Rupanya ini cara yang betul untuk longgarkan kahak bayi.

Kebiasaannya jika bayi bawah umur dua tahun, doktor jarang bekalkan ubat. Oleh sebab itu, ramai ibu ayah yang yang memilih rawatan alternatif lain seperti menggunakan bahan dapur dan bahan semulajadi. Namun begitu, jika sakit demam anak masih berlarutan sehingga berminggu, ibu ayah perlu bawa anak ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Seorang bapa, Muhammad Razi bin Yusrizal yang berhadapan dengan masalah anak batuk dan selesema hampir seminggu telah berkongsi di Facebook beliau cara-cara yang betul untuk menghilangkan kahak bayinya selepas mendapat pendedahan dan tunjuk ajar cara yang betul daripada doktor di klinik yang dikunjunginya.

Dr Safwan bersama pasukannya di klinik tersebut telah menunjukkan cara-cara yang betul untuk membantu bayi yang batuk dan berkahak dengan teknik tepukan pada bahagian belikat dan tepi dada bayi.

Dr Safwan menunjukkan cara tepukan bayi yang betul.

Tip tambahan daripada doktor :

1. Tepuk guna tiga jari pada atas belikat bayi dan tepi dada bayi, lengkungkan tapak tangan agar tidak kena pada bahagian badan bayi yang lain.

2. Berhenti jika bayi menangis.

3. Boleh letak bayi di atas bantal atau dukung.

4. Sebaiknya buat tepukan ini 5 jam sekali selama 3 hari.

5. Ibu ayah perlu pastikan lendir yg dikeluarkan bayi, putih atau kekuningan.

Tepukan ini bertujuan untuk melonggarkan kahak yang berkumpul di paru-paru. Untuk kesan yang lebih baik, buat tepukan ini setiap kali lepas mandi. Cadangan, sapukan balm #CFRUB Tasneem Naturel sebelum lakukan tepukan bagi memudahkan lagi pencairan kahak.

Ibu ayah yang ingin menonton video cara urutan yang betul seperti yang diajar Dr Safwan dan team beliau boleh lihat di sini.

Untuk ibu ayah yang berhadapan dengan masalah seperti ini, bolah juga cuba dapatkan balm CF Rub Tasneem Naturel untuk membantu kurangkan batuk dan selesema serta mencairkan kahak.

Boleh dapatkan di Shopee atau di sini.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart