Tanda Amaran Merbahaya Ketika Sedang Hamil

Kehamilan merupakan satu tempoh masa dimana badan dan juga diri kita sedang menghadapi perubahan yang amat besar sementara menanti kelahiran cahaya mata. Ianya juga merupakan masa dimana anda berasa risau atau gelisah dengan perubahan yang dialami. Perlu diingatkan bahawa anda perlu sentiasa mengawasi tanda amaran merbahaya yang muncul ketika sedang hamil.

Kebanyakan perubahan yang dialami adalah normal dalam tempoh kehamilan. Walau bagaimanapun, sesetengah tanda dapat memberitahu bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan kandugan anda. Tanda tersebut mungkin dapat menjurus kepada masalah komplikasi pada kandungan yang lebih serius.

Sesetengah simptom ini mungkin berlaku pada masa yang berbeza dalam tempoh kehamilan ; selebihnya mungkin berlaku pada bila bila masa sahaja. Walaupun anda rasa tidak pasti dengan simptom yang dialami, tetapi dapat merasakan bahawa ada yang tidak kena, segera berjumpa dengan doktor. Buat pemeriksaan lanjut demi keselamatan diri dan kandungan anda.

Segera hubungi doktor sekiranya anda mengalami tanda tanda berikut :

Tanda Amaran Dalam Tempoh Kehamilan

Bila Bila Waktu Sahaja Semasa Sedang Hamil

Sesetengah tanda mungkin timbul hanya pada tahap kehamilan yang tertentu. Tetapi tanda dibawah boleh muncul pada bila bila masa sahaja :

  • Muntah yang berpanjangan dan sangat teruk
  • pendarahan pada kemaluan
  • Sakit kepala yang sangat teruk dan berpanjangan
  • Rasa mual yang tidak hilang
  • Berat badan sentiasa berkurangan
  • Rasa pedih atau sakit ketika membuang air kecil
  • Sentiasa sesak nafas dan jantung berdegup dengan sangat laju
  • mengalami masalah kesihatan emosi yang berterusan selama lebih 2 minggu seperti murung, rasa resah, ataupun tidak mampu melakukan aktiviti harian

Tahap Awal Kehamilan Sebelum 20 Minggu

Sesetengah rasa sakit yang dialami pada tahap awal kehamilan mungkin boleh menjadi petanda keguguran :

  • Rasa sakit yang sangat teruk dan berpanjangan pada satu bahagian abdomen sahaja.
  • Sakit yang sangat teruk ataupun kekejangan pada abdomen bahagian bawah (perut)

Tahap Kehamilan Selepas 20 Minggu

Walaupun sesetengah rasa ketidakselesaan adalah perkara biasa ketika berada dalam tempoh ini, sesetengah tanda perlu diberikan lebih perhatian dan diperiksa oleh doktor secepat mungkin termasuklah :

  • Perubahan dalam penglihatan. Mata menjadi kabur
  • Bengkak yang teruk pada bahagian kaki, tangan atau muka secara tiba tiba
  • Kegatalan yang teruk pada kulit, termasuk tangan dan kaki
  • Bayi tidak bergerak

Bagaimana Untuk Mengelakkan Komplikasi Pada Kandungan

Mungkin sukar untuk mengelakkan diri daripada menghidapi komplikasi pada kandungan. Risiko akan menjadi lebih tinggi sekiranya anda mempunyai sejarah masalah kesihatan ataupun semasa mengandungkan anak yang sebelumnya. Anda juga akan lebih terdedah kepada risiko tersebut sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah komplikasi pada kandungan.

Tetapi, ianya mungkin boleh dikurangkan sebelum menjadi lebih teruk. Pastikan anda menghadiri semua temujanji yang telah ditetapkan bersama doktor. Sekiranya terdapat tanda komplikasi terhdap kandungan, doktor anda boleh mengambil langkah awal untuk memastikan tanda tersebut tidak akan menjadi lebih serius pada masa akan datang. Mereka juga boleh sentiasa memastikan tahap kesihatan anda dan bayi dalam kandungan berada pada tahap yang baik.

 

Leave a Reply