Daun sirih legakan hidung tersumbat bayi

Sirih sejenis tanaman asli yang tumbuh secara menjalar atau bersandar pada batang pohon lain serta memiliki banyak manfaat untuk kesihatan termasuk berkesan untuk menghilangkan batuk dan kahak bayi.

Kita sudah biasa mendengar petua hilangkan batuk dan selesema menggunakan barang dapur seperti bawang putih, kunyit, lemon dan madu. Tapi, sangat jarang mendengar petua menggunakan daun sirih, kan?

Pernah viral suatu ketika dahulu, seorang ibu Shikin Jaiz berkongsi petua yang sungguh berguna untuk merawat hidung tersumbat ini menggunakan daun sirih. Petua beliau di facebook telah mendapat perkongsian sehingga 79k. 

Cara-caranya :

Resepi yang beliau gunakan mudah saja untuk diikut oleh ibu-ibu semua. Caranya adalah dengan:

1) Layur daun sireh tersebut di atas lilin/dapur, sampai ia sedikit panas.

2) Seelok-eloknya, ambil 2 helai daun sireh.

3) Sapukan balm pada daun sireh dan pada dada bayi anda.

4) Letak daun tersebut di dada bayi dan di belakang badannya.

Mudah saja, kan? Dan yang pasti, cara tradisional ini telah merawat hidung tersumbat anaknya dengan sungguh berkesan. Ibu lain juga boleh mencubanya sendiri. Walaupun petua ini dilihat berkesan, ibu ayah perlu juga mengambil kira pandangan ahli perubatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Selain cara ini, ada lagi cara yang lagi mudah. Caranya ialah dengan menggunakan balm yang berasaskan bahan semulajadi daripada Tasneem Naturel. Balm CFRub berfungsi untuk mencairkan kahak dan mengurangkan batuk selesema bayi.

Untuk mencuba, ibu ayah boleh ke Shopee atau dapatkan di sini.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart