Contact us

My Cart
RM0.00
5 Kaedah Menenangkan Anak Mengamuk

5 Kaedah Menenangkan Anak Mengamuk

Anak-anak berusia 12 bulan ke atas masih rendah tatabahasa dan bilangan perkataan yang diketahuinya. Cara mudah dan cepat untuk dia memberitahu sesuatu adalah dengan menangis dan mengamuk.

Mengatasi anak mengamuk bukan perkara mudah. Tambahan pula, jika ibu bapa dalam keadaan kepenatan dan serabut dengan pelbagai urusan lain.

Tindakan serta cara kita mengendalikan anak sangat penting dalam pembentukannya. Temper tantrum atau sindrom mengamuk sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak kerana ini juga salah satu cara mereka berkomunikasi terutama yang berusia 2 tahun ke atas.

Hanya ibu bapa yang mengetahui bila anak akan mengamuk. Kenali tanda-tandanya supaya anda lebih bersedia jika anak anda mula mengamuk. Antara punca anak kecil mengamuk adalah:

Antara Punca Tantrum

  1. Keinginan untuk bebas meneroka disekat. Iaitu apabila ibu bapa atau penjaga meletakkan had tertentu kepada anak-anak kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Seperti tak boleh buat itu, jangan pegang ini. 
  2. Anak-anak sebesar ini masih rendah tatabahasa dan bilangan perkataan yang diketahuinya. Cara mudah dan cepat untuk dia memberitahu sesuatu adalah dengan menangis dan mengamuk. 
  3. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan tantrum jika ibu bapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibu bapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkah laku yang negatif.

Ibu bapa tidak dapat lari daripada berhadapan dengan amukan si anak. Apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah  membantu mengurangkan tekanan si anak dengan mengamalkan strategi pengurusan emosi secara konsisten.

Cara Menenangkan Anak Tantrum

  1. Ibu Bapa Bawa Bertenang Dahulu

    Tarik nafas dalam-dalam selama 5 saat,  tahan 2 saat dan lepaskan perlahan-lahan selama 8 saat. Ulang sebanyak 3 kali. Ianya akan memperlahankan degupan jantung bagi membantu mengurangkan tekanan yang anda sedang hadapi.

  2. Abaikan Amukan Si Anak

    Mengabaikan anak yang sedang mengamuk bukanlah bermaksud meninggalkan mereka bersendirian. Duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindak balas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.

  3. Alihkan Perhatian Si Anak

    Persekitaran baru mungkin membantu anak anda melupakan sebentar keserabutan yang dialami. Di samping itu, anda juga dapat menenangkan diri dengan mengambil angin di luar.

  4. Dengar, Bukan Turutkan Kehendak Si Anak

    Katakan “ya” ketika memenuhi keperluan fizikal dan keselamatan anak, tetapi jangan mengalah. Menyerah pada tuntutan dapat memperkuatkan tingkah laku yang tidak diingini.

  5. Elakkan Daripada Mencederakan Fizikal Si Anak

    Menengking, mencubit, memukul dan menyakiti fizikal si anak akan mengeruhkan lagi keadaan. Hukuman fizikal juga cenderung memberi ‘tauladan’ kepada si anak bahawa memukul dibenarkan ketika marah atau kecewa.

Kenal pasti gaya amukan si anak yang mungkin berisiko berkaitan dengan gangguan mental.

Antara simptom yang perlu diberikan perhatian adalah apabila si anak secara konsisten:

1. Sengaja mencederakan diri sendiri.

2. Tidak dapat menenangkan diri atau mengamuk untuk jangka masa yang melebihi 25 minit.

Dapatkan rujukan daripada pakar pediatrik perkembangan, psikologi kanak-kanak, atau psikiatri kanak-kanak.

Sumber:
siraplimau.com/cara-mengatasi-anak-mengamuk-tantrum/
www.myhealth.gov.my/kemahiran-keibubapaan-mengendalikan-tantrum/
www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK544286/

Featured Image: Marcos

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping