Minuman Sihat Untuk Kanak Kanak

minuman sihat untuk kanak kanak

Adalah bagus sekiranya ibu bapa dapat mengetahui fakta mengenai minuman. Supaya anda boleh memastikan kesihatan yang baik untuk anak anda. Nasihat yang paling utama untuk ibu bapa adalah sangat mudah. Air kosong dan susu adalah minuman sihat yang terbaik untuk mereka.

Minuman Sihat Terbaik Untuk Kanak Kanak

Air Kosong

Kanak kanak sentiasa mengeluarkan air daripada badan melalui pelbagai cara seperti berpeluh, membuang air dan pelbagai lagi. Air hilang dari tubuh mereka boleh digantikan dengan air kosong. Air kosong merupakan minuman yang paling ideal untuk mereka.

Susu

Bayi memulakan kehidupan mereka dengan susu. Susu ibu merupakan minuman terbaik untuk bayi dan susu formula juga boleh digunakan sekiranya para ibu mempunyai halangan dalam penyusuan.

Ketika bayi anda menjelang umur 6 bulan, anda boleh mula memperkenalkan makanan pepejal kepada mereka.

Pada umur 12 bulan, anda boleh memperkenalkan susu lembu kepada anak anda. Susu full fat adalah lebih bagus daripada low fat untuk kanak kanak menjelang usia 2 tahun. Lemak yang terkandung dalam susu biasa dapat memberikan tenaga tambahan yang diperlukan kanak kanak kerana mereka membesar dengan sangat pantas.

Menjelang umur 12 bulan, anda juga boleh menggunakan susu beras ataupun susu oat sekiranya anda mahu. Tetapi minuman tersebut tidak mengandungi protein dan vitamin b12 yang cukup. Jadi, kanak kanak perlu mengambil makanan seperti daging, ayam, telur dan ikan untuk mendapatkan khasiat yang tidak didapati melalui susu lembu.

Elakkan dari minum susu kambing dan susu soya sebelum mereka berumur 2 tahun melainkan anda telah mendapatkan rekomendasi daripada doktor.

Minuman Yang Patut Dielakkan

Jus Buah

Jangan berikan jus buah kepada bayi kerana ianya boleh mengganggu selera mereka terhadap susu ibu ataupun susu formula.

Untuk kanak kanak pula, jus buah adalah tidak sesuai kerana ianya boleh mebawa kepada pereputan gigi lebih lebih lagi kerana kandungan gula yang tinggi.

Untuk kanak kanak yang lebih besar, jus buah asli tanpa gula tambahan boleh diberikan secara berkala pada mereka.

Minuman Bergula

Minuman yang mempunyai gula tambahan adalah tidak digalakkan. Ini termasuklah minuman bergas, kordial, minuman vitamin, minuman tenaga ataupun minuman sukan. Ianya akan meninggikan risiko untuk menghidapi berat badan yang berlebihan.

Kuantiti Gula Dalam Minuman

Minuman bergas bersaiz standard (375 ml) boleh mengandungi sehingga 44 gram gula yang bersamaan 10 higga 11 sudu gula. Sebotol air isotonik (600 ml) boleh mengandungi sehingga 8 atau 9 sudu gula. Segelas jus buah mempunyai 6 setengah sudu gula dan air vitamin dalam kuantiti yang sama boleh mengandungi 3 setengah sudu gula.

Minuman yang bergula adalah bersifat berasid, begitu juga dengan minuman dengan pemanis tiruan. Ianya boleh merosakkan lapisan enamel pada gigi.

Leave a Reply