Listeria : Bacteria Penyebab Keracunan Makanan

listeria

Listeria merupakan sejenis bacteria yang terkandung dalam sesetengah makanan yang boleh membawa kepada keracunan makanan. Lebih teruk lagi ianya juga boleh menyebabkan jangkitan kepada bayi dalam kandungan dan menjurus kepada keguguran. Wanita yang sedang hamil boleh merendahkan risiko untuk menghidapi bacteria ini dengan menjaga pemakanan.

Apa Itu Listeria?

Ianya adalah bacterium yang sering ada pada persekitaran, dan sering dibawa oleh haiwan ternakan dan juga haiwan peliharaan. Anda boleh dijangkiti dengan bacteria ini sekiranya anda makan makanan yang tercemar. Sesetengah makanan juga lebih berisiko daripada yang lain – yang paling berisiko adalah makanan yang tidak diamasak dengan sepenuhnya dan makanan yang dimakan secara mentah.

Listeriosis adalah nama jangkitan yang disebabkan oleh bacteria ini. Ianya adalah sangat jarang berlaku, tapi sangat merbahaya terutamanya pada fetus ataupun bayi dalam kandungan. Setiap tahun, sebanyak 150 telah dimasukkan ke dalam hospital disebabkan listeriosis dan bilangan kecik dari nombor tersebut meninggal.

Simptom Listeriosis

Banyak orang yang telah terdedah kepada bacteria ini masih kekal sihat. Sesetengah daripadanya tidak mempunyai sebarang simptom, dan selebihnya mempunyai simptom seperti muntah dan cirit birit.

Tetapi, bacteria ini boleh disebarkan daripada usus ke bahagian badan yang lain seperti placenta, dan juga otak. Jenis jangkitan ini mempunyai tempoh pengeraman yang amat panjang (bermaksud ianya boleh mengambil masa sebulan selepas pendedahan kepada bacteria tersebut untuk seseorang mula menunjukkan simptom)

Simptom adalah seperti berikut :

  • demam
  • sakit otot dan sendi
  • pening kepala
  • cirit birit
  • loya
  • batuk dan selsema

Dalam sesetengah kes, ianya boleh menyebabkan kondisi yang serius dan boleh mengancam nyawa seperti keracunan darah (septicaemia), meningitis (radang pada otak) atau encephalitis (jangkitan pada otak). Simptom serius ini termasuklah :

  • demam panas
  • sakit leher
  • pening kepala
  • mengantuk dan rasa keliru
  • sawan

Listeriosis Pada Kehamilan Dan Bayi Dalam Kandungan

Walupun listeriosis boleh dijangkiti oleh sesiapa sahaja, ianya amat membimbangkan untuk wanita yang sedang hamil kerana ianya boleh menjurus kepada keguguran dan kelahiran bayi pramatang.

Bayi baru lahir yang dijangkiti dengan listeria daripada ibunya boleh menjadi sangat sakit dengan meningitis (radang pada otak), keracunan darah dan jangkitan yang lain. Tetapi, tiada rekod yang menyatakan bahawa bacteria ini dipindahkan melalui kaedah penyusuan ibu.

Cara Menghindari Jangkitan Listeria

Cara yang terbaik untuk menghindari jangkitan Listeria adalah dengan mengelakkan diri dari makan makanan yang berisiko tinggi. Selain itu, anda juga perlu sentiasa mengikut kaedah pengendalian makanan yang selamat dan bersih.

Makanan berisiko tinggi yang mungkin mengandungi listeria :

  • sayur sayuran yang tidak dibasuh
  • kerang dan makanan laut yang tidak dibasuh
  • produk tenusu yang tidak dipasteur
  • daging mentah

Berikut merupakan cara untuk mengendalikan makanan untuk mengurangkan risiko jangkitan :

  • pastikan makanan anda dimasak sepenuhnya
  • jika anda makan sayur sayuran dan buah buahan, basuh terlebih dahulu
  • basuh perlatan memasak dengan betul
  • Basuh papan memotong selepas digunakan
  • simpan bahan seperti daging di bahagian sejuk beku peti ais
  • simpan makanan yang tidak dihabiskan secepat mungkin dan sekiranya tidak dimakan dalam tempoh 24 jam, buang sahaja makanan tersebut
  • asingkan daging mentah daripada sayuran sayuran, makanan yang telah dimasak dan belum dimasak dalam peti sejuk
Leave a Reply