! 
