Batuk Kokol Jadi Punca Kematian Bayi

Pertussis atau batuk kokol (whooping cough) adalah jangkitan bakteria akut melibatkan saluran pernafasan. Jangkitan Pertussis melibatkan sekurang-kurangnya 20 juta kes di seluruh dunia. Anggaran 90% daripada kes tersebut berlaku di negara membangun dengan 200,000 hingga 300,000 kematian setiap tahun.

Agen penyebab: Bordetella pertussis.

Cara jangkitan: Melalui udara daripada pernafasan orang yang dijangkiti.

Tempoh pengeraman: Lazimnya antara 9 hingga 10 hari dengan julat antara 6 hingga 20 hari.

Pertussis boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia. Namun, bayi merupakan golongan yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti.

Seorang bapa, Azhar Azif telah terpanggil untuk berkongsi kisah anaknya yang terkena serangan batuk kokol di Facebook.

Muhammad Fateh, anak kepada Azhar Azif yang baru berusia satu bulan telah dijangkiti penyakit batuk kokol. Ketika Fateh mengalami tanda-tanda ringan penyakit ini, Azhar telah membawanya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebanyak dua kali dan Fateh telah diberikan neb/gas.

Tapi keadaan Fateh tak semakin pulih dan dia mengalami kesukaran bernafas sehingga nafasnya terhenti! Selepas isteri Azhar menepuk belakang badan Fateh beberapa kali, baru Fateh kembali bernafas semula.

Fateh kemudian dikejarkan ke hospital dan didiagnos menghidap batuk kokol.

Fateh dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bergantung sepenuhnya dengan bantuan alat pernafasan dan antibiotik yang diberikan secara berperingkat.

Video yang dikongsikan oleh Azhar boleh ditonton di sini.

Tanda dan gejala

Bermula dengan batuk gatal dan lama kelamaan menjadi batuk berulang (paroxysmal), biasanya dalam tempoh 1 hingga 2 minggu dan berlarutan sehingga 1 hingga 2 bulan atau lebih.

Tanda paroxysms adalah batuk berulang yang berterusan dan teruk. Setiap siri paroxysms boleh menyebabkan  pesakit menjadi kebiruan (cyanosis) kerana tidak sempat bernafas. Kahak batuk selalunya berwarna jernih. Batuk juga boleh disusuli oleh muntah.

Seseorang yang dijangkiti bakteria Pertussis boleh menularkan jangkitan kepada orang lain dalam tempoh dua minggu pertama gejala batuk bermula.

Komplikasi

Pneumonia (radang paru-paru), encephalopathy (radang otak) dan kematian boleh berlaku. Kekurangan zat, hilang berat badan merupakan komplikasi akibat muntah yang berulang.

Sawan juga boleh berlaku akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak berikutan batuk yang berterusan tanpa sempat bernafas.

Rawatan dan Pencegahan

Seseorang yang mengalami gejala perlu mendapatkan rawatan. Rawatan khusus termasuk  antibiotik seperti Erythromycin, Clarithromycin atau Azithromycin untuk memendekkan tempoh jangkitan.

  • Pelalian merupakan cara pencegahan yang berkesan dan selamat.
  • Pelalian menggunakan vaksin Pertussis.
  • Sekurang-kurangnya 3 dos dan diberikan secara suntikan. Di Malaysia, pelalian diberikan kepada bayi sebanyak 4 dos mengikut Jadual Program Imunisasi Kebangsaan.
  • Pelalian diberi pada umur 2, 3 dan 5 bulan serta dos tambahan (booster) pada umur 18 bulan.

Seseorang yang mempunyai gejala batuk perlu mengamalkan adab batuk (menutup mulut ketika batuk) dan mencuci tangan selepas batuk bagi mencegah penularan jangkitan kepada orang lain. Seseorang yang bergejala juga dinasihatkan supaya tidak mencium bayi memandangkan bayi berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Pertussis.

Ibu ayah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin jika bayi atau anak kecil anda mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas.

Anda mungkin juga meminati:

Disangka Selsema Biasa-Biasa Je, Namun Bertukar Jadi Kronik Anak Terpaksa Masuk Wad

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com